3:05:00 pm -
No comments


jom buat sata
antara bahan- bahan yang diperlukan untuk membuat sata adalah seperti 500 gram isi ikan, 200 gram isi kelapa, 2cm halia, 1 biji bawang putih, 1 daun kunyit yang dipotong halus, daun pisang yang digunakan untuk membalut, potongan buluh sepanjang 20cm untuk dibuat pemegang sata dan juga 6 biji bawang merah.
cara untuk membuat sata ini teramatlah senang, pertama sekali campurkan semua sekali bahan-bahan, bahan-bahan tadi diblender dan jadikannya hancur sehingga menjadi pes. selepas itu tambah garam, serbuk cili untuk menambah sedap kepada sata tersebut. potong daun pisang kepada bentuk segi empat dan lalukannya di atas api atau rendam seketika di dalam rebusan air supaya menjadi lembut. pegang sehelai daun pisang tersebut dan bentuknya menjadi bentuk kon atau segitiga dan masukkan bahan yang sudah diblender tadi kedalamnya sehingga penuh dan bungkus dengan rapi dan dicucukkan ke batang buluh yang dipotong sepanjang 20cm tadi. selepas siap dicucuk, panggang sata itu diatas api yang sederhana sehingga 5 hingga 10 minit dan sata tadi dipusingkan sebanyak 3-4 kali supaya ia masak setiap bahagian. sesudah siap dibakar/ dipanggan sediakannya untuk dimakan begitu sahaja atau dimakan bersama nasi.
secara kesimpulannya sata ini senang dilakukan dirumah, kerana cara membuatnya yang agak mudah dan bahan-bahannya yang mudah didapati di kedai-kedai.
0 comments:
Post a Comment