Saturday, 14 April 2012

6:26:00 am - 2 comments

camping ohhh camping

sehari semalam aku dok dalam khemah yang nak roboh. khemah tersebut adalah milik makcik aku, adakah patot aku pergi lenggang lenggok untuk gi camping, camping tersebut adalah anjuran sekolah menengah tempat aku bersekolah dulu. saja je aku nak join disebabkan boring sangat dok kat umah ni tak tahu nak buat apa da, semakin lama aku dok kat umah ni semakin laaa aku menjadi mafia, menjadi seorang yang rajin mengemas rumah, menjadi seorang yang pembersih, menjadi seorang yang pandai masak, semuanya aku akan mahir.... tapi duit poket??? sungguh sedih :'(

di sana aku jumpa ramai cikgu-cikgu lama aku,  dan juga junior2 yang aku kenal gitu2 jek. :)
n paling koman bila aku jumpa ngn cikgu2 lama aku diorang kompon tanya mcm ni

"haa awak, dekat mana sekarang ni?" soal cikguku

"ingat lagi cikgu ni nama aku ye" detik aku dalam hati yang membuatkan aku tersenyum

"owhh saya dekat tempat biasa2 jek, saya dekat UPM sekarang ni" jawabku pantas dan ringkas

"alhamdulillah, kira bagus lah tu kan?, sekarang cuti sem ke?" soal cikgu lagi

"ya, cuti selama 2 bulan jek tak lama pun cuti sekarang ni, pejam celik pejam celik dah habis dah cuti" jawabku pantas ringkas dan padat dengan isi.

"owhh lama juga lah tu, jom makan sekali" pelawa cikguku

"owhh silakanlahh saya baru sahaja lepas makan tadi" menolak pelawaan dengan sopannya sambil tersenyum.

jom kita tengok gambar-gambar semasa aku berkhemah dengan budak-budak sek. men.

 kucing yang datang melawat ke dalam khemah ku...
 antara barisan khemah2 pelajar
 semasa menunggu panggilan untuk melakukan aktivit luar
 menunggu melakukan water confident
 water confident, masa untuk terapung
 antara awek yang aku usha.. opssss usha sahaja ye... :) hehehe
 jom2 terapung..
 halangan lepasi palang lembu...
 tarzan oh tarzann oooooooooo ooooo oooooo
 berbasikal adalah salah satu aktiviti yang dilakukan semasa menjalankan aktiviti lasak
 wah3 antara pelajar-pelajar yang ingin menjadi pemandu berhemah suatu hari nanti... :)

 jambatan goyang, aku paling gayat kalau lalu halangan yang ni, mmg kompom aku paling lambat kalau lalu kat sini,,
 ala-ala nak pecah rumah laa ni, tak pun nak cabut sekolah, mmg kompom2 lepas laa kalau nak cabut sekolah lepas ni kalau pagar sekolah setinggi mcm ni.. :)
 halangan berkolong

 perempuan juga turut join program lasak macam ni wowww lasaknya.. :)


kene merangkak beb kalau nak lalu bawah ni, jadi askar la pula kali ni,  tapi masa aku tengok ni budak2 ni lagi sygkan baju, kasut, seluar dan juga baju dari pengalaman yang dikecapi. biasalahkan budak2 zaman sekarang ni adalah budak manja kan???? hehehehe

kesimpulan dari apa yang aku dapat setelah melalui dan menjalani pelbagai aktiviti2 perkhemahan sepanjang aku bersekolah adalah
1. dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar dan juga guru
2. dapat menambahkan ilmu pengetahuan
3. dapat menambah kenalan
4. dapat berjalan kesana kemari, org cakap jauh perjalanan luas pemandangan
5. dapat sijil yang bernilai, ialah kan sijil mahal orang cakap.. :)
6. dapat duit belanja lagi
7. dapat berkenalan dengan awek2

ok la dah mencarut-carut dah aku nie.... :0

semoga berjumpa lagi

2 comments:

ngurat mem2 aq... siot... :p pix aq xde pon?

owhhhh membe2 kau rupanya.. hehehe kem salam jek laa kat dia... hua3

Post a Comment