Showing posts with label sunnah rasulullah. Show all posts
Showing posts with label sunnah rasulullah. Show all posts

Thursday, 24 May 2012

Tuesday, 22 May 2012

sunnah rasulullah ketika bangun dari tidur


1. menyapu kesan-kesan tidur pada muka dengan tangan

imam nawawi dan imam ibn hajar merekodkan, sunat menyapukan kesan-kesan tidur yang terlekat pada muka dengan menggunakan tangan apabila bangun daripada tidur. ini berdasarkan hadis rasulullah S.A.W.

yang membawa maksud:

"rasulullah S.A.W. bangun daripada tidur lalu beliau duduk sambil menyapu kesan-kesan tidur pada wajahnya"


-muslim-

2. membaca doa bangun dari tidur iaitu:


-bukhari-

3. bersugi



"rasulullah S.A.W. apabila bangun daripada tidur, beliau menggosok giginya menggunakan siwak (kayu sugi)"

-bukhari dan muslim-

antara kebaikan bersugi adalah mengembalikan kesegaran dan kecergasan tubuh badan serta dapat menghilangkan bau mulut yang tidak menyenangkan..

Sunday, 20 May 2012

keperibadian elok rasulullah

Rasulullah S.A.W. adalah contoh dan insan terbaik bagi diikuti dalam segala perlakuan dan tindakan. Beliau adalah utusan tuhan kepada seluruh umat manusia sehingga akhir zaman. segala bentuk amalan perbuatan serta tingkah laku beliau menjadi sunnah yang perlu dicontohi dan dipraktikkan oleh umat islam.

ketinggian akhlak dan perbuatan rasulullah tidak perlu dipertikaikan lagi kerana baik orang islam mahupun bukan islam apabila membaca sejarah hidupnya, mengakui tindakan dan perbuatan ketinggian akhlak S.A.W. di dalam surah al-qalam ayat 4

"dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agong."


semoga selepas ini ia menjadi rujukan kepada pencinta-pencinta sunnah rasulullah dan mudah dipraktikkan dalam kehidupan 24 jam setiap hari. moga kita mendapat syafaat darinya aaammmmiiiinnnnnn..

-sumber dari PTS islamika sdn. bhd.-