No comments
coretanku akan kekal, namun tidak selamanya....
No comments
cinta,forever,pendamping,she's the one
No comments
hello assalamualaikum dan selamat sejahtera...
dah lama menyepi dari dunia ni sebenarnya entah kemana ntah hilang rasa nan update apa yang ada dalam kepala otak nih...
kesibukan mungkin... hahahahaha
okay tajuk dia dh main peranan dah kan... ini baru part 1.. jadinya bahagian ni abam cerita start diploma abam la yek...
aeh jap, btw abam kenal masa diploma lagi... kenal tkde la mendalam tapi just tau nama n sebab apa abang nak kenal dia... itu ja...
ok...
post ni abam nk ceritakan cmne abam leh dpt boleh dikatakan pendamping abam selamanya la an... tapi ni part 1 baru...
abam mengaku abam kenal nama ja masa diploma di sebuah pulau besar di laut china selatan...
tidak kenal rupa pada awalnya, tidak kenal siapa dia sebenarnya, abam ambek tahu aka skodeng pon sbb ada isu yang tkleh diceritakan kepada kalian2 semua... muahahahaha
so, itulah perkenalan pertama abam dengan beliau...
walau hanya kenal nama dan rupa.. abam tetap tk endah apa2 lagi pada saat itu, maklumlah masa tu kan masa muda mudi, masa darah masih membuak-buak nk dapatkan yang terbaik untuk kita... kannnn
settle la part one dahulu...
bismillah
assalamualaikum
No comments
Assalamualaikum, lama dah rasanya tak update binatang bulat2 warna oren ni... haaa kali ni koi nak cakap pasal hidup dan pilihan.. yang mana didalam kehidupan pilihan itu pasti ikut...
Koi ada cerita mengenai seorang teman, kenal tak lama tapi tu la, luar dalam semua dh tau.. baik buruknya.. koi nk cerita yang pilihan ni subjektif, ia boleh berubah mengikut kata putus setiap insan..
Jika baik pilihannya maka baiklah hidulnya, jika buruk maka buruklah.. tidak semua kehidupan ini mudah seperti yang disangka namun hidul ini perluanya pengorbanan yang mengorbankan pilihan kita sendiri..
Ok, back to my story about my friend.. dia ni kalau ikut luaran dia nampak biasa dan tenang, tapi dalamannya hanya allah yang berhak untuk tentukan segalanya..
Pilihan yang dibuat oleh dia bagi aku amat salah bukan kerna aku ingin menjatuhkan sesiapa tapi aku rasa benda2 mcm ni kita patut share..
Pada awalnya perkenalan mereka atas dasar kekeluargaan tapi akhirnya setelah kerap sangat, aku nampak pelil.. apa yang dia cuba sampaikan pon tetap aku ambil endah tak endah sahaja. Ini disebabkan lojik akal aku menyatakan
"Jika haram seauatu benda, maka haram la semuanya"
Akhir kalam.. buatlah pilihan yang paling tepat...
Seminggu raya ini mengubah persepsi aku seratus peratus tentang kehidupan yang ada manis dan pahit.. bilamana ia akan datang pahit sebelum timbulnya manis...
Aku disogok dengan indahnya kehidupan, indahnya berkasih sayang dan indahnya dunia.. apa yang kulihat kini untuk menggapai bintang yang diidamkan penuh dengan liku2 dan cabaran..
Sejak kebelakangan ini aku disajikan dengan penuh pancaroba dimana aku dalam satu situasi yang perlunya kata putus samada berhenti atau terus. Lebih kurang kereta tunggu traffic light..
Apakah patut langkah yang aku ambil ini, adakah ia bagus untuk masa depan aku atau itu hanya mainan nafsu semata.. dalam kalam yang lepas pon ada mengatakan hidup ini perlu mengambil risiko untuk maju..
Tapi aku,
Aku takut akan jatuh walau sebenarnya orang nampak aku kuat... tapi itulah, manusia yang hebat akan bangkit lebih baik selepas mereka jatuh.
Aku perlu bangkit demi mencari sebuah cahaya untuk diri ini...
Aku perlu bangkit demi keluarga aku.
Dalam aku bangkit untuk melupakan segala suntikan anasir2 jahat yang ada ini aku akan rebah dengan sekali rebah sahaja tanpa ada seseorang disisi..
Betapa bodohnya aku disitu, sedangkan kekuarga aku sentiasa ada disisiku selama ini untuk aku... tapi aku malu dengan kebebalan aku sendiri. Dengan dunia khayalan yang aku ciptakan selama ini...
Arghhhh benda2 ni patutnya aku tak perlu rasa lagi sepatutnya.. aku fed up dengan semua ni.. fed up dengan ura2 dunia yang cantik...
air naik,cair,climate change,iceberg,panas,perubahan iklim,suhu
No comments
Perubahan iklim, nampak macam mudah, apa yang kamu buat tiapnya akan ada kesan, tidak sekarang, pada masa akan datang.. tidak semua terkesan dengan perubahan, atau tidak ada yang peduli pon dengan apa yang berlaku.
Kesannya tersangatlah jelas, musim yang tidak menentu, panas yang melampau, kekerapan berlakunya musibah, peningkatan paras laut..
Haha tiada yang perasan punyalah, masing2 disogok dengan apa yg ada depan mata..
Menyedarkan bukanlah perkara yang mudah seperti menggosok gigi, tapi itu hakikat yang patot kau hadam, yang patot kau buat walau rugi. Sepatutnya tidak merugikan walau sesen pon, namun disebab nafsu serakah, siapa peduli kan? Yang penting aku, bahagian aku, selamat.
Bermulanya era pemodenan antara salah satu punca perubahan iklim ini terjadi, perlumbaan antara pengusaha2 untuk mempamerkan produk2 dan permintaan yang agak tinggi. Apa kau rasa kau nk tolak? Haishh org cari lu untung maa... mcm jual kuih..
Sikap rakus pengusaha2 besar, mengaut berjuta keuntungan dari hasil bumi yang mereka kata ini milik mereka, bukan hanya keperluan sahaja yang dikeluarkan dari perut bumi, malah pembaziran yg melimpah.
Akan datang, tidak hairan la jika bumi ini diliputi hampir 80% air sahaja atau 90%. Dimana kita, yang kebanyakan ni? Ditendang mungkin, sebab masih tidak sedar betapa pentingnya bumi ini.
1 hanyalah angka, se minimum mungkin kau naikkan, namun impaknya sungguh merungsingkan. Mana tidaknya walau satu sahaja naik ada yang akan mati, mcm kau masak air, takat panas yang manusia tahan berapa ja? Yg mikrob tahan takat mana? Organisma lain?
Salah mereka yang terdahulu atau kita yang sekarang ini?
Banyak pendekatan yang telah dibuat, antaranya kempen yang didedakkan dengan ceritera atai janji2 gula, earth hour yang hanya dibodohkan oleh syarikat2 besar,
Apa lagi pendekatan yang kita boleh buat, jang sampai satu masa nanti, yang akan datang akan tinggal diatas air kerna apa yang kita lakukan sekarang ini...
Sang pendosa jalanan,
Andai diberi peluang,
Akan kusujud tak kira masa,
Untuk mencari akan pahala,
Untuk lolos ke tempat idaman para ulama',
Ego tetap ada,
Sentiasa membesar,
Umpama maggi direbus lama,
Sampai satu tahap,
Rasa itu datang,
Rasa untuk jejak kaki,
Di tempat yg termaktub,
Aku hanya pendosa jalanan,
Mengkafirkan org itu mainan,
Mencari salah org itu biasa,
Waktu sentiasa dipersalah,
Walau byk tersisa dgn perkara sia2,
Bazir itu kawan,
Hormat itu lawan,
Tak pernah sedetik pon,
Tak ku cium akan dosa,
Setiap langkah,
Setiap kata,
Setiap pandangan,
Akan tetap ada sekelumit dosa,
Khas untuk aku,
Sang pendosa jalanan...
Terlantar aku di pelusuk bumi,
Jauh dari pandangan orang,
Tak terlihatkan akan perbuatanku,
Untuk diimbau pon tersangatlah susah,
Apalagi dikenal,
Mencari sekeping susuk,
Menawan bagiku,
Seringkali umpama sia2,
Bagai membawa raga terpenuhkan air,
Sering habis disaat dikejar,
Saat aku tenang,
Susah dirasakan,
Damai kucari,
Namun itu hanya sekelip bintang,
Indah dilihat,
Membakar juta2 sumber,
Untuk terlihatkan,
Bagi menggapai benda yang sepatutnya,
Aku terlenakan dengan dunia,
Terkejarkan sangat,
Aku alpa,
Ttg kawanku,
Yg abadi,
Malaikat2,
Janji2 yg manis,
Jalan yg terlurus,
Dicari pendosa sepertiku,
Sangat sulit,
Walhal islamik pon terpesong,
Ditunjuk,
Malah menang lagi ego..
Mudah untukku merasa akan kematian menghampiriku, tapi ego akan dunia ini aku tetap sama, sang pendosa hakiki, megejar benda yang sama, memikirkan memiliki untuk sungguh payah bagiku, relaku melepaskan, bersama orang lain mungkin dijodohkan tuhan bukan bersamaku..
No comments
Hey,
Orang jauh,
Aoq sehat??
Dalam hidup harapan mesti tinggi, bak kata orang perlulah setinggi gunung harapannya supaya kalau jatuh masih berbaki sedikit bukit bukau yang ada.. tak gitu??
Arghhh bukan itu yg aku nak perkatakan disini... apa yg aku nk perkatakan adalah mengenai hidup tu..
Sepanjang 20tahun lebih aku hidup, macam2 jenis manusia aku pernah jumpa.. dan tak seorang pon lengkap.. darilah selebet, acah2 perform, cik serbatahu, pemanas batu, poyo, leader dn mcm2 lagi, disebabkan perbedaan inilah yang menyebabkan hidup kita penuh dengan warna warni..
Nak kata seseorang itu malaikat, tetap tak ada.. aku?? Lagilah takdak dlm senarai rasanya.. kah3.. aku pernah kenal seseorang ni walau dia nampak mcm baik sahaja, tapi tetap sahaja tidak sempurna, pasti ada lobang keburukannya dimana2.. kan??
Dlm hidup yg sesingkat nafas ni, happy selalu adalah pilihan terbaik untuk semuanya. Percayalah, kau perlu keluar dari kepompong yang kau buat ini.. lihatlah warna2 lain diluar sana. Pasti kau akan perbezaannya disitu..
Warna2 tu perlu dicari baru hidup kau lengkap.. mcm iklan pensil kaler luna plak... arghh sudahlahh... ngntuk beb..
Cita-cita??
Jadah menda cita2 tu... bagi aku cita2 tu subjektif. Mungkin masa kecik2 dulu aku minat dgn sesatu benda tu aku nak jadi mcm tu... cthnya minat main askar2, polis sentry, main perang2.. so cita2 paling common aku masa tu nak jadi askar dan juga polis..
Cita2 biar tinggi, dan saling berkait dgn apa yg kita suka. Mcm sekarang, cita2 aku tak selari dgn apa yg aku pelajari, jauh dia lari. Jauh dia tu umpama alaska dengan selat melaka.. jauh kan?? Sbb cita2 aku askar aku belajar ikan.. takpe2 ada sebab kenapa jadi mcm tu..
So sejak masuk dip. Dulu aky tetapkan cita2 untuk jadi yg terbaik untuk family dn juga masyarakat setempat..
Terpikir aku mahu jadi mcm syed al-bukhary, dimana dn bagaimana dia boleh buka tajaan kepada kelas aku dulu untuk kelas tambahan.. 1 kelas bukan sikit duit kot..
Aku nak jadi mcm tu!! Pasti ada jalannya.. tapi permulaannya tetap allah, itu yg perlu aku perbaiki dahulu. Ini tidak... hurmm mcm mana aek caranya???
Buka satu ngo, kumpulkan org2 kampung yg nak join, buat mcm2 aktiviti khas untuk org kampung dgn org luar yg boleh penjanaan duit dlm kuantiti yh besar.. lpastu duit yg ada tu, bolehlah sponsor anak2, cucu2, cicit2 yg asal dn masih duduk di kampung tu untuk sambung belajar..
Haa tggi tak cita2 aku tu?? Apakah permulaan aku untuk benda tu?? Mcm mana aku nk mulakan benda tu? Sesapa bleh tlg meh wasap ambe 0128747623.. manatau dgn sedikit ilmu yg dikongsi dpt mmbantu warga felda dari senantiasa ditindas oleh keparat2 yg ada tu...
No comments
Bunuh!!
Bunuh!!
Bunuh saja impianmu,
Walau hanya untuk kesenanganmu sahaja,
Kerna apa yang ada,
Sia-sia sahaja,
Bunuh saja rasa cintamu,
Yang ada tersemat jauh dihati,
Jangan biar ia keluar berbunga,
Pastikan ia dibunuh!
Kalau benar ia dicipta untuk disakiti!
Bunuh saja rasa hormatmu,
Yg kamu simpan,
Untuk apa?
Untuk menunjuk yang kamu bagus?
Untuk tunjuk seluruh dunia,
Yg kamu adalah salah satunya,
Manusia penuh kehormatan yg tinggal..
Usahlah,
Bunuh saja hormat itu.
Kerna org berakal sedar dan tahu,
Segalanya pasti kabur satu hari nanti..
Bunuh saja kedamaian itu,
Kerna damai tk mendatangkan apa2,
Bagimu yang berhati batu,
Damai adalah virus,
Virus yg sakit bila ada..
Dunia makin musnah!
Bunuh saja perosak2 yg ada!
Bukan semua perosak,
Tapi yg bukan semua itulah,
Yg perlu kita bunuh!!
bunuh,cinta,keluarga,sayang
No comments
Sayang seseorang tu perlu,
Sayangi keduanya sekali,
Jangan memilih,
Kerna pasti ada yang tersakiti,
Walau tanpa sedar pon kita,
Kita juga akan merasainya begitu,
Percayalah,
Jika kita buat orang,
Kemungkinan besar,
Kita akan kena sama,
Besar atau kecil tetap kena..
Apa yang dah berlaku,
Biarlah ia berlalu pergi,
Org lain tak mampu untuk syg mereka,
Kita yg berkemampuan ni,
Teruskan!!
Jangan berpaling tadah,
Jangan pernah mengalah,
Kerna mereka kita ada,
Kerna cinta mereka,
Kita wujud!!
Doakan untuk mereka yang dicintai,
Atas balasan mereka membesarkan kita,
Mereka tidak pernah meminta,
Walau sesen pon yg kita ada,
Ya,
Aku pasti dan yakin,
Mereka masih cinta akan kita,
Walau seburuk manapon kita,
Seperti yang digembar gemburkan,
Cinta itu buta,
Atau cinta itu membunuh,
Kau pilih!!
gunung,harapan,sakit
No comments
Org cakap
"Harapan biarlah setinggi gunung, kalau jatuh tak terasa jauhnya, masih ada bukit"
Fahami maksudnya secara mendalam..
Bagi aku, setinggi mana pun harapan kita biarlah kaki boleh jejak ke tanah, sebab kalau lagi tggi harapan lagi sakit..
Boleh sebabkan seseorang tu tak waras.. meh.. nk berharap bukan tak boleh, cuma biarlah ia dibawah kesedaran kita..
Hidup ini umpama padang permainam yang besar, besarnya seluas bumi.. mcm2 tempat, mcm2 ragam, mcm2 org kau boleh jumpa..
Kau perlu hidup untuk terus melangkah mengenal orang, kenal tempt, kenal dunia ini.. kalau boleh yang jauh kita rapatkan..
Bukan itu aku nak cakap.. tapi dalam kehidupan diberi 2 pilihan samada untuk terus maju ataupun tidak..
Diberi 2 pilihan mencintai atau tidak.. benar atau tidak itu pilihan... aku terpikir dunia inj hanya sementara, tk lama mana pon... singkat ja rasanya..
Kita akan pergi dari bermain di padang permainan ini. Bukan harini mungkin esok.. kau akan tinggalkan semua ini.. apa yg kau tgglkan itu mgkin jadi kenangan buat org lain ataupun menjadi kata2 buat mereka..
Jgn pernah mundur untuk maju, jgn pernah kalah sebelum masanya.. kau kena ingat, jgn hanya takut hendak mencuri kerna ada cctv. Takutlah kerna-nya boleh lihat segalnya..
Lawan tetap lawan, kita semua penghasut!! Untuk terus melangkah demi sekelumit pahala...
Aku ingin pergi jauh dari sini,
Aku ingin lihat dunia luar,
Aku ingin berambus,
Aku ingin udara baru,
Untuk aku terus hidup,
Supaya segala kenangan itu terhapus,
Dari memori,
Dari simpanan utama aku....
Pelbagai cara sudah aku gunakan!
Ada yang baik
Ada juga yang jahat..
Orang cakap kenangan biarlah kenangan,
Yg manis dikenang,
Yg pahit ditinggal mampus..
Itu orang yang cakap!
Aku adalah sebaliknya,
Yang manis diingat sikit2,
Yang pahit dibuat sandaran,
Dibuat batasan untuk masa depan.
Aku perlu masa, ruang dan duit...
Untuk bebas!!
No comments
Sesungguhnya perkenalan pertama kami adalah selepas spm setelah aku dapat melanjutkan pelajaranku ke tempat yg lebih tinggi. Pada mulanya harapan ditaruh atas dasar dia single, sehinggalah semuanya terbobgkar dimana dia sudah berpunya..
Tarik diri dan bawa ia jauh2 nyah dari dalam lubuk hati yang hitam itu.. hahahaha
Selepas itu kami kenal sikit demi sedikit mengenai latar belakang, kenangan waktu sekolah dahulu, hampir segalanyalah diberitahu kepadaku..
Begitu jugak aku, meminta nasihat dari segala aspek, masa tu kami hanyalah kawan yang sentiasa ada bersama.. sehinggalah sekarang!
Aku masih dengan dia, maksud aku masih kontek dia, tanya khabar kalau ada kelapangan aku akan kol dia.. dah macam pasangan kekasih bak kata orang la..
Tapi sebenarnya tidak. Kami hanyalah bestfriend... she is the one that help a lot in my life.. that have behind me when i'm down..
Love you la my bff.. muah2
Pada mulanya bukanlah dia yang aku kenal, aku kenal dengan orang lain dahulu. Dan disebabkan orang lain sudah berpunya, maka dengan hati yang tenang, aku redha berundur diri. Takut akan hal lain terjadi..
Aku sedar diri ini tidak layak untuk segolongan bangsawan.. marhaen dan kebanyakan ni hanyalah di celahan gigi sahaja...
Pindah cerita dan mulakan perjuangan menghabiskan sisa2 hidup disuatu tempat asing demi keluarga.. aku tabahkan hati dengan menjadi kawan yang terbaik untuk dia..
Semua masalah aku cerita, dia dengar, dia nasihat.. bg aku dialah segalanya.. tapi hati aku ke lain bagi menghilangkan perasaan untuk dia. Adakah yang lagi sorang ini hanyalah umpama pokok tumpangan?? Atau betul2 perasaan ini mmg untuk dia??
Untuk yang kedua ni dalam tegas ada manisnya, aku nampak manisnya tapi lebih tegasnya dia dlm sesatu perkara..
Pada mulanya ini hanyalah mainan hati yang gatal ingin mencuba, aku luah, aku cakap hati ke hati.. tapi tiada akhirnya.. aku tggu sampai habes belajar.. aeh dia sambung jugak.. aku tggu lagi.. takpelah demi masa depan... aku sabarkan juga..
Tapi dalam masa yang sama untuk masa sekarang ni, hanya segelintir wanita sahaja yang aku wasap.. antaranya mak wa, dan lain adalah atas urusan kerja... dan ada sorang ni yang aku cakap bff.. ya aku mesej dia selalu jugaklahh.. sekali sekala ada la melalutnya aku nk try ngayat dia kan?? Hahahaha...
Ok back to the 2nd person that i know when i'm at some scary and far place... entahlah bercelaru hati ini kdg2 rasa mcm bukan dia untuk aku. Tapi bnda tu tknk hlang2 jugak.. mcm2 cara dah aku buat..
Tapi sekeliling?? Lagi mahu menambah perisa, dan aku hanya cakap kalau mereka2 tanya, "ntahlah" ayat selamat..
So, sekarang ni salah siapa?? Mesti aku kan? Membe2 aku cakap, aku ni jenis yang pemberi harapan kepada gadis2.. adakah betul??
Kalau betul maafkan saia... saia tak kuad dan saia yang salah dalam setiap sudut... aku perlu perbetulkan segalanya..
ras bangsa kaum etnik
No comments
Manusia penuh ragam, walau kau tak kenal sekalipon orang tu.. adakalanya mereka mengajar kita seribu 1 perkara walau hanya sekejap pertemuan di alam ini.. ada yang baik dan ada yang buruk dalam sesingkat pertemuan ini..
Baru terkena dengan aku malam tadi dengan pertemuan sesingkat kerdipan mata di sebuah kedai mewah di tempat aku tuntut ilmu di sebuah.negeri yg agak kalit ini..
Aku lihat 2 orang manusia yang bertelagah secara senyap dengan hanya menggunakan mata dan tangan.. antara 2 ras yg berbeza dan mereka masuk campur dengan makhluk asing dari negara lain..
Aku jumpa dengan orang lain, aku nampak orang lain lagi bagus dari orang negara sendiri yang sama bangsa dengan aku. Malu aku disitu kerna ramai yang tengok dan di tempat awam...
Kembali ku ke tempat penginapanku dengan rasa berat hati, pilu dan sakit hati ini membawa hati yang sedih mengenai keburukan bangsa aku sendiri..
Aku ingin pindah negara!! Yeehaaaa
Tersedar dari diulit mimpi yang lena, mimpi yang dah berapa kali aku dikunjung oleh sidia. Ada yang secara langsung dan tidak langsung.
Langsungnya pertemuan empat mata dengan beliau, tidak langsungnya pulak adalah dgn orang tgah.. org ckp kalau kita mimpikan seseorang tu, org tu sedang merindui kita!. Betul atau tidak, itu terpulang atas individu itu sendiri..
Dulu Pernah cakap dengan dia, percintaan atas maya, inilah balasannya kot, sama2 tarik tali atau aku sedang lepaskan tali itu sedikit demi sedikit? Aku pula tktahu apa yg berlaku disebelah benua sana, adakah dia pon sama atau sebaliknya?? *mungkin ini hanya perasaan untuk dikasihi sahaja yang menggelegak.
Dalam mimpi aku still lagi boleh berjumpa empat mata, tapi masa tu berbual adalah perkara biasa tapi yg luar biasanya adalah ditempat awam, di mines cthnya.. kau rasa apa benda tu?? Takkan dalam mimpi kita.boleh berhubung?? Kalau boleh berhubung kan best. Tiap2 malam mahu jumpa family..
Tu je kot setaakat ni yang mampu aku taip dan apa yang aku rasa?? Rasa malas pulak taip panjang2... hohoho