Wednesday, 31 October 2012

12:19:00 pm - No comments

merapu di malam hari.

suatu malam bersenderian di suatu bandar yang sungguh maju rasanyalah.. duduk termangu di tepi tembok bagaikan tembok besar china. :) tapi malangnya aku hanya berada di sebuah terminal yang sesak lagi menyesakkan.. duduk terdiam di suatu sudut, melihat orang kehulu kehilir bagaikan mencari anak yang hilang.. melihat orang yang boleh membuatkan aku lemah iman seketika, melihat pramugari yang begitu seksi malah menyeksakan dengan pakaiannya yang sendat lagi padat sehingga terliur seperti melihat ayam KFC yang sungguh sedap.

melihat orang yang pelbagai ragam, melihat mat dan minah salleh yang tidur bergelimpangan di sana-sini bagaikan badan tidak bertuan, seperti di BOM tempat ini.. cuma mereka tidak berdarah tetapi bunyi yang pelik keluar dari mulutnya, kroh4... dan lagaknya seperti tuan tanah yang sedang beradu di bilik.

melihat ragam kanak-kanak yang berlari kesana-sini dan melihat mereka yang tiada masalah untuk difikirkan pada hari esok. celik-bangun-makan-tido, rutin harian yang sungguh mudah sehinggakan perasaan jealous itu ada di dalam benak diri ini walaupun umur dah meningkat masuk waktu yang boleh dikategorikan masih muda. hik4 berlari kesana-kesini, membuat tempat ini sebagai taman hiburan mereka sungguh menyeronokkan..

melihat orang tua terketar-ketar berjalan, terbongkok-bongkok mengharungi jalan yag jauh lagi memenatkan. raut wajah yang sering membuatkan aku tersentuh. berapa ribu yang telah mereka hasilkan seumur hidup mereka. seperti yang dinyatakan dalam akhbar2 yang senang menipu minda orang sekarang ni, mereka bolhe menghasilkan duit yang bgitu banyak yang dapat membeli sebuah pulau yang cantik seperti pulau krabi. tapi apakan daya tanggungannya lagi besar pada kehidupan waktu ini.

melihat tuan-puan kedai makanan yang mencekik dan memerah darah pelanggannya sehingga kering. apakan daya hanya mampu makan nasi goreng, telur goreng dan juga sayur sesenduk, itupun dah dikira kaya sangat2 sebab harganya yang betol2 membuatkan orang boleh kena sakit jantung, mana taknya nasi dan juga lauk tersebut berharga rm 5.50.... ???

pening memikirkan orang sekeliling, lebih selamat lagi jika aku mula tidur dan mendiamkan diri, biarlah mereka dengan dunia mereka, dan aku dengan dunia aku. tapi aku still lagi tak boleh buat dunia aku yang luar biasa perancangannya seperti malaysia yang mempunyai wawasan 2020.. :)


0 comments:

Post a Comment