9:45:00 am -
ajaib3
No comments
7 keajaiban dunia purba
berikut disenaraikan hasil binaan yang digelarkan tujuh keajaiban mengikut tarikh binaan:
ia merupakan keajaiban yang tertua dan yang terakhir masih tinggal. ia dipercayai dibina sebagai makan untuk firaun kufu. piramid ini siap dibina pada sekitar 2580SM, ia menelan masa 20 tahun. piramid agung ini masih wujud.
ia juga dikenali sebagai taman tergantung semiramis. taman tergantung babylon terletak sekitar 50 kilometer selatan baghdad, iraq di sebelah tebing timur sungai euphrates. ia dibina adalah untuk menggembirakan isteri nebuchadnezzar, amytis yang rindukan kampung halaman...
ia merupakan kuil tamadun yunani purba yang dibina untuk menyembah dewa artemis. ia dibina pada 550 SM di ephesus yang terletak di negara turki hari ini. tetapi ia telahpun dimusnahkan oleh Herostratus.
ia diukir oleh pengukir klasik terkenal iaitu phidias kira2 435SM di yunani. ia musnah diakibatkan kebakaran pada 462 selepas masihi.
ia merupakan sebuah makam besar yang dibina untuk gabenor (satrap) wilayah parsi oleh isteri dan adiknya . ia direka oleh arkitek yunani purba, tinggi makam ini adalah 45 meter, di dinding luar terdapat ukiran dan seni pahat. makam ini dibina antara tahun 353 dan 350 SM dan berdiri selama 1700 tahun dan ia musnah akibat beberapa gempa bumi pada abad ke-14 dan ke-15.
ia merupakan sebuah patung besar yang melambangkan tuhan yunani purba helios yang terletak di rhodesiaitu sebuah pulau yunani. ia didirikan pada 292 dan 280 SM. ia berdiri setinggi 30 meter dan diperbuat daripada gangsa. namun, selepas 56 tahun dibinaa, patung ini musnah akibat gempa bumi pada 226 SM.
7. RUMAH API ISKANDARIAH
ia merupakan sebuah rumah api yang dibina pada abad ke-3 SM di pulau pharos berhampiran dengan kota iskandariah purba, ketinggiannya dianggarkan melebihi 115 meter dan merupakan antara struktur tertinggi ciptaan manusia selama beratus-ratus tahun. kemusnahan rumah api tersebut adalah disebabkan dua gempa bumi pada 1303 dan 1323 yang telah menyebabkan rumah tersebut runtuh

0 comments:
Post a Comment