Saturday, 16 February 2013

7:00:00 am - 2 comments

mencari cinta pertamaku part one

korang ada rasa tak suatu perasaan di mana korang akan rasa yang korang ni dah layak untuk berkahwin walaupun yang korang ni masih belum habis belajar lagi.

dalam isi kandungan bualan aku dengan kawan aku 2 hari bersejarah yang lepas ni kami ada berbual-bual laa tentang ke mana kami akan pergi selepas habisnya diploma ni, sambungkah?? kerjakah?? berniagakah?? dan topik yang last kami bangkitkan adalah mengenai kahwin..

"woi, kau punya first love sape aek?" soalan yg terpancul dari mulut kawanku.

"hurmmm3, ntahlahh.. takde kowt first love aku, aku kenal ramai kawan perempuan dengan atas dasar perkenalan dan kawan jek.. " kepala otak aku ligat memikirkan jawapan yang sedap untuk didengar dan menghantar jawapan itu ke mulut dengan menggunakan saluran penyampai, tidak sampai beberapa saat pun otak bekerja, akhirnya terpancul juga perkataan itu ke mulutku. dan kemudian aku lontarkan ayat-ayat itu dengan menggunakan nada suara dan intonasi yang betul..

"yek2 jek ko ni, dah tu yang ko kenal dan rapat dalam masa 3 tahun ko buat diploma ni, takkan takde sorang pun yang melekat? dah tu si NANA tu macam mana? bukan first love ko ke?" soalan yang seumpama bom nuklear yang memusnahkan nagasaki dan hiroshima suatu ketika dahulu hinggap di telingaku ini.

nasiblah baikkk, haihhh

nasib baik aku tak korek telinga dah 3 minggu, fuhhh lega2 kalau tak habis meletop telinga aku ni mendengar soalan tu.

"haaa??? NANA!!!! itu yang ko cakap first love aku?? hahahaha kau buat aku hampir tergelak, nasib tak tergelak lau tergelak habis aku guling2 kat lantai ni... hurmm ko nak dengar tak satu cerita aku ni?" aku dengan pantas memutarbelitkan ayat aku dengan pantas, tapi berdegup laju jugak hati aku ni untuk menjawab soalan dari dia.

"haaa menda ko nak cakap? ko nak cakap sape first love kau ke? haa cakap laaa" sepantas kereta ferrari di trek lajunya dia membalas..

"haa ok2 aku cakap secara ringkas jek laa ye, aku malas nak cakap(tulis) panjang ni, ok untuk pengetahuan ko aku dulu sekolah dekat sebuah sekolah felda dari darjah 1 sehingga darjah 6 dan ketika darjah 2 aku tukar sekolah di pedalaman estet dan belajar bersama dengan penduduk asli di situ, pengalaman bersama orang asli susah nak dapat. ok2 back to topic, masa aku darjah 2 aku ada kenal sorang awek ni, dia aku minta sebab muka dia sama dengan muka ELLA penyanyi gilaan ramai tu. itu antara sebab aku minat dia, tapi aku tak pernah cakap pon aku minat kat dia.. hik3 ok2 sampai darjah 6 tu takde sape2 laa yang melekar kat hati aku ni, masih muda kowt masa tu, tapi budak sekarang lain dah, darjah 3 mahupun tadika pon dah pandai berawek-awek ni. susah betol sekarang ni kan??

"ok kita move on, masa aku tingkatan 1, 2, dan 3 aku minat 2 orang budak, kisah ni terjadi masa tingkatan 3, aku ditolong oleh orang tengah yang aku kira waktu kawan baik aku, dia cakap kat aku

'weyh ko taknak tackle si NINI tu? aku rasa dia single kowt, lagi satu aku tengok dia macam suka kat ko jek? tengok je laa, kalau buat group dia balik-balik nak dengan kau. pahtu ada kerja atau kerja rumah dia dengan kau buat study group bagai. kau taknak cuba ke weyh?' soal kawanku lutfi.

'halamak aku bukan taknak tapi aku ni kap jenis yang pemalu orangnya, kau pulak taknak tolong aku ke dapatkan dia?' jawabku dengan pantas untuk mendapatkan kepastian yang sahih dari dia

'haaa bak datangn phone kau, ada kredit tak ni?' dengan pantas telefon bertukar tangan

sejak dari malam kami berjumpa antara aku dengan kawan aku itu, aku makin rapat dengan si NINI tu dengan telefon dan juga mesej tanpa menyatakan hasrat yang ada terbuku dalam hati aku ni.. aku pendam, pendam, pendam dan terus pendamkan sehingga satu hari aku dapat tahu yang si NINI ni dah ada orang lain selain aku dan masa tu aku redha dengan pilihan dia, tapi sebenarnya salah aku, sebab aku tersalah pilih orang yang sudah berpunya. dan dari dulu lagi antara aku dengan si NINI ni adalah sebagai pengutus surat ataupun dipanggil orang tengah antara beberapa orang senior yang suka dengan dia.

walaupun apapun yang terjadi hidup harus diteruskan, jangan pernah mengalah, walaupun kehidupan kita terasa kekurangannya.

ok, sekarang aku masuk tingkatan 4 dan 5 ye, masa aku form 4 aku sekelas dengan si NINI ni, so aku terpaksa berdiam diri selama mana yang aku boleh untuk menghilangkan ingatan aku ini, dannn tingkatan 4 ni aku menjadi pelajar yang normal sahaja tanpa siapa2 di sisi dann masuk form 5 aku kenal dengan seorang ni, dan aku abadikan nama dia dekat email2 aku. aku kenal dia masa dalam lab apa ntah aku tak ingat, dia tolong aku dalam buat lab tu, so kami lebih banyak masa bersama dalam lab ketika itu, dan akhirnya kami menjadi rapat dalam segala aspek, dia minta tolong ajar itu dan juga ini dan begitu juga aku. akhirnya hasrat itu terkubur bersama sijil SPM yang ku terima ketika ku pulang ke kampung tercinta saat cuti semester pabila kawan baikku mengajak ku berjalan ke bandar dan dia keluar bersama awek dia dan dia merupakan orang yang aku paling minat dan juga pemberi dan pembakar semangat aku,

waktu dalam kereta tu, aku paling senyap aku tak tahu kenapa  aku bleh jadi maacam tu tapi dalam diam tu aku menyesal, aku redha, aku pasrah, dan aku lah segala-galanya. aku terpaksa lepaskan dia pergi dengan imamnya itu, dan aku doakan mereka bahagia sehingga ke anak cucu, inshaALLAH.

ok2 cerita yang akan datang aku akan sambung lepas ni laa, panjang betol dah aku taip ni, tak pernah umur aku nak tulis sepanjang ni, kang tak pasal-pasal ada orang tulis TLDR dalam erti kata lain too long didn't read... hik3... :)

2 comments:

terbaik....i LIKE......janji aku jgn lupa yer

janji2 ko tu aku takkan lupa dan aku akan abadikan dalam ni, jangan risau, nnti aku akan update lagi...

Post a Comment