11:41:00 am -
No comments
perantau
adat yang berbeza tidak menghiraukan aku malah aku bangga dapat mengetahui adat mereka.
"owhhh macam ni rupanya mereka kalau sambut tetamu" ayat yg biasa kuor dari mulut aku.
aku kenal banyak tempat, banyak juga ragam manusia yang aku kenal dan juga dapat aku pelajari dari semasa ke semasa. aku mengambil sikit apa yg elok untuk aku semat dan simpan dalam2 dalam diri ini. sungguh aku bangga dengan kemampuan semua orang yang berusaha untuk tegur aku walaupun dalam menggunakan bahasa isyarat dan juga segala jenis bahasa yg mampu untuk memastikan segalanya berjalan lancar... :)
perjalanan singkat ini banyak mengajar aku erti kehidupan, erti pentingnya kepentingan itu, erti duit, erti kawan, erti sejuk, erti pemanasan global, erti mendalami hati orang, erti mendalami sesuatu bahasa lain dan juga erti SENYAP, yang selama ini diterapkan dalam diri manusia sejak lahir lagi.
aku ingin sekali memaki hamun orang yang aku anggap salah, tapi aku yang bersalah di dalam setiap apa yang aku lakukan walaupun aku tahu itu hak aku, tapi apakan daya, orang berduit, berharta dan juga ada tempat yang dan juga pangkat yang dulu, kini dan selamanya dikejar walaupuan susah untuk digapai...
aku pulang dengan seribu kekesalah yang aku buat selama beberapa hari di tempat orang, sempatkah aku bertaubat?? bolehkah aku pusing dan putar masa kembali??? ya ALLAH tunjukkan aku jalan yang kau redhai...
0 comments:
Post a Comment