Sunday, 17 November 2013

8:35:00 am - No comments

sensory

sensory??

"used to provide animals with information regarding their environment to make appropriate response"

environment???

  1. mechanical (pressure, sound, touch) PST
  2. chemical (sense, taste) ST
  3. electromagnetic (light, heat, magnetism) LHM
sensory receptor:
  • pineal gland
  • lateral line
  • eyes
  • chemical sensory
  • otolith
1. eyes
- function
*collect light
*focus image to the retina
*transform image to the neural signals

-how to reduce lighting???
*pupillary operculum expands/ contract to adjust the amount of the light
*nictitating membranes cover up to reduce too much light.

-how to adjust low/high light??
*low. 
^cones contract
^rods closer to light and not shield by melanin

*high
^opposite occurs
^cones closer to light
^rods extended n shield by melanin

-how to focusing on images???
*made by changing lens shape
*made by changing distance between retina and lens

2. pineal gland

-component???
*pinealocytes (photoreceptor cells)
*ganglian cells (second order neurons)
*glial cells (supporting cells)


-function
*detect light
*produce melatonin

-blind cave fish
*larvae detect the light and show a shadow response

3. chemical sensory

-types
*olfaction - smell
*gustation - taste

-OLFACTION
*nare?? 
^small opening near the mouth
^inside the nare are bilateral structure with numerous epithellia cells called lamellae
^number of lamellae depends on age and size of fish

GUSTATION
* based in taste buds
* cover entire body
*exposure of heavy metal quickly destroy taste buds but can recover when placed back in pristine water
*barbel is the modified structure for gustation

4. lateral line
*mechanorecemtive organ
*function
-detect vibration
-detect changes in pressure
-helps predator locate prey
-helps prey avoid predator

5. otolith 
*located just behind the brain
*why have otolith???
-more dense than water
-move more slowly than the fish body
*function
-sensitive to gravity 
-sensitive to acceleration
-aids in fish balance
*important of otolith
-determine the natural diet of predators
-determine places where fish live
-assist in determining fish age (darkslow n lightfast)

hahahahahahaha korang belaja la jugak malam ni k... :) 

Monday, 11 November 2013

7:46:00 pm - No comments

hentam

aku pun punyai perasaan sama seperti setiap makhluk yang ada di muka bumi ini, perasaan yang ada dalam diri ini seperti biasa ia akan meronta-ronta untuk mendapat segala apa yang dihajati...

perasaan??

ada apa dengan perasaan?

dalam minggu ni jek mood aku berubah2 ada yang kata aku ni tengah angau bercinta, ada yang kata aku ni kena santau dek nenek kebayan, ada yang kata aku ni gila meroyan...

hahahhahaa

apalah nasib diri ini,

bercinta pun aku tak pernah!..

aehh betol ke???bisik hati

hahahaha nak kata tak pernah bercinta aku rasa aku pernah bercinta.. kantoii bodo jek...

hurmmm minggu ni jek layan lagu punyalah jiwang tapi tak sejiwang mana laa.. setakat layan lagu

armada: hargai aku
najwa latif: i love you
nomad: tetap menantimu
republik: sandiwara cinta
sempurna

itu lagu2 jiwang ke?? muahahaha tidak ku perasan itu semua lagu jiwang,

ada yang cakap tu lagu jiwang... kui3 aku layankan jek, ada yang mengena di hati tu lantak dia laaa

yang penting sekarang ni aku nak enjoy ngn hidup aku dengan gaya hidup yang diredhai ALLAH, aku taknak lagi pikirkan benda2 yang agak2 boleh menyebabkan hati ini berbolak balik.. ngeeee

selamat pagi semua, terima kasih kerana membaca... :)

akan aku nukilkan satu cerita untuk menggambarkan awek yang sorang tu...

aeh3 di lain lembaran laaa... kih4

sambung buat assignment la dulu..

Saturday, 2 November 2013

7:51:00 am - No comments
hati, kenapa perlu ada rasa hiba dalam hati ni?? kenapa perlu hati ini rasa gusar, gelisah, tak senang, tak tenang... apa yang ada di sebalik hati??

aeh hati ke yang datangkan semua benda ni??? rasa gusar, rasa gelisah??

aku tak rasa begitu...

perasaan oh perasaan...

apa yang sedang kau pikir di dalam sana?? kenapa aku tetiba memikirkan segalanya dalam satu masa??? mesti ada sesuatu yang ingin berlaku dan aku ni bukannya tukang tilik yang mana dapat merasakan segalanya...

-sedih-

tak tahu dah nak update hape untuk sekarang ni... sekarang ni aku tengah memikirkan bagaimana untuk dapatkan kembali perasaan yang dulu, perasaan di mana aku mudah tersenyum, mudah untuk di buat bicara... tapi dimana hilangnya perasaan tersebut?? mana perginya ia bersembunyi???

tnx kerana sudi membaca.. not in a good mood...

Wednesday, 18 September 2013

8:08:00 am - No comments

topup free oiiii

CARA TOPUP FREE (crack system) cara topup free, aku dapat dari kawan yang kerja kat kedai hp, aku pun duduk bersembang dengan dia,, aku koreklah rahsia pasal hp, akhirnya cair juga dia,, dia ajar aku cara reload prepaid secara percuma atau TOPUP FREE,, okay, baca keterangan dibawah ni untuk kegunaan sendiri,,untuk talian 012, 013, 016, 017 dan 019,, pasni tak payahlah korang pergi ke kedai untuk topup prepaid,, cara untuk reload topup dengan cara yang agak illegal,,cara reload ni cuma boleh digunakan 20hb sampai 30hb pada setiap bulan,, sebab setiap talian ini diupgrade pada masa tu,, kepada pengguna talian 012, 013, 016, 017, 019, dail 1415007 dan tunggu dalam 5saat, nanti korang dengar seperti bunyi bising,, tunggu sampai bunyi itu hilang, pastu dail 9151 dan tunggu sampai 3saat, pastu masukkan nombor hp korang,, nanti korang dengar dia cakap “please insert you pin number” pastu korang masukkan pin ni 011785 45227 00734 tunggu sampai dia kata nombor pin selesai,, pastu dial 0405 untuk KL dan selangor, 0406 untuk kawasan lain yang terletak di semenanjung,, untuk sabah dan sarawak, dail 0409,, nanti korang dengar “for airtime topup press 1723″pas dail nombor tu, tekan nombor hp korang sekali lagi,,tunggu sampai bunyi bising selesai, pastu dial nombor 4455147 diikuti dengan nombor 146 selepas 5saat,, selepas beberapa saat, nanti korang dengar “your pin number is accept” pastu terus dail 1007 dan korang akan dengar “your key number is accept”pastu terus dail 4566 dan korang akan dengar “your password is accept” pastu terus dail nombor hp korang dan korang akan dengar “pala hotak kau berjambul 666, dalam dunia ni mana ada benda yang free! zaman sekarang masuk toilet pun kena bayar 20sen tau! minyak pulak naik 30sen, banyaklah kau punya topap FREE!!” pastu korang terus end call dan korang akan kata “jahanam punya orang hantar e- mail ini!” tapi lepas itu korang teringin nak menipu mereka pulak kan?hahaha,,dah, pergi buat kerja masing2,, tau nak free aja ya? *aku pun terkena juga, aku kenakan korang lak,,hahaha ""

Monday, 9 September 2013

11:47:00 pm - No comments

pelajar nerd

hai semua,

assalammualaikum permulaan bicara dari aku yang dah lama sangat2, sangat dan tersangat lama tak update blog ni kan? kan3?? hehehe. kali ni baru aku ada masa nak update ini blog inshaALLAH blog ini takkan bersarang lagi dah lepas ni...

aku baru jek mendaftar di salah sebuah universiti terkemuka tanah air. "terkemuka la sangat" muahaha. aku daftar paling lambat, lambat dan lambat... "hamekaw" alasan yang diberi adalah kereta. kereta takdelah apalah, tapi alasan utama aku yang menyebabkan aku daftar lambat ni adalah sebab atas "keMALASan" untuk ikut orientasi yang telah diterapkan disini. itu adalah antara salah satu faktor yang menyebabkan aku untuk tidak mengikuti orientasi disini. hihihi.

apa jek yang ada dalam kursus orientasi yang dijalankan selama seminggu tu??

apa yang aku dapat lihat semasa seminggu berorientasi tu, aku dapat kenal dengan ramai orang, itu antarnya laa, lagi satu aku dapat tengok dak2 ni mencari cinta mereka disini, tidak kurang jugak untuk para senior yang secara kehendaknya dan secara ikhlas ingin menjadi fasilitator...

cakap pasal minggu orientasi ini mengingatkan aku tentang orientasi di salah sebuah tempat di borneo semasa aku mendaftarkan diri sebagai seorang pelajar diploma disitu. perbezaan yang ketara dapat dilihat atas layanan yang diberi. malah kehidupan sebagai seorang pelajar disini juga berbeza. ada yang mengatakan disini lebih bebas,

apa??? bebas???

bebas apa nya kan??? itu ikut naluri masing untuk mentafsir erti kebebasan itu sendiri...

pengalaman pertama kali naik bas yang sendat mampat dan juga padat adalah diantara salah satu kenangan pahit dan juga ada manisnya disini..

pernah makan sardin botan?? senang cerita la, pernah makan sardin kan?? haa dalam  bas tu mcm tu laa jugak.. sardin bergerak dah kitorang panggil.. :D

adalagi yang nak diperkatakan mengenai tempat yang aku tengah duduk ini.. walaupun tempat ini besar tapi pengurusan dia tu yang kureng sikit la bagi aku.. hui4.. hurmmm

aku akan sambung lagi nanti dengan cerita2 dan pengalaman aku disini... manisnya ada pahitnya juga ada... :D

Thursday, 13 June 2013

8:51:00 am - No comments

appendicitis

APPENDICITIS
RADANG APPENDIK (Appendicitis)

Radang Appendik adalah satu keadaan di mana appedik menjadi bengkak dan bernanah. Appendik biasanya bersaiz jari dan merupakan bahagian yang menonjol pada usus besar yang terletak di sebelah kanan abdomen.



Kesakitan akan mula dirasai pada bahagian pusat dan kemudian beralih ke bahagian bawah kanan abdomen.Biasanya sakit yang dialami berterusan selama 6-12 jam dan menjadi lebih teruk.
Setiap individu berisiko terkena radang appendik tetapi ia lebih kerap terjadi pada mereka yang berusia 10-30 tahun .

FAKTOR PENYEBAB
Antara sebab terjadinya radang appendik masih tidak jelas. Namun ianya mungkin disebabkan oleh :

  • sisa-sisa makanan atau najis yang tersumbat di rongga dinding usus dan appendik
  • jangkitan virus pada sistem pencernaan ataupun radang-radang yang lain .
Pada kedua-dua kes ,ia akan mengakibatkan appendik menjadi radang dan bernanah.Jika tiada rawatan diambil, kemungkinan untuk appendik pecah boleh berlaku.

SIMPTOM - SIMPTOM

Radang appendik menyebabkan beberapa simptom dan berubah mengikut masa.Tetapi bahagian yang sakit adalah berbeza-beza bergantung pada umur dan kedududkan appendik seseorang seperti :
  • Peringkat awal (simptom yang kerap berlaku) : kesakitan mula dirasai pada bahagian pusat dan kemudiannya akan terasa hingga ke bahagian bawah kanan abdomen.
  • Jika radang merebak ke tisu sekitar, kesakitan lebih menusuk dan semakin teruk.
  • Loya dan muntah-muntah
  • hilang selera makan
  • sembelit
  • sukar membuang angin
  • cirit-birit
  • bengkak pada abdomen
  • demam
Kesakitan yang teruk mungkin dirasai biarpun apabila abdomen disentuh secara lembut.Ia akan menyebabkan kesakitan yang berulang-ulang.Keadaan ini juga dapat dirasai jika kita batuk,berjalan ataupun keadaan yang bergegar.Kesakitan dapat dikurangkan jika kita mengiring atau duduk di mana lutut menghadap dada.

BILA PERLU BERJUMPA DOKTOR

Kanak-kanak lebih cederung untuk mengalami kondisi appendik pecah berbanding golongan dewasa.Kanak-kanak biasanya tidak menunjukkan simptom-simptom yang jelas dan ibu bapa mungkin memgambil ringan tanpa sebarang rawatan .Atas situasi tersebut ,jangan mengambil mudah jika anak anda mengalami sakit perut yang tidak serius,dinasihatkan terus membawa mereka berjumpa doktor bagi memastikan tahap kesihatan mereka .

Golongan dewasa juga tidak terkecuali jika mereka melambat-lambatkan pemeriksaan dan rawatan daripada doktor.

KOMPLIKASI


  1. APPENDIK PECAH : Komplikasi yang sangat serius adalah apabila appendik menjadi pecah.Kandungan dalam usus dan organisma-organisma yang membawa jangkitan akan menyerang kawasan abdomen .Ini akan menyebabkan jangkitan pada lapisan yang meliputi kawasan pencernaan.Apabila appedik menjadi pecah,pesakit terasa lebih sihat dari sebelumya secara tiba-tiba.Tetapi kemudiannya,keseluruhan kawasan abdomen akan kembung dengan gas dan cecair.Pesakit akan merasai tidak selesa,tegang dan sakit jika disentuh.Pesakit juga akan mengalami sakit pada kawasan tertentu di abdomen. Pesakit juga akan tidak mampu membuang angin dan mennyahtinja disebabkan radang tersebut. Lain-lain yang dapat dilihat adalah demam,dahaga dan air kencing yang sedikit.

  2. PERITONITIS : Peritonitis atau radang pada dinding abdomen biasanya perut, adalah kes kecemasan. Jika salah seorang ahli keluarga anda mengalaminya, maka perlulah merujuk kepada bahagian kecemasan secepat mungkin sebelum ia menjadi lebih kronik. Appendik akan menjadi bengkak dan bernanah. Ia mungkin mencapai saiz sebesar badam atau sebesar buah limau. Rawatan adalah penting sebelum ia menjadi lebih kronik(peritonitis).

RAWATAN


PEMBEDAHAN adalah rawatan terbaik untuk pesakit radang appendik. Pesakit memerlukan pembedahan bagi membuang appendik (Appendectomy) yang hanya melibatkan torehan yang kecil pada abdomen. Rawatan tersebut memberikan pemulihan yang segera dan bekas pembedahan yang sedikit.
Jika appendik pesakit telah pecah, jangkitan yang sudah merebak ataupun bengkak bernanah, pesakit akan dibedah dengan torehan yang besar supaya pakar bedah dapat membersihkan bahagian abdomen.Pesakit akan diberi antibiotik melalui salur darah dan ditahan diwad sehingga sihat.
Jika simptom yang dialami sudah melewati 5 hari atau lebih, selalunya doktor akan memberi antibiotik untuk mengurangkan radang yang dialami dan jangkitan pada bahagian sekitar appendik. Ia selalunya akan menjadi bengkak dan bernanah. Melalui cara ini (antibiotik), bengkak akan di kuranglan terlebih dahulu dan nanah akan dikeluarkan melalui kulit.Jika cara tersebut berjaya, pembedahan membuang appendik biasannya dilakukan dua bulan selepas itu.

8:48:00 am - No comments

seminggu yang mengajar erti kesabaran

as salam dan salam sejahtera kepada semua kawan blogger dan yang singgah lalu jek kat blog ni.. :) pertama-tama kali wa  saya nak ucap terima kasih kerana datang singgah kat benda ini walaupun dah lama tak dihupdate dengan benda2 dan cerita2 baru dari saya. hehehe banyak benda yang aku nak ceritakan kat korang semua... :D

ok, aku nak mulakan cerita ni, tapi nak semua tumpukan perhatian ye!! dah macam nak tengok teater lak kan?? keh4.....

ok sebenarnya wa dah lama tak berblog kerana aku dibedah atas alasan appendik aku dah pecah, so aku kena tahan kat wad di salah sebuah HOSPITAL kerajaan, ye laa nak masuk swasta tak mampu, so aku ambil jalan singkat dan mudah dengan masuk wad kelas ke-3 di salah sebuah hospital kerajaan yang menempatkan segala penyakit disitu.. hehehhee. :)

selama seminggu kena tahan, banyak mengajar erti kesabaran, dan segala erti yang dapat mengubah hidup ini secara drastik dan statistik... aeh statistik apa pulak ni kan??? tetiba pulak kan?? hehhee.. tapi aku masuk kat situ mmg tersangatlah bosan dan jugak makanan kat hospital kerajaan ni mmg terbaiklahhh... makanan yang diberi mengingatkan aku tentang adanya penyakit darah tinggi dan juga kencing manis yang dah lama bertaut dalam diri ini. walhal aku sihat walafiat jek dari dulu sampai sekarang ni.. alhamdulillah..

ok2 aku nak cakap lak pasal simptom2 appendix ni..

SIMPTOM - SIMPTOM

Radang appendik menyebabkan beberapa simptom dan berubah mengikut masa.Tetapi bahagian yang sakit adalah berbeza-beza bergantung pada umur dan kedududkan appendik seseorang seperti :
  • Peringkat awal (simptom yang kerap berlaku) : kesakitan mula dirasai pada bahagian pusat dan kemudiannya akan terasa hingga ke bahagian bawah kanan abdomen.
  • Jika radang merebak ke tisu sekitar, kesakitan lebih menusuk dan semakin teruk.
  • Loya dan muntah-muntah
  • hilang selera makan
  • sembelit
  • sukar membuang angin
  • cirit-birit
  • bengkak pada abdomen
  • demam
Kesakitan yang teruk mungkin dirasai biarpun apabila abdomen disentuh secara lembut.Ia akan menyebabkan kesakitan yang berulang-ulang.Keadaan ini juga dapat dirasai jika kita batuk,berjalan ataupun keadaan yang bergegar.Kesakitan dapat dikurangkan jika kita mengiring atau duduk di mana lutut menghadap dada.

ni haaa SIMPTOM-SIMPTON yang mungkin seseorang tu akan kena... 

ini pon aku rembat dari satu dan dua ni... :) lain punya update wa akan cakap penuh pasal penyakit apa yang aku alami sekarang ni ye... :) ingatan bersama k.. :) 

ok wa nak chow dulu ke chow kit road... :D

selamat malam semua.. 


Monday, 3 June 2013

3:11:00 am - No comments

Astro Anugerah Blokbuster Ke-2 kembali lagi!



Siapakah hero kegemaran anda di kalangan blokbuster tempatan? Siapakah heroin kegemaran anda? Bagaimana pula dengan filem kegemaran anda? 

Undilah dan suarakan pendapat anda dengan Astro Anugerah Blokbuster Ke-2! Mulai sekarang hingga 15 Jun, anda boleh mengundi sekali bagi semua kategori setiap hari, dan pemenang-pemenang akan diumumkan pada pada 15 Jun di Stadium Tertutup MBJB.

Semaklah calon-calon utk #AnugerahBlokbuster2 di sini dan mengundi untuk filem kegemaran anda! http://my.sharings.cc/c1nc1nper4kblogspotcom/share/AnugerahBlokbuster2

Friday, 24 May 2013

10:49:00 am - No comments

bantuan

apa seyh menda ni?? kalau korang tau, meh bagi tau aku

http://Cash4Visits.com/ref.php?refId=175241

Monday, 20 May 2013

Thursday, 16 May 2013

3:24:00 am - No comments

pejam pelik pejam pelik

sedar tak sedar, hampir 3 tahun masa berlalu sejak aku melangkah keluar rumah kesayangan ku itu, kini berjalan merata tempat di dunia ini, malah ceruk kampung juga pernah aku terokai untuk mencari ilmu yang tidak pernah cukup didada ini, yang tak pernah abis dicurahkan oleh pelbagai jenis guru dan juga mahaguru yang ada didunia ini.

kini aku sedar betapa pentingnya ilmu itu perlu ada dalam diri seseorang yang bergelar dan digelar PELAJAR, yang mana suatu hari nanti, mereka adalah yang akan mengetuai negara ini, memegang mana2 kepala2 syarikat yang mampu menghasilkan puluhan juta keuntungan dalam masa hanya sebulan??

"aeh mampu ke puluhan juta sebulan?" terdetik soalan dalam hati ini

"dimana ada kemahuan disitu ada jalan" hamekaw

setalah 3 tahun jugaklah aku harung benda yang tak sepatutnya aku harungi tapi demi mencari ilmu yang berkat malah diredhai allah, aku sanggup, inshaALLAH aku sanggup.... :) tapi kini pencarian ilmu untuk satu tahap telah sampai ke penghujungnya, betol2 di penghujungnya, tapi aku akan harung kembali jalan yang penuh onak dan duri ini walaupun berapa tahun sekali pon.

pernah aku ingat satu ayat yang dikeluarkan oleh orang yang tak ternama, ayatnya lebih kurang macam ni

"akan ku harungi jalan yang berliku ini dengan senyuman yang terukir di bibirku" mendalam betol.... :)

kesabaran memang perlu dalam segala hal yang kita lakukan, dari sekecil zarah sehingga sebesar-besar alam ini.. kesabaran perlulah dididik dengan cara yang betol, dimana ia berguna untuk kita yang sentiasa alpa dan juga mudah untuk naik angin... :)

apa yang aku dapat melalui diploma yang aku dapat??

"apa aek??" peningku dengan soalan maut ni...

"banyak yang aku dapat sepanjang 3 tahun aku berada disini, aku kenal dengan pelbagai jenis orang, dari pelbagai kasta, serendah2 makcik cleaner sehinggalah dekan2 universiti, malahan dengan datuk pon aku berkawan.. orang cakap kawan biar seribu kan? ok itu satu bab, bab yang kedua, aku dapat pelbagai ilmu, antaranya mengenai perikanan, politikan, dan macam2 lagi laa, orang juga ada cakap,

"kita jadi pelajar ni, jangan tumpu pada satu benda sahaja, biarlah luas sikit pemikiran kita ni" -stranger-

betol jugak tu, kalau boleh aku nak buat macam2 keje, dari seberat2 mungkin sehinggalah seringan2 kapas.. apa yang senang dalam dunia ni kan??

mak aku ada cakap dan dia juga selalu cakap benda ni

" nak senang bukan senang dan nak susah bukan susah" ko nak yang mana???

kalau kau nak jawab yang mana?? dua2 jawapan maut kowt...  jawapan ni boleh diumpamakan

"keluar mulut buaya masuk mulut singa" haaa lebih kurang macam  ni laaa perumpamaannya...

aku rasa aku dah melalut kowt tulis pepanjang ni, lagi satu aku ni dahlah paling malas nak update blog kan?? haihhh susah2 macam ni kan??? dah tu nak buat mcam mana, mmg takde masa nak mengupdate blog ni, nak singgah blog orang tu boleh laa jugak

inshaALLAH jika ada masa nnti aku nak jugak mengupdate blog ni sekali banyak, kira simpan2 pahtu nnti hari2 ada jek yang terupdate kan??? blog aku ni dahlah tak pemes, nak update punyalah malas sekali.. haihhh

tunggu yang seterusnya yaa... inshaALLAH dalam masa terdekat...

"dalam masa terdekat?? biar betol ko ni blogger?? aku tengok sebulan sekali jek ko update?? usang tak usanglah kau punya blog kan aku tengok??? " tanya kawan yang prihatin

"aehh terima kasihlah kerana prihatin dengan ambe ni, tapi lau ada masa lebih nak tolong mengupdatekan blog ambe pon takpe.. kih4"

ok chow kit road

assalammualaikum, salam sejahtera dan salam satu malaysia... semoga berjumpa lagi..


solat yukkkk....

Tuesday, 16 April 2013

setiap gambar pasti ada ceritanya part 1

haaa sesuai ngn janji tapi maaflah terlambat. :) ok kali ni aku nak ceritakan apa yg dah terjadi kat tempat atau negara orang ni. banyak yang aku buat tapi ini di antaranya lahh punyalah lama kumpul, kali ni baru aku nak kuorkan. kan3?? ish3 apa pon ta k buleh laaa..

"untung nak update, puihhh" hahahhahahha

ok2 aku nak bercerita mana yang mampu la yekkk ngeh3 tapi ni pengalaman yang aku alami ketika gi kat satu symposium kat tempat sejuk negara tersebut, kat chiang mai jek, tapi masa first2 sampai jek tengok2 tempat ni wahhhhh boleh nampak matahari dengan jelas laa tanpa menggunakan cermin mata gelap macam FBI, aeh silap2 macam MIB selalu guna tu. ngeh3... hehehe tapi tu adalah disebabkan jerebu ok... muahahha bukan disebabkan terlampau sejuk....


ok ni tempat yg lecturer2 menginap di chiang mai nama tempat ni berdasarkan gambar di atasa adalah EMPRESS HOTEL AND CONVENTION CENTER... ok not bad laa tempat ni, tempat dia besar, hotel dia jek ada 17 tingkat convention center dia jek dalam 3 tingkat kalau tak silap... hehehe aircon sepanjang masa.... hehehehe itu yg paling seronok, rasa-rasanya 5 bintang kowt.. rasanyalahhh


ok ni masa firstday sampai, masa ni aku tak ingat sape yg berceramah di depan, tapi masa ni yang aku ingat aku kena present poster yang aku buat selama berapa bulan aku buat experiment tentang rumpai laut yang aku bela dalam tangki plastik tu haaa.. kat sini jek laa aku buat segala nota ringkas apa yang perlu aku terangkan masa presentation, sebelum2 ni hampeh takdenya laa.. keh5..


haaaa ni angkatan booth yang ditugaskan di medan perang untuk menjual dan menerangkan mengenai rumpai  laut yang kami bawa dan diterbangkan khas dari selatan thailand.. hehehhe booth yang simple, tapii kan3, sekali ada orang datang hamekaw diorang guna bahasa ibunda diorang daaa.. hik4 aku punyalah nak balas balik tak tahu, ada sekali tu hampir tergelak.. aku bahan dia guna bahasa ibunda aku, dan dia mungkin bahan aku guna bahasa ibunda diorang hehehhehe...


ok ni sebelum masa present boleh laa jadi badang macam ni kan?? haihhhh bersemangat bukan kemain lagi laa katekan.. tapi indah kabar dari rupa, nasib boleh present guna bahasa inggeriss lau tak. mampuih jadi mat thai celop laaa.. hek5


satu geng, dia pon perasan sama jek ngn aku, muahahahaha tapi dia bijak lagi, sume ada dalam pala otak dia, sume ayat beserta penerangannya laaa... hik4.. :)


otai2 gempak ni, dia ni student degree lau tak silap kat sini, tapi dia belajar bahasa inggeris ngn kami, dah kena dok satu bilik kat sini, takkan nak membisu jek kan?? aku pulak belajar thai ngn dia,dapat gaklah sikit2.. tapi ayat2 yang menjahanam jek laa aku cepat ingat.. hehehe tapi tak berapa nak menjahanam laa... :)


ok awek ni cantik, comel, muahahhaha dia ni aku pon tak tahu student ke, lecturer ke, research assistant ke?? aku tak tahu dia buat apa sekarang ni, tapi yang aku tahu dia salah sorang daripada kitorang.. hehehhe
mcm budak2...


ok, "kenapa dia gembira sangat?" aehh dia ni menang dlam oral presentation kowt, ini thailand dia yang pegang.. hahaha lebih kurang mcm tu laa,.. dia ni master student... :)


ok ni penyerahan plate peringatan seaweed daripada sesiapa kepada sesiapa, saje nak pedajey orang yg dapat no 1 tu.. ngeh3. untuk poster sorang pun diantara kami yang tidak melepasi ujian-ujian yang diberi, tak tahu belah mana nak di upgrade dan di downgrade.. hehehe akan mencuba yang lebih baik pada masa akan datang... :)


mkn2 mkn puas2


mkn gak puas2


yang ni mmg puas, 5 lauk untuk 4 orang mkn dari 10 orang mkn, mana tak puasnya kan?? hehhehe


yg ni masa malam pertama orang cakap apa aek??? mcm majli pembukaan gitulahhh, yg ni tengah bincang2 dalam game serupa game bingo, sape pernah main game ni tahulah mcm mana.. ngeh3..


ok ni bergambar dengan supervisor dan juga geng2 seaweed, seagrass dari PSU pattani.. yang putih2 tu assoc. prof. dr. tettttttttttttttttt. hahahah dirahsiakan... nnti ketahuan jugaklahhh, nasib dia cakap inggeris ngn kami, lau tak mau kitorang merapu cakap menggunakan bahasa badan yang kami pelajari suatu ketika dahulu.. hehehe

-pesanan dari tapak kaki saiz 13-

"besar siot tapak kaki ko.." hahahhaa kutukan orang

aehhh ada lagi tau ni nak cakap pasal konperenz jek, baru part 1

nantikaN kemunculannya... taktau bila boleh update lagi

3:09:00 am - No comments

setiap gambar pasti ada ceritanya

yeeehaaaaaaaa ariba3 aku dah dapat idea tentang apa yg aku nak tulis dekat sini, aku nak update dengan apa yg aku buat selama ni di sini... macam dalam iklan yuna dengan kameranya setiap gambar pasti ada ceritanya.. ngeh4

tapi masalahnya bukan sekarang aku nak tulis tentang setiap gambar yg aku ambil,

"gila ko, gmbr dalam harddisk jek ada dalam 8-9gb ++ punya beribu gambar yang aku amek takkan nak dicerikan semua kan???"

inshaALLAH malam ni jika berkesempatan, ada beberapa tempat menarik yang aku kunjungi setalah 2 tahun aku disini, walhal akhir tahun 2012 dan awal 2013 jek aku ada kat sini, aehh kira 2 tahun gak tu kan??? keh4

apa2 pon malam ni wa nak kasi update ini blog yg sudah usang lama ditinggal. haihh kesian ko

Sunday, 14 April 2013

6:07:00 am - No comments

tidurrrrrr3


Kebaikan tidur yang cukup
1.       Ia dapat menenangkan fikiran
2.       Merehatkan tubuh
3.       Mengembalikan semula tenaga serta semangat baru
4.       Mengurangkan stress
5.       Mengelakkan masalah sakit kepala
6.       Memberikan kesempatan buat untuk berehat
7.       Daya konsentrasi akan mampu diperbaiki dan dipertingkat
8.       Menyembuh dab mempertahankan kesihatan
9.       Kesegaran tubuh

Kesan kekurangan tidur
1.       Penurunan kualiti kerja
2.       Kemalangan
3.       Masalah emosi yang membawa kepada stress dan kemarahan melampau
4.       Dapat memicu penyakit jantung, diabetis dan obesity
5.       Sel-sel otak mati kelelahan
6.       Menggangu daya pemikiran individu

Kesan terlebih tidur
1.       Pemalas
2.       Lemah
3.       Lesu
4.       Tidak bermaya

Friday, 12 April 2013

4:30:00 am - No comments

9 mimpi NABI MUHAMMAD SAW

daripada abdul rahman bin samurah ra berkata, nabi muhammad saw bersabda:

"sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malal aku sebelum di israqkan"

1. aku telah melihat seorang dari umatku telah di datangi oleh malaikat maut dengan keadaan yang amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN dan KEPATUHAN KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. aku melihat seorang dari umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat ahzab, tetapi solatnya yang khusyuk dan tidak menunjuk-nunjuk telah melepaskan dari seksaan itu.

3. aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat wuduknya yang sempurna.

4. aku melihat seorang dari umatku yang dikeremuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat zikirnya yang tulus ikhlas kepada allah.

5. aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia didatangi satu telaga di haland dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala puasanya yang ikhlas kepada ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabiyang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah mandi junub dengan rukun yang sempurnanya sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala haji dan umrahnya yang ikhlas kepada ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang benderang.

8. aku melihat umatuku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya, maka menjelmalah sifat silaturrahim dan tidak suka bermusuh-musuhan sesama umatuku lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya lalu berbicara mereka dengannya.

9. aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala sedekahnya yang ikhlas kerana ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

bersabda RASULULLAH SAW:

"sampaikanlah pesananku kepada umatuku yang lain walaupun dengan sepotong ayat"

Thursday, 11 April 2013

1:40:00 pm - 2 comments

adat seorang perantau

adatlah kalau merantau kat negara orang ni. orang akan tanya macam2 kat kita tentang negara yg kita gi merantau tu, ada sekali aku balik gi la jalan2 ke kampung2 memohon doa yang baik dari setiap ahli keluarga jauh yang tercinta yang sudah lama aku pahat betol2 dalam hati ni.

hehehe is part of my life, kita kena minta doa dari veteran2 ni moga dipermudahkan segalanya tapi dalam masa yang sama kita juga akan disoal selidik, disoal siasat, ditemuramah dan segala yang sama waktu dengannya. hehehe

ok2 adalah sekali depa tanya kat aku

"aeh ko kat sana macam mana? apa yang best kat sana?" soalan SPM sudah masuk meh

" kat sana? not bad laa, tempatnya ok jek mcm tu laa, apa yg digembar gemburkan dalam berita tu mmg ada, nak buat macam mana kan?? apa yang best kat sana? nak tahu datang sendiri laa, hek4 kat sana yang best bagi aku adalah makanan dia.. hehehe" jawab ku dengan seloroh

" ko tak bab makanan mmg tak sah kan??" jawabnya membidas jawapan ku

" hik4" gelak tawa ku yg jahat ku buat dengan jahatnya sekali dengan riak muka ku..

di antara salah satu soalan yang lain yang aku terima dari orang2 veteran masa aku pi melawat depa adalah tunggu selepas ini.. hahaha iklan tv sebentar...

"ko kat sana tinggal kat mana?" veteran 1

"kat sana ada masjid ka?" veteran 2

" kat sana korang selamat ke?" veteran 3

"kat sana ko dah makan benda pelik2 ke?" veteran 4

"kat sana penduduknya macam mana?" veteran 5

"ada tempat best tak kat sana?" veteran 6

haaa amek kau antara soalan dari veteran yang aku terjah rumahnya untuk memohon secebis doa yang membolehkan aku selamat seadanya dan bertambah selamat kehedaknya.. mohon diperkenankan dan dipermudahkan segalanya inshaALLAH.

haa bab2 soalan2 cepu besi bersadur emas, perak dan juga gangsa ni. ada gak soalan yang menarik minat ku untuk ku jawab dengan hati yang ikhlas disadurkan dengan murni dan juga suci yang dah memang sedia ada dalam diri ini... hahaha rehat sebentar bersama kitkat aku tau aku tak sehebat ciptaan hebat allah yang lain tapi aku memohon padamu agar ia menjadi satu kenyataan yang hakiki.

ok2 balik pada soalan, soalan ni dari senior veteran aku. hehehehe jeng3

soalannya berbunyi begini

"macam dalam kuiz kat sekolah rendah aku dulu tu" berbisik pada hati yang sedia terima aku seadanya walaupun pahit, perit dia jugalah yang menangis tatkala aku bersedih air mata tidak keluar di mata tapi keluar dihati.. muahahaha

ok2 back to the question, but the question is quite long. listen! listen! listen! hahahahhaa

"kat sana mesti ada perempuan kan?? mesti comel2 kan? dalam banyak2 tu takkan takde sorang yang melekat kat hati? bila nak kenalkan kat kami ni haaa?? bawak laa balik sorang, ke kau dah kahwin kat sana?" hamekaw soalan cepu besi bersadur aloy.. memang mantap, solid, dan juga susah untuk aku jawab tapiiiiii mari kita tengok apa aku jawab siap dengan senyuman yang terukir dibintang  di bibir ini.

"aah banyak2 sangat2, comel sangat2, rambang mata kat sini, susah nak pilih mana satu, dah jumpa satu, jalan sikit jumpa lagi, jalan depan sikit jumpa lagi, macam mana nak pilih? kawan saya ngn saya pon dah tak tahu nak pilih mana satu dah keh4 kang susah pulak nak bawak balik satu bas... haaa mcm mana tu?? kan dah susah dan menyusahkan.. keh5....

walau apa pun rintangan memilih dalam segala segi perempuan yang comel disana hati ini takkan terlepas untuk mencari seorang yang boleh dijadikan teman rapat kan? keh4 tak lebih dan kurang dari title kawan rapat k. adalah sorang dua tu menjadi taruhan dan juga intipan mata nakal ini sepanjang berada di sini, menjadi bualan antara kami tapi apakan daya hanya minat sahaja yang dapat dipertaruhkan, ingin luahkan takut bagaikan jumpa hantu, lari sambil terkencing-kencing diri ini. keh4 tapi kan3 pilihan saya tetap pilihan tempatan. hehehe


-nota tapak kaki gajah saiz 13-

dah3 panjang pulak kali ni sape yang malas nak baca takyah baca, tapi nak baca pon pandai2 laa  baca dalam intonasi dan nada yang sesuai dengan cerita ini.

-akhir sekali-

aku tetap sayangkan negara aku, walaupun jauh mana pun aku pergi warga tempatan diutamakan. aehh macam songlap kerajaan punya jek ni??

malaysia didahulukan, warga tempatan diutamakan

pai3 sedap dimakan, sehingga menjilat kuku jari... nyum4

as salam

Sunday, 31 March 2013

11:41:00 am - No comments

perantau

perginya aku merantau ke tempat orang, adat yang berbeza, percakapan juga berbeza, jauh dari segala-galanya. tapi aku bersyukur, dengan kudrat yg ada ni aku mengecapi segalanya, pengalaman, kehormatan, keharmonian, kehebatan, dan segalanya... perginya aku ke negara orang dengan semangat tersematnya pepatah melayu "masuk kandang kambing mengembekk, masuk kandang rimau mengaummm". dalam penggunaan bahasa kedua negara malaysia, aku gahkan jua kaki ku untuk melangkah dari utara ke selatan, ketimur mahupun ke barat, aku jelajah seluruh pelusuk muka bumi ini.

adat yang berbeza tidak menghiraukan aku malah aku bangga dapat mengetahui adat mereka.

 "owhhh macam ni rupanya mereka kalau sambut tetamu" ayat yg biasa kuor dari mulut aku.

aku kenal banyak tempat, banyak juga ragam manusia yang aku kenal dan juga dapat aku pelajari dari semasa ke semasa. aku mengambil sikit apa yg elok untuk aku semat dan simpan dalam2 dalam diri ini. sungguh aku bangga dengan kemampuan semua orang yang berusaha untuk tegur aku walaupun dalam menggunakan bahasa isyarat dan juga segala jenis bahasa yg mampu untuk memastikan segalanya berjalan lancar... :)

perjalanan singkat ini banyak mengajar aku erti kehidupan, erti pentingnya kepentingan itu, erti duit, erti kawan, erti sejuk, erti pemanasan global, erti mendalami hati orang, erti mendalami sesuatu bahasa lain dan juga erti SENYAP, yang selama ini diterapkan dalam diri manusia sejak lahir lagi.

aku ingin sekali memaki hamun orang yang aku anggap salah, tapi aku yang bersalah di dalam setiap apa yang aku lakukan walaupun aku tahu itu hak aku, tapi apakan daya, orang berduit, berharta dan juga ada tempat yang dan juga pangkat yang dulu, kini dan selamanya dikejar walaupuan susah untuk digapai...

aku pulang dengan seribu kekesalah yang aku buat selama beberapa hari di tempat orang, sempatkah aku bertaubat?? bolehkah aku pusing dan putar masa kembali??? ya ALLAH tunjukkan aku jalan yang kau redhai...

Thursday, 21 March 2013

Saturday, 9 March 2013

10:17:00 am - No comments
aku hanya manusia normal, aku juga lahir dari rahim ibuku, duduk di dalam rahim tersebut selama 9bulan ++ dibawa kemana-mana dalam kandungan tersebut dan dijaga sebaik-bainya oleh emakku.... ;) 

aku cuma mahu berkawan dengan semua orang, selagi aku mampu, tak kisahlah jika kawanku seorang yang pelik, alien ke, yang baik mahupun jahat, aku seronok berkawan dengan korang sume, banyak kerenah dan juga ragam dapat aku perhatikan dari sehari ke sehari... macam2 juga yang aku pelajari dari korang, adakalahnya ia juga dapat menyedarkan aku tentang nilai sebuah hubungan "KAWAN" 

orang cakap

"berkawan biar beribu"

aku cakap 

"takkan beribu je kowt, sedangkan manusia dalam dunia ni je ada lebih dari angka 1 trillion, kalau boleh nak berkawan dengan semua orang"

aku pernah jumpa pelbagai jenis orang sepanjang kehidupan ni, sejauh mana perjalanan yang telah menggerakkan kaki aku ni berjalan disitu jugalah aku akan cari kawan. berkawan pun bukan untuk kesenangan yang bakal diterima oleh kita, itu kawan tak guna namanya...

aehh3 tapi kenapa tetiba masuk bab kawan pulak aeh??? mula2 aku cakap pasal aku hanya manusia normal tup2 masuk bab kawan! hehehe ok lepas ni aku nak cakap pasal kerja gila yang terpaksa aku buat untuk research aku kat sini...

aku mulakan kerja-kerja gila ni waktu first time aku datang kat sini, (tempat dirahsiakan, biasa buat dalam cerita2, hahahah) datang2 jek kena pilih nak buat hape?? 

ada 3 pilihan, dan pilihan aku adalah pilihan yang ketiga selepas gaduh, bertumbuk dan juga perang mulut dilakukan dalam keadaan yang senyap dan juga hanya tersenyum, waktu tu orang cakap kami ni budak2 baik jek... tapi diorang tak kenal lagi kami macam mana...

heheehehehehe orang tua-tua pernah berkata

"don't judge a book by it's price" yeke??? hahaahha

dah sebulan dok sini, kerja ok jek laa kena buat kerja2 remeh jek rasa macam senang nak buat, siap boleh skip2 lagi kerja tu, naseb data ok, lau tak, aku, data dengan projek aku kelaut baiii.... kuang3... :) 

dah tu kena pulak gi conference ntah pemenda ntah, yang penting aku tahu kalau nak gi sana kena present dan juga kena siapkan manuscript dan juga poster yang panjang dan lebarnya tidak aku tahu (sebenarnya terlupa) walau aku tahu ia akan tetap dirahsiakan (biasalah kerja ngn kerajaan) mata dan tanganku dok laju mencari-cari contoh macam mana nak masukkan data, macam mana nak buat result dan juga discussion. tapi last-last dapat juga tangan dan mata aku tertumpu kepada blog ni, mengupdate blog dan juga twitter aku dok sebok berbunyi twit2 twit2 (klasik gitu) 

setengah jam gak la aku cari, tapi hampir 3-4 jam aku dok layan blog2 lain dan juga melayan twit2 twit2 dan juga berfacebooking........ hehehehe

p/s: perghhh pemenda aku update ni?????

jangan contohi aku hehehhehehee

7:00:00 am - 4 comments

entry merapu kelaut... *why her

perasaan malas melanda lagi diri ini yang dah memang terang2 pemalasnya tahap tinggi... :)

ok aku cuma nak cerita kenapa dia yang aku pilih dalam ramai2 perempuan yang ada kat muka bumi ni, dalam puluhan juta yang ada dalam dunia ni kenapa aku pilih dia, 

"KENAPA DIA????''

aku dok layan punya layan blog orang lain, facebook orang lain last2 aku terpandang satu photo ni, dalam gambar tu dia ada cakap lebih kurang macam ni laa, 

"10 perkara yang si dia jodoh kita"
"10 perkara yang kita minat seseorang''

hahaha aku pon nak tergelak baca-baca menda macam tu, bukan taknak percaya tapi mmg taknak percaya pon... :) peace no war, aku antara salah sorang yang takkan percaya menda2 macam tu, buat lagu mana pon research yang korang dah buat, tapi aku tetap takkan percaya dengan menda2 tu... :) 

aku minat kat dia pon atas sebab perwatakan dia, hati dia, cara dia, 

hati aku berdetik dan membisikkan ayat yang kurang jelas dan susah untuk ditafsir

''ye ke??"

halamak hati ni, kenapa ko tak tetap dengan pendirian ko haaa??? kenapa????

hati aku berbisik lagi

" mak aku cakap yang ko ni tak cukup kenal dengan dunia lagi, banyak tempat lagi yang ko tak pergi, ko pergi sana nnti ko cakap kat mak, ko minat dia, ko gi sini, ko cakap ko minat orang sini, dah tu takkan ko nak kahwin 4?? mampu ke, persoalan yang bermain di mulut mak aku tiap kali aku mengutarakan soalan mengenai hati aku dan hati orang lain yang aku minat... "

tu la kan kadang2 hati kita pon jahat jugak ngn tuannya... apa pendapat korang? niat kerana allah, atau nafsu serakah?? hehehe tanya hati beb. nak ikut yang mana satu... :) 

aehh dah macam lari topik jek kan?? ok back to the first point that i want to say.

"why her"

halamak aku sebenarnya minat kat orang pompuan yang selalu tersenyum, ikut kata hati dia jek nak buat apa(tidak terkongkong), pandai jaga diri....

ini je laaa apa yang aku harapkan dari sesiapa sahaja... 

orang cakap aku playboy??? 

playboy???

bayangkan playboy berbadan sasa(besar), ada six pack(boroi), rupa ke laut (takde rupa langsung)

hahahahhaahha playboy tang mana aku tak tahu arrr...

aku suka tengok orang tersenyum, sebab setiap manusia ada cara senyuman yang berbeza, sedangkan senyuman jek dah berbeza beb... senyum kelat, senyum manis, senyum manja dan sebagainyalahhh

:) :D 

pesanan dari orang tua-tua aka mak n bapak aku yang setia menjadi tulang belakang aku selama berapa puluh tahun dari aku kecik

'' kau nak kahwin berapa pon kahwin laa, mak n ayah tak kisah, asalkan ko belajar biar habis dulu, kerja bagus2, inshaALLAH ada rezeki ko nak kahwin berapa pon tak kesah dah masa tu, asalkan ko belajar dulu, kang masa belajar dok sebok nak bercinta jek, tak ke susah tu, masa nak bahagi dua, dengan cinta, dengan gelpren lagi haihhh tengok macam kami ni kenal pon masa dah habis belajar, dah kerja pon masa tu.. :) "

" ayah tak kesah pon orang kampung mana, orang ulu mana pon ko dapat, tapi kena belajar pandai2, bagi ayah kereta sebijik satu pun dah cukup dah, kalau boleh honda accord ye. hahahaha "

bapak aku mmg macam tu, :) 

dah2 melalut2 ke laut dah aku punya entry kali ni...  :) 

p/s: aku cuma nak cakap yang be yourself my future wife... 

aku teringat ayat dia laa

"kalau ada jodoh, adalah".... :) well said my future wife well said... :)

Sunday, 17 February 2013

11:25:00 am - 4 comments

mencari cinta pertamaku part two

ok as salam and selamat pagi isnin semua, sekarang ni je kowt yang aku ada masa untuk mengupdate blog aku dengan penerangan yang lebih dalam MENCARI CINTA PERTAMAKU PART 2. edisi jelajah ni kawan aku yang nak tau sangat siapa cinta pertamaku.. sedangkan aku pun tak tahu sape cinta pertamaku. haihh susah2 kalau berkawan dengan kawan seorang detektif, bajet dalam cerita detektif conan laa pulak kan?? tapi detektif conan 100kali lagi best dari dia. muahahaha

ok ok kita sambung balik

ok kali ni lepas SPM, aku dapat tawaran sambung belajar ke negara orang, hahah NEGARA orang la sangat, aku dapat sambung kata negeri sarawak, negeri kenyalang. tak kesah pon kat mana dapat sambung kan? hik2 asalakan ilmu yang kita dapat tu, kita boleh gunakan kat mana-mana jek. inshaALLAH.

ok masa aku semester 1 disini aku mula dikenalkan dengan buku hijau atau lebih dikenali dengan ladang kongsi, kira masa ni kena tanam2 laaa, masa ni kami semua kena tanam kacang tanah dan juga apa ntah lagi satu tanaman yang kitorang kena tanam, masa ni yang aku ingat di bulan PUASA dan masuk raya jek kena harvest. ok sebenarnya aku nak cakap masa semester satu ni aku mula rapat kat seorang budak yang mana aku minat kat dia diatas sebab dia ni pada pandangan aku comel, baik orangnya, peramah, dan juga boleh memberi bimbingan kaunseling kepada aku. dan masa ni laa aku dan dia banyak bersama, banyak bercerita mengenai latar belakang masing-masing, yang aku masih ingat dia amek kadet bomba masa sekolah menengah dulu2.

tapi apakan daya takdir menentukan segala-galanya, aku lagi sekali terpukul dengan mendapat tahu yang dia ni sudah berpunya walaupun aku tahu ada kawan aku yang lain pun turut sama suka dekat dia ni, tapi apakan daya, mereka dari sekolah menengah dah kenal antara satu sama lain, so, walau apapun yang terjadi dekat diorang dan jika berkait kepada aku, ini bermkna aku yang salah.. hehehe tapi tuhan telah menentukan segalanya.

so kiranya kami hanya rapat seperti kawan2 rapat yang lain, kami banyak menghabiskan masa bersama, adakalanya jika aku takde tempat nak luahkan perasaan yang tak puas hati ke, ada yang mengganggu perasaan ke?, ada pape yang tak faham mengenai kehidupan dan mengenai perempuan ke , aku akan tanya direct dekat dia. aku akan ingat dia sampai bila2. sampai aku ke anak cucu, kompom jek idop sampai ke anak cucu kan???..

"dah tu ko dengan dia apa cerita sekarang ni?" soalan terpancul dari mulut kawanku

"macam biasa jek still kawan, dan still contact, dan apa yang aku dapat tahu sekarang ni, dia dah putus dengan BF dia, so aku ada peluang untuk masuk jarum" dengan pantas dan dengan senang hati aku menjawab.

"oh ok, ok-ok macam mana pulak ko kenal dengan si NINI??" soalan yang hangat keluar bagaikan peluru tak habis-habis.

"NINI!!! aku mula kenal dengan dia pun rasa-rasanya start dari sem 2 rasanya, masa cuti sem, haaa masa tu aku ada kat umah n aku start contact dia, aku pun tak tahu mcm mana aku bleh rapat ngn dia, aku kenal dia pon melalui phone n kdg2 ada jugaklah aku call dia, hehehe..

walaupun aku tak kenal nini ni lebih mendalam seperti mana yang ko kenal dia, aku pasti dia ni seorang yang kuat, seorang yang tabah. aku rasa lah, btw aku mmg betol2 minat dia, ok aku ingat lagi bila aku propose dkat dia, n then sbelum aku propose dekat dia, ada sorang yang minat dekat nini juga masa tu, masa tu aku ada kat bilik ko kan? dia datang dan dia tanya, macam mana kalau aku kapel ngn si NINI, dan masa tu muka aku merah menahan sebak, walaupun aku tahu ada orang minat kat dia, aku tetap kalah dengan dia, sebab dia dah nak propose. aku pilih jalan kedua dengan membawa hati yang lara ini pergi jauh2.

pinangan ditolak!! alhamdulillah aku masih ada peluang untuk rebut peluang ini, aku tkkan lepaskannya, setelah dari detik itu, aku mula mesej dengan dia, kadang2 chat ngn dia dekat fb, semua aku buat dalam diam, dan hanpir kawan2 aku semua takdak yang tau. aku tak kesah laa diorang tau ke tak ke. yang penting aku nak dpatkan hati dia untuk aku, kalau dapatlah kan?? hik3 nak dapat mcm mana kan?? bertegur dalam dunia yang nyata pun kurang ini kan pula nak menangkan hati dia untuk aku?? hik3 susah2 lahh kalau macam ni.. hurmmm

ayat NINI yang aku ingat sampai sekarang, apa yang dia pernah cakap dekat aku,

'aku ni tak serius orangnya'
'dia nak belajar dahulu, dan bila dah habis belajar baru nak cakap pasal kahwin, kapel dan juga sebagainya' 'kalau ada jodoh, adalah kita'

antara yang aku ingat.. tapi tu semua hanyalah kenangn lalu yang mengusik jiwa ini... :)

walaupun kau cakap si NINI ni cinta pertamaku, bagaimana pula yang aku kenal waktu sem 1?? bukankah dia juga cinta pertamaku??

"walaupun kami masih berhubungan sehingga sekarang ni, tapi aku tetap mencari siapakah cinta pertamaku" ayat yang terakhir terkeluar dari mulutku..

"dah tu masa sem 1 ko kenal dgn NANA, n NANA masa tu sudah berpunya, dan ko kenal pulak dengan si NINI, so NINIlah cinta pertama kau, kau kenal dia sampai sekarang kan? ko masih berhubungkan antara satu sama lain??? haaa, itu bukan cinta ke namanya???" ulas kawanku dengan pantas

"masih belum cinta lagi tu, kalau cinta tu antara satu sama lain, ini tidak, bertepuk sebelah tangan jek beb" jawabku pantas

"ok2 sekarngn ni, kau nak kahwin ngn sape? kalau dapatlahh dengan perempuan yang ko dah kenal sepanjang diploma kau ni?" soal kawan lagi

"dengan NINI laa, kalau ada jodoh, adalah" jawabku dengan selamba.

"kalau kau dapat kahwin ngn NINI, aku akan taja perkahwinan ko!, tapi aku hanya taja ayam jek laa, kalau aku taja semua, baik aku kahwin ngn NINI tu jek..." jawab dia dengan pantas.

"betol!!! ok2 kalau aku dapat kahwin dengan NINI, aku akan minta apa yang kau janjikan ini, tapi takkan tu je kowt?? bungat telur takkan takde?? sebab bunga telur pun guna telur ayam jugakalhhh, so ia berteraskan ayam jugakkan??" jawabku

"ahh takde-takde, aku taja ayam sahaja, yang lain pandai2 ko laa..."

"haa ok-ok, ayam pun ayamlah asalkan ko taja, ehhh jom balik dah lwat dah ni, nak pi mandi siap2. dah nak malam dah ni" ajakku

"haaa jomlah"




*cerita ini ada yang telah ditokok tambah dari cerita asalnya yang dikarang oleh si pengarang yang berasal dari selatan tanah air, pengarang yang terkenal di seluruh pelusuk asia tenggara..

yang baik jadikan dia sbgai panduan, dan yang buruk jadikan dia sebgai sempadan... :)

-nota tapak kaki-
sehingga sekarang siapa cinta pertama aku still tak dapat cari. aku still mencari makmumku yang telah ditakdirkan bersama-sama aku sampai ke jannah nnti inshaALLAH......

Saturday, 16 February 2013

7:00:00 am - 2 comments

mencari cinta pertamaku part one

korang ada rasa tak suatu perasaan di mana korang akan rasa yang korang ni dah layak untuk berkahwin walaupun yang korang ni masih belum habis belajar lagi.

dalam isi kandungan bualan aku dengan kawan aku 2 hari bersejarah yang lepas ni kami ada berbual-bual laa tentang ke mana kami akan pergi selepas habisnya diploma ni, sambungkah?? kerjakah?? berniagakah?? dan topik yang last kami bangkitkan adalah mengenai kahwin..

"woi, kau punya first love sape aek?" soalan yg terpancul dari mulut kawanku.

"hurmmm3, ntahlahh.. takde kowt first love aku, aku kenal ramai kawan perempuan dengan atas dasar perkenalan dan kawan jek.. " kepala otak aku ligat memikirkan jawapan yang sedap untuk didengar dan menghantar jawapan itu ke mulut dengan menggunakan saluran penyampai, tidak sampai beberapa saat pun otak bekerja, akhirnya terpancul juga perkataan itu ke mulutku. dan kemudian aku lontarkan ayat-ayat itu dengan menggunakan nada suara dan intonasi yang betul..

"yek2 jek ko ni, dah tu yang ko kenal dan rapat dalam masa 3 tahun ko buat diploma ni, takkan takde sorang pun yang melekat? dah tu si NANA tu macam mana? bukan first love ko ke?" soalan yang seumpama bom nuklear yang memusnahkan nagasaki dan hiroshima suatu ketika dahulu hinggap di telingaku ini.

nasiblah baikkk, haihhh

nasib baik aku tak korek telinga dah 3 minggu, fuhhh lega2 kalau tak habis meletop telinga aku ni mendengar soalan tu.

"haaa??? NANA!!!! itu yang ko cakap first love aku?? hahahaha kau buat aku hampir tergelak, nasib tak tergelak lau tergelak habis aku guling2 kat lantai ni... hurmm ko nak dengar tak satu cerita aku ni?" aku dengan pantas memutarbelitkan ayat aku dengan pantas, tapi berdegup laju jugak hati aku ni untuk menjawab soalan dari dia.

"haaa menda ko nak cakap? ko nak cakap sape first love kau ke? haa cakap laaa" sepantas kereta ferrari di trek lajunya dia membalas..

"haa ok2 aku cakap secara ringkas jek laa ye, aku malas nak cakap(tulis) panjang ni, ok untuk pengetahuan ko aku dulu sekolah dekat sebuah sekolah felda dari darjah 1 sehingga darjah 6 dan ketika darjah 2 aku tukar sekolah di pedalaman estet dan belajar bersama dengan penduduk asli di situ, pengalaman bersama orang asli susah nak dapat. ok2 back to topic, masa aku darjah 2 aku ada kenal sorang awek ni, dia aku minta sebab muka dia sama dengan muka ELLA penyanyi gilaan ramai tu. itu antara sebab aku minat dia, tapi aku tak pernah cakap pon aku minat kat dia.. hik3 ok2 sampai darjah 6 tu takde sape2 laa yang melekar kat hati aku ni, masih muda kowt masa tu, tapi budak sekarang lain dah, darjah 3 mahupun tadika pon dah pandai berawek-awek ni. susah betol sekarang ni kan??

"ok kita move on, masa aku tingkatan 1, 2, dan 3 aku minat 2 orang budak, kisah ni terjadi masa tingkatan 3, aku ditolong oleh orang tengah yang aku kira waktu kawan baik aku, dia cakap kat aku

'weyh ko taknak tackle si NINI tu? aku rasa dia single kowt, lagi satu aku tengok dia macam suka kat ko jek? tengok je laa, kalau buat group dia balik-balik nak dengan kau. pahtu ada kerja atau kerja rumah dia dengan kau buat study group bagai. kau taknak cuba ke weyh?' soal kawanku lutfi.

'halamak aku bukan taknak tapi aku ni kap jenis yang pemalu orangnya, kau pulak taknak tolong aku ke dapatkan dia?' jawabku dengan pantas untuk mendapatkan kepastian yang sahih dari dia

'haaa bak datangn phone kau, ada kredit tak ni?' dengan pantas telefon bertukar tangan

sejak dari malam kami berjumpa antara aku dengan kawan aku itu, aku makin rapat dengan si NINI tu dengan telefon dan juga mesej tanpa menyatakan hasrat yang ada terbuku dalam hati aku ni.. aku pendam, pendam, pendam dan terus pendamkan sehingga satu hari aku dapat tahu yang si NINI ni dah ada orang lain selain aku dan masa tu aku redha dengan pilihan dia, tapi sebenarnya salah aku, sebab aku tersalah pilih orang yang sudah berpunya. dan dari dulu lagi antara aku dengan si NINI ni adalah sebagai pengutus surat ataupun dipanggil orang tengah antara beberapa orang senior yang suka dengan dia.

walaupun apapun yang terjadi hidup harus diteruskan, jangan pernah mengalah, walaupun kehidupan kita terasa kekurangannya.

ok, sekarang aku masuk tingkatan 4 dan 5 ye, masa aku form 4 aku sekelas dengan si NINI ni, so aku terpaksa berdiam diri selama mana yang aku boleh untuk menghilangkan ingatan aku ini, dannn tingkatan 4 ni aku menjadi pelajar yang normal sahaja tanpa siapa2 di sisi dann masuk form 5 aku kenal dengan seorang ni, dan aku abadikan nama dia dekat email2 aku. aku kenal dia masa dalam lab apa ntah aku tak ingat, dia tolong aku dalam buat lab tu, so kami lebih banyak masa bersama dalam lab ketika itu, dan akhirnya kami menjadi rapat dalam segala aspek, dia minta tolong ajar itu dan juga ini dan begitu juga aku. akhirnya hasrat itu terkubur bersama sijil SPM yang ku terima ketika ku pulang ke kampung tercinta saat cuti semester pabila kawan baikku mengajak ku berjalan ke bandar dan dia keluar bersama awek dia dan dia merupakan orang yang aku paling minat dan juga pemberi dan pembakar semangat aku,

waktu dalam kereta tu, aku paling senyap aku tak tahu kenapa  aku bleh jadi maacam tu tapi dalam diam tu aku menyesal, aku redha, aku pasrah, dan aku lah segala-galanya. aku terpaksa lepaskan dia pergi dengan imamnya itu, dan aku doakan mereka bahagia sehingga ke anak cucu, inshaALLAH.

ok2 cerita yang akan datang aku akan sambung lepas ni laa, panjang betol dah aku taip ni, tak pernah umur aku nak tulis sepanjang ni, kang tak pasal-pasal ada orang tulis TLDR dalam erti kata lain too long didn't read... hik3... :)

Thursday, 17 January 2013

5:31:00 am - No comments

cerita demi cerita

cerita demi cerita yang aku dengar melalui rangkaian banggaan ramai internet yang hampir merosakkan anak bangsa sendiri dengan pelbagai medium yang telah lama digunakan, tapi sehingga sekarang masih tiada kesedaran lagi. apakan daya istilah demi istilah digunakan bagi menggambarkan dunia zaman era moden ini.

kes demi kes yang keluar dari negara yang gagah, megah namanya di persada dunia, dan megah dan gagahnya juga dipersada nilai korupsinya yang tinggi berbanding negara-negara lain... pasti kah??? sila nilai sendiri.

akal demi akal digunakan menarik minat para pengundi dalam masa yang terdekat bagi mengundi pihak kerajaan yang sedang sarat, nazak, dan gering dan tinggal tunggu masa sahaja untuk jatuh dan digantikan dengan pucuk pimpinan yang baru, tapi apakan daya PENYOKONG  KIPAS SUSAH MATI kerajaan still ramai lagi *bangla, nepal, dan lain2 adalah sampingan sahaja... :)

cara demi cara yang dilakukan untuk menjatuhkan satu2 pihak, antaranya dengan cara yang kejam yang banyak berlaku sekarang ni, heboh jugaklah di media massa yang banyaknya berat sebelah yang ada di dalam negara.... malunya jadi rakyat dalam negara tersebut...

isu demi isu ditimbulkan bagi mengurangkan undian bagi pihak lawanm tapi apakan daya undian itu boleh berubah dalam sekelip mata, antara nak dengan taknak je.. :)

apa-apaon semoga berjaya mengharungi hari2 yang mendatang ye kawan2 yang aktif berpolitik, yang jadi side kick politik tidak kurang hebatnya juga.. :) selamat2... :)