11:21:00 pm -
kelaut
No comments
malam bertemankan cahaya rembulan di tepi lautan
dekat 2 jam perjalanan ke bandar menemankan membe2 ku, pelbagai jenis kereta aku jumpa, orang pun ramai di mlm hari, kami pusing-pusing bandar tersebut dan akhirnya kami memutuskan untuk ke warung makanan menjamah sikit makanan sebelum menyambung balik aktiviti kami. sedang kami makan, ada seorang makcik tua yang menghampiri kami untuk meminta sedekah
"dek, nak mohon sumbangan dek, makcik dah 3 hari tak makan ni dek, tolong makcik dek" pinta makcik tersebut
aku??? tergamam tidak mampu mengeluarkan sepatah kata, lidah aku terkelu, badan aku bergeta tidak tahu untuk berbuat apa-apa. tiba-tiba
"makcik sini makcik" ringkas panggilan pemuda di sebelah mejaku
kami semua tak tahu nak buat apa ketika itu, hanya mampu tergamam sahaja dan setelah sampainya makanan ke meja kami, semuanya berubah menjadi seperti biasa...
malam itu dengn ditemani dengan cahaya bulan yang menerangi bumi kami makan dengan penuh adab dan santunnya.
burllppp alhamdulillah
cadangan dibuka untuk berjalan-jalan di tepi pantai sambil melihat keindahan pemandangan di tepi laut ini.. selepas itu kami ke bazar karat yang famous di JOHOR.
bazar karat merupakan pasar malam yang dibuka sehingga pagi. para penjualnnya menjual pelbagai jenis barangan termasuklah dari brg2 antik dan juga brg elektronik dan lain. mcm2 ada meh dkat sini, brg disini dijual dgn harga yg murah dn mmpu dibeli dgn hrga yg murah2 sahaja
selepas penat berjalan kami menaiki kereta menyusuri di setiap jalan yang berjaya kami tempuhi antaranyalah lorong2 gelap yang makin famous dengan golongan yang berada di situ... hua2 mencuci mata dipagi hari... :)
setelah jam menunjukkan pukul 4 kami kembali pulang ke rumah.... alhamdulillah sampai ke rumah dan disambung dengan bebelan mak
*nota kaki: gambar2 ku rembat dari cik hensem
0 comments:
Post a Comment