Monday, 9 September 2013

11:47:00 pm - No comments

pelajar nerd

hai semua,

assalammualaikum permulaan bicara dari aku yang dah lama sangat2, sangat dan tersangat lama tak update blog ni kan? kan3?? hehehe. kali ni baru aku ada masa nak update ini blog inshaALLAH blog ini takkan bersarang lagi dah lepas ni...

aku baru jek mendaftar di salah sebuah universiti terkemuka tanah air. "terkemuka la sangat" muahaha. aku daftar paling lambat, lambat dan lambat... "hamekaw" alasan yang diberi adalah kereta. kereta takdelah apalah, tapi alasan utama aku yang menyebabkan aku daftar lambat ni adalah sebab atas "keMALASan" untuk ikut orientasi yang telah diterapkan disini. itu adalah antara salah satu faktor yang menyebabkan aku untuk tidak mengikuti orientasi disini. hihihi.

apa jek yang ada dalam kursus orientasi yang dijalankan selama seminggu tu??

apa yang aku dapat lihat semasa seminggu berorientasi tu, aku dapat kenal dengan ramai orang, itu antarnya laa, lagi satu aku dapat tengok dak2 ni mencari cinta mereka disini, tidak kurang jugak untuk para senior yang secara kehendaknya dan secara ikhlas ingin menjadi fasilitator...

cakap pasal minggu orientasi ini mengingatkan aku tentang orientasi di salah sebuah tempat di borneo semasa aku mendaftarkan diri sebagai seorang pelajar diploma disitu. perbezaan yang ketara dapat dilihat atas layanan yang diberi. malah kehidupan sebagai seorang pelajar disini juga berbeza. ada yang mengatakan disini lebih bebas,

apa??? bebas???

bebas apa nya kan??? itu ikut naluri masing untuk mentafsir erti kebebasan itu sendiri...

pengalaman pertama kali naik bas yang sendat mampat dan juga padat adalah diantara salah satu kenangan pahit dan juga ada manisnya disini..

pernah makan sardin botan?? senang cerita la, pernah makan sardin kan?? haa dalam  bas tu mcm tu laa jugak.. sardin bergerak dah kitorang panggil.. :D

adalagi yang nak diperkatakan mengenai tempat yang aku tengah duduk ini.. walaupun tempat ini besar tapi pengurusan dia tu yang kureng sikit la bagi aku.. hui4.. hurmmm

aku akan sambung lagi nanti dengan cerita2 dan pengalaman aku disini... manisnya ada pahitnya juga ada... :D

0 comments:

Post a Comment