Wednesday, 31 October 2012

4:44:00 pm - No comments

zikirlahhh


dengan berzikir semakin bertambah amal kita, semakin bertambah iman kita kepada siDIA........
pahala ganjarannya inshaALLAH... :)

-selamat beramal

4:36:00 pm - No comments

senyum???

ada apa dengan senyum??
senyum boleh menyebabkan seseorang ditimpa musibah ke?
senyum boleh membuat orang bergaduh ke??
senyum boleh buat orang sakit hati ke?
kenapa orang susah sangat nak senyum? 
ada banyak masalah, sampai takleh senyum? 
orang gila pun mampu tersenym dengan jenaka yang mereka buat sendiri..
entah kenapalah berat sangat nak tersenyumnya.. puihhh 
sedangkan orang yang nak mati pun mamput tersenyum.
apa yang rugi dengan tersenyum?
senyum dapat mengurangkan harta??

senyumlah...
senyuman kita mungkin dapat mengurangkan kesakitan seseorang.
ia mungkin dapat mengembirakan seseorang
ia juga dapat memberi rangsangan yang baik pada orang lain.
ia juga dapat membuatkan otot2 di muka kita bersenam.
ia juga dapat memberikan pahala kepada kita.
orang cakap "senyum itu sedekah".. sejauh manakah betulnya fakta itu?
itu bergantung pada kita untuk menilainya.


:)

12:19:00 pm - No comments

merapu di malam hari.

suatu malam bersenderian di suatu bandar yang sungguh maju rasanyalah.. duduk termangu di tepi tembok bagaikan tembok besar china. :) tapi malangnya aku hanya berada di sebuah terminal yang sesak lagi menyesakkan.. duduk terdiam di suatu sudut, melihat orang kehulu kehilir bagaikan mencari anak yang hilang.. melihat orang yang boleh membuatkan aku lemah iman seketika, melihat pramugari yang begitu seksi malah menyeksakan dengan pakaiannya yang sendat lagi padat sehingga terliur seperti melihat ayam KFC yang sungguh sedap.

melihat orang yang pelbagai ragam, melihat mat dan minah salleh yang tidur bergelimpangan di sana-sini bagaikan badan tidak bertuan, seperti di BOM tempat ini.. cuma mereka tidak berdarah tetapi bunyi yang pelik keluar dari mulutnya, kroh4... dan lagaknya seperti tuan tanah yang sedang beradu di bilik.

melihat ragam kanak-kanak yang berlari kesana-sini dan melihat mereka yang tiada masalah untuk difikirkan pada hari esok. celik-bangun-makan-tido, rutin harian yang sungguh mudah sehinggakan perasaan jealous itu ada di dalam benak diri ini walaupun umur dah meningkat masuk waktu yang boleh dikategorikan masih muda. hik4 berlari kesana-kesini, membuat tempat ini sebagai taman hiburan mereka sungguh menyeronokkan..

melihat orang tua terketar-ketar berjalan, terbongkok-bongkok mengharungi jalan yag jauh lagi memenatkan. raut wajah yang sering membuatkan aku tersentuh. berapa ribu yang telah mereka hasilkan seumur hidup mereka. seperti yang dinyatakan dalam akhbar2 yang senang menipu minda orang sekarang ni, mereka bolhe menghasilkan duit yang bgitu banyak yang dapat membeli sebuah pulau yang cantik seperti pulau krabi. tapi apakan daya tanggungannya lagi besar pada kehidupan waktu ini.

melihat tuan-puan kedai makanan yang mencekik dan memerah darah pelanggannya sehingga kering. apakan daya hanya mampu makan nasi goreng, telur goreng dan juga sayur sesenduk, itupun dah dikira kaya sangat2 sebab harganya yang betol2 membuatkan orang boleh kena sakit jantung, mana taknya nasi dan juga lauk tersebut berharga rm 5.50.... ???

pening memikirkan orang sekeliling, lebih selamat lagi jika aku mula tidur dan mendiamkan diri, biarlah mereka dengan dunia mereka, dan aku dengan dunia aku. tapi aku still lagi tak boleh buat dunia aku yang luar biasa perancangannya seperti malaysia yang mempunyai wawasan 2020.. :)


Tuesday, 23 October 2012

2:33:00 am - No comments

3 JeNiS LeLaKi KaKi PeReMpUaN yAnG PaNdAi MeMpErDaYa WaNiTa mUsLiMaH

JENIS 1 : 
seorang lelaki yang memang berilmu agama orang macam ni, bila berilmu tetapi munafik atau nafsu dunia. sentiasa mencari jalan mudah atau mentawkil dengan ayat-ayat quran dengan salah, atau mutashabihat untuk menghalalkan dia berbuat dosa. sentiasa berketrampilan ala-ala ulama dan ustaz untuk memikat wanita. sentiasa manis mulut, suara lemah lembut dan berkali-kali memohon maaf, walaupun tiada apa-apa kesalahan

JENIS 2 : 
dari segi pakaiannya biasa-biasa sahaja, masa perkenalan sentiasa berkata-kata tentang dosa dan pahala, selalu memberi nasihat ke arah agama, apabila bertandang ke rumah wanita. kuat mengampu ibu bapa gadis. apabila bersembang dengan ibu bapa gadis bab agama sahaja. hanya tentang dosa san pahala sahaja. apabila waktu solat tiba dia tidak solat dirumah gadis, tetapi disurau. terlalu ambil berat tentang gadis yang disukaina secara berlebihan. padahal dia adalah salah seorang yang selalu melakukan dosa besar.

JENIS 3 :
apabila ia berkenalan dengan wanitaa, sentiasa menceritakan prancangan masa depan, buat bisnes katanya. selalu memberikan harapan. berkata-kata nasihat belajar rajin2. dan bekerja kita perlu ada target. umur bila sampai macam ni dia nak miliki kereta besar, rumah besar, lagi berumur lagi besar kereta dan rumah dia yang ingin dimiliki. kiranya dia memiliki perancagan masa depan yang sangat terjamin dan sentiasa menceritakan projek-projek yang dia lakukan dari semasa ke semasa. padahal tiada apa pun malah sentiasa memberi gambaran keluarga yang bahagiaseperti bulan dan bintang.mengikut target dia. apabila sudah berjaya hendak gadis tumpu pada anak-anak mendidik mereka bersama bila masa terluang pergi bercuti ke pulau-pulau bersama anak. minta isteri berhenti kerja dan sebagainya. ibarat seorang lelaki yang sentiasa projek bisnes dia dari masa ke semasa.

Sunday, 14 October 2012

6:53:00 pm - No comments

Jose Mujica



Jose Mujica, presiden uruguray dijuluki sebagai "el presidente mas probe" yang bererti presiden termiskin.

menerima gaji sebesar USD 12 500. namun hanya mengambil USD 1 250 dari gajinya. al hasil ia pun di anugerahi gelaran lain sebagai presiden paling dermawan di dunia.

pengeluaran terbesar yang pernah ia keluarkan adalah pembelian sebuah kereta Volkswagen Beetle, bernilai USD 1 945.

masa kepimpinannya Mujica, tingkat korupsi yang paling sedikit di antara negara di benua Amerika Selatan.

lelaki yang merupakan mantan pejuang gerila ini sama sekali tidak memilik akaun bank ataupun hutang. meski begitu ia mengaku memilik satu hal berharga yang tidak boleh dibeli oleh wang, iaitu anjingnya, Manuela.

12:38:00 pm - No comments

kawan???

sape kawan bagi korang?? adakah kawan itu satu benda yang boleh membuatkan korang bahagia? adakah kawan itu satu benda yang hanya boleh buat kau rasa bahagia sahaja? adakah kawan itu satu benda yang boleh membuatkan ko rasa selamat je bila bersama dengannya?

bagi aku,
kawan itu adalah peneman bila satu hari nanti kita sedang kesunyiann
kawan itu adalah seorang manusia yang sanggup lakukan apa sahaja untuk kita..
kawan itu adalah dimana dia suka sakitkan hati kita dengan perkara yang kecil,,
kawan itu adalah seorang yang mungkin suatu hari nanti bila kau memerlukan pertolongan, dia akan datang untuk membantu kau..
kawan itu adalah seorang yang senang untuk membantu kita pada bila-bila masa

apa lagi yang boleh dikaitkan dengan kawan ya???
kadang2 aku terasa gaklah dengan kawan2 baik aku walaupun kami tidak baik manapun.. tapi apa kan daya  dia adalah seorang kawan.

kawan dimana,
aku sayang dia,
aku takut akan kehilangan dia,
aku akan rindu dia bila sehari dua tidak bertemu,
aku ambil berat pasal dia,
aku tidak peduli apa yang dia lakukan kepada aku..

tapi sanggupkah aku berkorban demi kawan???

disinilah allah sedang menguji kita, menguji iman kita, menguji persahabtan kita..
adakah kau sanggup untuk memberi duit yang bernilai besar pada kawan kau, pada waktu masa genting?
adakah kau sanggup untuk menolongnya pada bila-bila masa sedangkan kau tahu ia mengganggu waktu tidur kau??

untuk sekarang aku terkilan apabila kawan-kawan aku yang sudah bercouple..
mereka tahu mereka pentingkan kawan mereka dari kapel mereka...
mereka sedar akan pentingnya kawan itu dalam kehidupan seharian mereka..
mereka juga tahu pabila mereka gaduh dengan kapel, akan cari kawan juga sebagai orang tengah..

tapi adakah betol yang kapel mereka tu akan tolong dia pada waktu mereka susah??

hurmmmm

Tuesday, 9 October 2012

3:15:00 pm - No comments

jom buat rusip

rusip merupakan penapaian ikan bilis atau ikan. rusip ini sangat popular di bintulu. biasanya rusip ini dibuat dari rendaman ikan bilis masin dan dibiarkan diperam selama beberapa minggu. rusip biasa digunakan di dalam masakan sayuran untuk menambah dan memberi rasa masin sesebuah masakan tersebut.

bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat rusip adalah 150gm isi ikan, 300gm garam laut, kadar banyak garam adalah 2 kali ganda kadar isi ikan. 3 limau sambal yang diperah untuk menggunakan jus limau sahaja dan juga satu balang kaca

cara membuat rusip pula adalah dengan membuat pembersihan ke atas ikan-ikan yang ingin dibuat rusip tersebut, dibersihkan dibuang segala perut-perut ikan dan juga dibasuh sehingga bersih. ikan tersebut haruslah di bersihkan dan di tos sehingga bersih dan kering supaya mudah untuk membuat kerja. gaul bersama dengan garam laut yang 2 kali ganda berat ikan tersebut dan di masukkan bersama ke dalam balang  kecil ataupun di dalam botol kaca yang sederhana besar. jus limau, serbuk lada dan sedikit gula diberi dan dimasukkan kedalam botol kaca tersebu ditutup dengan ketat...

3:05:00 pm - No comments

jom buat sata

sata merupakan makanan yang sangat popular di terengganu, sata ini boleh dimakan begitu sahaja ataupun dimakan sebagai lauk dan dimakan bersama nasi. sata dibuat menggunakan isi ikan dan juga isi kelapa.

antara bahan- bahan yang diperlukan untuk membuat sata adalah seperti 500 gram isi ikan, 200 gram isi kelapa, 2cm halia, 1 biji bawang putih, 1 daun kunyit yang dipotong halus, daun pisang yang digunakan untuk membalut, potongan buluh sepanjang 20cm untuk dibuat pemegang sata dan juga 6 biji bawang merah.

cara untuk membuat sata ini teramatlah senang, pertama sekali campurkan semua sekali bahan-bahan, bahan-bahan tadi diblender dan jadikannya hancur sehingga menjadi pes. selepas itu tambah garam, serbuk cili untuk menambah sedap kepada sata tersebut. potong daun pisang kepada bentuk segi empat dan lalukannya di atas api atau rendam seketika di dalam rebusan air supaya menjadi lembut. pegang sehelai daun pisang tersebut dan bentuknya menjadi bentuk kon atau segitiga dan masukkan bahan yang sudah diblender tadi kedalamnya sehingga penuh dan bungkus dengan rapi dan dicucukkan ke batang buluh yang dipotong sepanjang 20cm tadi. selepas siap dicucuk, panggang sata itu diatas api yang sederhana sehingga 5 hingga 10 minit dan sata tadi dipusingkan sebanyak 3-4 kali supaya ia masak setiap bahagian. sesudah siap dibakar/ dipanggan sediakannya untuk dimakan begitu sahaja atau dimakan bersama nasi.

secara kesimpulannya sata ini senang dilakukan dirumah, kerana cara membuatnya yang agak mudah dan bahan-bahannya yang mudah didapati di kedai-kedai.