Friday, 14 March 2014

7:15:00 am - No comments

sem baru yang menyepikan...

baru berapa minggu masuk sem yang baru ni aku rasa lemah semacam dengan segala jenis cabaran yang bakal tiba kepada aku ini, adakalanya diri ini seakan dirasai sebagai pahlawan, adaklanya aku rasa seperti jebat yang derhaka, adakalanya aku rasa seperti kuli yang dihina.

kenapa perlu ada perasaan seperti itu?

aku perlukan semangat yang senantiasa lekat dihati, tak mudah luntur malah semakin hari semakin baik dan semakin elok semangat itu.. ya ALLAH perkenankan doaku...

di dalam kehidupan seharian ku disini, aku dikelilingi dengan pelbagai ragam manusia yang senantiasa membuatkan aku terasa, gembira, sedih, dan ada sahaja gelagat mereka yang mencuit hati ku yang sentiasa gersang ini.

aku cukup gembira bila dapat bersama mereka menempuh segala cabaran hidup ini bersama dengan menggapai impian yang belum jelas sehinggakan adaklanya kami pasrah akan perkara yang berlaku...

0 comments:

Post a Comment