3:24:00 am -
pejam pelik
No comments
pejam pelik pejam pelik
kini aku sedar betapa pentingnya ilmu itu perlu ada dalam diri seseorang yang bergelar dan digelar PELAJAR, yang mana suatu hari nanti, mereka adalah yang akan mengetuai negara ini, memegang mana2 kepala2 syarikat yang mampu menghasilkan puluhan juta keuntungan dalam masa hanya sebulan??
"aeh mampu ke puluhan juta sebulan?" terdetik soalan dalam hati ini
"dimana ada kemahuan disitu ada jalan" hamekaw
setalah 3 tahun jugaklah aku harung benda yang tak sepatutnya aku harungi tapi demi mencari ilmu yang berkat malah diredhai allah, aku sanggup, inshaALLAH aku sanggup.... :) tapi kini pencarian ilmu untuk satu tahap telah sampai ke penghujungnya, betol2 di penghujungnya, tapi aku akan harung kembali jalan yang penuh onak dan duri ini walaupun berapa tahun sekali pon.
pernah aku ingat satu ayat yang dikeluarkan oleh orang yang tak ternama, ayatnya lebih kurang macam ni
"akan ku harungi jalan yang berliku ini dengan senyuman yang terukir di bibirku" mendalam betol.... :)
kesabaran memang perlu dalam segala hal yang kita lakukan, dari sekecil zarah sehingga sebesar-besar alam ini.. kesabaran perlulah dididik dengan cara yang betol, dimana ia berguna untuk kita yang sentiasa alpa dan juga mudah untuk naik angin... :)
apa yang aku dapat melalui diploma yang aku dapat??
"apa aek??" peningku dengan soalan maut ni...
"banyak yang aku dapat sepanjang 3 tahun aku berada disini, aku kenal dengan pelbagai jenis orang, dari pelbagai kasta, serendah2 makcik cleaner sehinggalah dekan2 universiti, malahan dengan datuk pon aku berkawan.. orang cakap kawan biar seribu kan? ok itu satu bab, bab yang kedua, aku dapat pelbagai ilmu, antaranya mengenai perikanan, politikan, dan macam2 lagi laa, orang juga ada cakap,
"kita jadi pelajar ni, jangan tumpu pada satu benda sahaja, biarlah luas sikit pemikiran kita ni" -stranger-
betol jugak tu, kalau boleh aku nak buat macam2 keje, dari seberat2 mungkin sehinggalah seringan2 kapas.. apa yang senang dalam dunia ni kan??
mak aku ada cakap dan dia juga selalu cakap benda ni
" nak senang bukan senang dan nak susah bukan susah" ko nak yang mana???
kalau kau nak jawab yang mana?? dua2 jawapan maut kowt... jawapan ni boleh diumpamakan
"keluar mulut buaya masuk mulut singa" haaa lebih kurang macam ni laaa perumpamaannya...
aku rasa aku dah melalut kowt tulis pepanjang ni, lagi satu aku ni dahlah paling malas nak update blog kan?? haihhh susah2 macam ni kan??? dah tu nak buat mcam mana, mmg takde masa nak mengupdate blog ni, nak singgah blog orang tu boleh laa jugak
inshaALLAH jika ada masa nnti aku nak jugak mengupdate blog ni sekali banyak, kira simpan2 pahtu nnti hari2 ada jek yang terupdate kan??? blog aku ni dahlah tak pemes, nak update punyalah malas sekali.. haihhh
tunggu yang seterusnya yaa... inshaALLAH dalam masa terdekat...
"dalam masa terdekat?? biar betol ko ni blogger?? aku tengok sebulan sekali jek ko update?? usang tak usanglah kau punya blog kan aku tengok??? " tanya kawan yang prihatin
"aehh terima kasihlah kerana prihatin dengan ambe ni, tapi lau ada masa lebih nak tolong mengupdatekan blog ambe pon takpe.. kih4"
ok chow kit road
assalammualaikum, salam sejahtera dan salam satu malaysia... semoga berjumpa lagi..
solat yukkkk....
0 comments:
Post a Comment