Monday, 5 December 2016

Iklim

Perubahan iklim, nampak macam mudah, apa yang kamu buat tiapnya akan ada kesan, tidak sekarang, pada masa akan datang.. tidak semua terkesan dengan perubahan, atau tidak ada yang peduli pon dengan apa yang berlaku.

Kesannya tersangatlah jelas, musim yang tidak menentu, panas yang melampau, kekerapan berlakunya musibah, peningkatan paras laut..

Haha tiada yang perasan punyalah, masing2 disogok dengan apa yg ada depan mata..

Menyedarkan bukanlah perkara yang mudah seperti menggosok gigi, tapi itu hakikat yang patot kau hadam, yang patot kau buat walau rugi. Sepatutnya tidak merugikan walau sesen pon, namun disebab nafsu serakah, siapa peduli kan? Yang penting aku, bahagian aku, selamat.

Bermulanya era pemodenan antara salah satu punca perubahan iklim ini terjadi, perlumbaan antara pengusaha2 untuk mempamerkan produk2 dan permintaan yang agak tinggi. Apa kau rasa kau nk tolak? Haishh org cari lu untung maa... mcm jual kuih..

Sikap rakus pengusaha2 besar, mengaut berjuta keuntungan dari hasil bumi yang mereka kata ini milik mereka, bukan hanya keperluan sahaja yang dikeluarkan dari perut bumi, malah pembaziran yg melimpah.

Akan datang, tidak hairan la jika bumi ini diliputi hampir 80% air sahaja atau 90%. Dimana kita, yang kebanyakan ni? Ditendang mungkin, sebab masih tidak sedar betapa pentingnya bumi ini.

1 hanyalah angka, se minimum mungkin kau naikkan, namun impaknya sungguh merungsingkan. Mana tidaknya walau satu sahaja naik ada yang akan mati, mcm kau masak air, takat panas yang manusia tahan berapa ja? Yg mikrob tahan takat mana? Organisma lain?

Salah mereka yang terdahulu atau kita yang sekarang ini?

Banyak pendekatan yang telah dibuat, antaranya kempen yang didedakkan dengan ceritera atai janji2 gula, earth hour yang hanya dibodohkan oleh syarikat2 besar,

Apa lagi pendekatan yang kita boleh buat, jang sampai satu masa nanti, yang akan datang akan tinggal diatas air kerna apa yang kita lakukan sekarang ini...

0 comments:

Post a Comment