8:48:00 am -
No comments
seminggu yang mengajar erti kesabaran
ok, aku nak mulakan cerita ni, tapi nak semua tumpukan perhatian ye!! dah macam nak tengok teater lak kan?? keh4.....
ok sebenarnya wa dah lama tak berblog kerana aku dibedah atas alasan appendik aku dah pecah, so aku kena tahan kat wad di salah sebuah HOSPITAL kerajaan, ye laa nak masuk swasta tak mampu, so aku ambil jalan singkat dan mudah dengan masuk wad kelas ke-3 di salah sebuah hospital kerajaan yang menempatkan segala penyakit disitu.. hehehhee. :)
selama seminggu kena tahan, banyak mengajar erti kesabaran, dan segala erti yang dapat mengubah hidup ini secara drastik dan statistik... aeh statistik apa pulak ni kan??? tetiba pulak kan?? hehhee.. tapi aku masuk kat situ mmg tersangatlah bosan dan jugak makanan kat hospital kerajaan ni mmg terbaiklahhh... makanan yang diberi mengingatkan aku tentang adanya penyakit darah tinggi dan juga kencing manis yang dah lama bertaut dalam diri ini. walhal aku sihat walafiat jek dari dulu sampai sekarang ni.. alhamdulillah..
ok2 aku nak cakap lak pasal simptom2 appendix ni..
SIMPTOM - SIMPTOM
Radang appendik menyebabkan beberapa simptom dan berubah mengikut masa.Tetapi bahagian yang sakit adalah berbeza-beza bergantung pada umur dan kedududkan appendik seseorang seperti :
- Peringkat awal (simptom yang kerap berlaku) : kesakitan mula dirasai pada bahagian pusat dan kemudiannya akan terasa hingga ke bahagian bawah kanan abdomen.
- Jika radang merebak ke tisu sekitar, kesakitan lebih menusuk dan semakin teruk.
- Loya dan muntah-muntah
- hilang selera makan
- sembelit
- sukar membuang angin
- cirit-birit
- bengkak pada abdomen
- demam
Kesakitan yang teruk mungkin dirasai biarpun apabila abdomen disentuh secara lembut.Ia akan menyebabkan kesakitan yang berulang-ulang.Keadaan ini juga dapat dirasai jika kita batuk,berjalan ataupun keadaan yang bergegar.Kesakitan dapat dikurangkan jika kita mengiring atau duduk di mana lutut menghadap dada.
ni haaa SIMPTOM-SIMPTON yang mungkin seseorang tu akan kena...
ini pon aku rembat dari satu dan dua ni... :) lain punya update wa akan cakap penuh pasal penyakit apa yang aku alami sekarang ni ye... :) ingatan bersama k.. :)
ok wa nak chow dulu ke chow kit road... :D
selamat malam semua..
0 comments:
Post a Comment