5:54:00 am -
siapa aku
No comments
hari yang membosankan
setelah berminggu-minggu duduk di rumah hari ini merupakan yang membosankan bagiku,
seperti biasa seawal 5 pagi untuk menunaikan solat subuh, setelah puas dengan segala-galanya bantal menjadi teman baikku semula. aku tertidur sehingga pukul 7 sewaktu ibuku menjerit
"oi tak reti-reti nak bangun ke haaaa" leteran ibuku
"baru pukul berapa ni mak, tak masuk waktu kerja lagi ni" jawabku ringkas
"kerja! kau kerja apa haaa? nak kata kemas rumah, aku juga yang buat, nak kata basuh pinggan kau suruh adik-adik kau yang basuh, basuh baju aku juga yang buat, apa yang kau buat?" pnjg lebar penerangannya
"kerja buat tahi mata la mak" jwbku ringkas dan bergegas bangun ke bilik air untuk mandi sebelum dihambat dengan batang penyapu
setelah mandi, aku menyiapkan diri untuk pergi kemana-mana yang aku suka like a boss, biasanya aku akan pergi ke simpang untuk membeli senaskah surat khabar untuk dibaca, sambil membeli aku menyegarkan mataku dipagi hari dengan masyarakat kampung yang telah mula sibuk dengan kerja-kerja mereka, ada yang menghantar anak mereka ke sekolah, cari sarapan dan ada juga yang nencuci mata...
petangnya pula aku pergi ke rumah teman-temanku untuk bertanyakan khabar dalam berpuluh-puluh yang aku kenal hanya dalam 2-3 orang sahaja yang ada dirumah... itulah akibatnya jika tidak pandai.. aku terkedu dalam diam.
pulang dengan perasaan hampa, setibanya di rumah bermulalah perang mulut biasa antara ibu dan anak
"haihh boss awal balik ari ni, takde keje ke" perli ibuku
"mak bukan tak tahu kalau balik lambat2 kang takut jamed pula nanti" sambungku
"yelah boss takut sesak ye, kang naik juga flying kick aku ni kang" jawab ibuku tegas
"haip2 aku kasi pecat karang" jawab ku selamba sambil mengelak barang yang dilontarkan kepadaku
aku bergerak laju ke bilik untuk baring sebentar. aku mula mengelamun sewaktu aku bersekolah menengah dahulu, betapa indahnya waktu itu.. dapat kesana kesini bersama kawan, semuanya bersama... :)
tapi saat ini tatkala masing2 sudah ada masa depan sendiri rasa seperti boring sahaja hidup ini dan tiada apa-apa lagi di dunia ini tanpa kawan. lamunanku terhenti apabila 3310 ku berbunyi lagu 'billionaire' nyanyian bruno mars.
"oit apa program malam ni" tertera mesej seperti ini di dalam 3310ku
"mlm ni? hurm takde lagi, nape?" balasku ringkas
"jom teman aku gi bandar" balas kawanku
"bandar nak gi mana" balasku ringkas
"jalan2 je la, jom arrrr" balas kawanku
"haaa ok2 kol berapa?"
"sekarang laaa, aku otw" balas kawanku dengan pantas
tin2 tin2 bunyi hon kedengaran di luar rumahku, ku rasakan inilah kereta yang datang menjemputku ke bandar.... rupa-rupanya angan2ku tidak kesampaian, huk3
akan ada sambungannyaaaa :)
0 comments:
Post a Comment