Tuesday, 9 October 2012

3:15:00 pm - No comments

jom buat rusip

rusip merupakan penapaian ikan bilis atau ikan. rusip ini sangat popular di bintulu. biasanya rusip ini dibuat dari rendaman ikan bilis masin dan dibiarkan diperam selama beberapa minggu. rusip biasa digunakan di dalam masakan sayuran untuk menambah dan memberi rasa masin sesebuah masakan tersebut.

bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat rusip adalah 150gm isi ikan, 300gm garam laut, kadar banyak garam adalah 2 kali ganda kadar isi ikan. 3 limau sambal yang diperah untuk menggunakan jus limau sahaja dan juga satu balang kaca

cara membuat rusip pula adalah dengan membuat pembersihan ke atas ikan-ikan yang ingin dibuat rusip tersebut, dibersihkan dibuang segala perut-perut ikan dan juga dibasuh sehingga bersih. ikan tersebut haruslah di bersihkan dan di tos sehingga bersih dan kering supaya mudah untuk membuat kerja. gaul bersama dengan garam laut yang 2 kali ganda berat ikan tersebut dan di masukkan bersama ke dalam balang  kecil ataupun di dalam botol kaca yang sederhana besar. jus limau, serbuk lada dan sedikit gula diberi dan dimasukkan kedalam botol kaca tersebu ditutup dengan ketat...

0 comments:

Post a Comment