Monday, 29 December 2014

Hati

Hati,
Inginnya perlu dituruti,
Rasanya perlu betul tak pernah salah,
Tingkahnya sentiasa kedepan,
Pantang dicabar,
Lagi2 hati malayu,
Tapi,
Diguris rasa pedih,
Dihiris rasa nyilu,
Ditumbuk rasa sedih,
Namun,
Ia keras bila dinasihat,
Ia melantun bila ada yg ambil berat.

Thursday, 4 December 2014

Wednesday, 3 December 2014

10:51:00 am - No comments

Pengalaman

Apa yang dilihat,
Tidak akan,
Pernah sama,
Dengan,
Apa yang dirasa,
Apa yang didengar,
Apa yang disentuh,
YA!!!!!
Pengalaman,
Memang,
Mengajar kita,
Adakalanya,
Sepenuhnya,
Tapi!
Adakah ia,
Merangkumi semua itu?

~pengalaman~

Wednesday, 8 October 2014

2:28:00 pm - No comments

kasi update sikit

sedar tak sedar dah lama aku tak kasi hupdate ini blog haaaa....

kepala hotak aku pon dah berserabut.

tak tahu mahu update hape kat sini....

adehhh,

ok, wa bagi satu kisah....

hati wa tak tenteram sekarang ni

2:28:00 pm - No comments

Sedar

sedar tak sedar dah lama aku tak kasi hupdate ini blog haaaa....

kepala hotak aku pon dah berserabut.

tak tahu mahu update hape kat sini....

adehhh,

ok, wa bagi satu kisah....

hati wa tak tenteram sekarang ni

Tuesday, 10 June 2014

10:33:00 am - No comments

ya!!!!

ya,
hati aku dilambung ombak,
hati aku dilambung badai,
hati aku sedang sakit,

ya,
aku tak boleh fokus untuk study
aku tak boleh nak jawab soalan exam
aku tak dapat nak bahagikan otak aku ni

ya,
aku bukan sesiapa untuk kau,
aku bukanlah dari golongan yang kau mahukan
aku bukan baik di antara yang baik-baik

ya,
aku sedang sepi,
aku sedang sakit hati,
aku sedang menunggu.

ya,
aku akan berubah
aku akan buat yang terbaik
aku akan jadi yang terbaik

ya,
aku rindu jelingan mata itu,
aku rindu senyuman itu,
aku rindu hilai tawa itu

ya, aku gila,
gila dengan makhluk bernama manusia,
gila dengan yang ada pada dia
gila dengan dia..

argghhhhh

-aku angau-

Tuesday, 6 May 2014

6:46:00 am - No comments

sedih, gembira, sepi

sedih, gembira, sepi
semuanya ada dalam hati ini,
semuanya bersilih ganti bertakhta di hati ini,

aku perlukan segalanya,
namun aku tidak mampu,
mampu untuk memiliki segalanya,

miliki apa yang orang lain tidak miliki
miliki apa yang orang lain miliki
miliki apa yang orang lain ingin milik

aku ingin segalanya
aku ingin dia,
aku ingin ilmu yang hilang,
aku ingin otak geliga

namun adakah orang dapat milikinya??
ada jauh disudut hati
aku hampir gagal untuk
untuk melawan sekeras-kerasnya perasaan itu,

perasaan yang sentiasa bermain diminda,
perasaan yang sentiasa bermain dihati,
perasaan yang sentiasa ligat membuatkan otakku ligat berpusing.

namun,

apa kesudahannya???

akhirnya menitik laju airmata ini berderai cecah ke tanah
dengan tidak semenanya,
makin laju, makin laju dan terus makin laju,

aku gembira, aku sedih dan aku juga sepi..
hanya padamu tempat aku berserah,

Sunday, 27 April 2014

9:23:00 am - No comments

hari yang indah


hari ini hari ahad
bersamaan 28 april 2014
hari yang indah buat orang2 yang bekerjaya 
dimana mereka dapat meluangkan masa bersama orang2 yang tersayang

aehhh itu untuk orang lain, 
apa yang indahnya hari ini untuk kau???

untuk aku??

apa aeh yang berlaku hari ni??

hurmmm 


ahaaa hari ni wa pi mancing tapi tak dapat ikan papepon 
indahnya hari ni wa dapat bangun awal pagi
alhamdulillah,

biasanya hari2 cuti mcm ni 
mau mati sampai kol petang 
dok melango jek dalam bilik,

hehehe mana taknya
ada orang kejutkan pagi tu, 
mau pekak telinga aku 
ada orang kol 
tak henti2 pulak tu... adehhh


biasanya kalau jam loceng
mau aku bangun buka mata 
kasi tutup jam
sambung tido balik.. har3..

dah la aku nak kasi update tu jek rini
wa nak kasi sambung kije sikit,
pahtu nak sambung tido 
yang terhenti pagi tadi. 
keh4

assalamualaikum
#mahasiswabangkit
#prayformuslimaroundtheworld
#prayforparents
#prayforme

Thursday, 20 March 2014

Friday, 14 March 2014

7:15:00 am - No comments

sem baru yang menyepikan...

baru berapa minggu masuk sem yang baru ni aku rasa lemah semacam dengan segala jenis cabaran yang bakal tiba kepada aku ini, adakalanya diri ini seakan dirasai sebagai pahlawan, adaklanya aku rasa seperti jebat yang derhaka, adakalanya aku rasa seperti kuli yang dihina.

kenapa perlu ada perasaan seperti itu?

aku perlukan semangat yang senantiasa lekat dihati, tak mudah luntur malah semakin hari semakin baik dan semakin elok semangat itu.. ya ALLAH perkenankan doaku...

di dalam kehidupan seharian ku disini, aku dikelilingi dengan pelbagai ragam manusia yang senantiasa membuatkan aku terasa, gembira, sedih, dan ada sahaja gelagat mereka yang mencuit hati ku yang sentiasa gersang ini.

aku cukup gembira bila dapat bersama mereka menempuh segala cabaran hidup ini bersama dengan menggapai impian yang belum jelas sehinggakan adaklanya kami pasrah akan perkara yang berlaku...

Sunday, 9 March 2014

10:58:00 am - No comments

gumsama oh gumsama

gumsama atau lebih dikenali dengan apa aeh???

gumsama atau nama lain dia GERAK USAHAWAN MUDA 1 MALAYSIA....

apa yang best tentang gumsama ni??

yang bestnya kita dapat gaduh ngn AJK2 yang paling rajin dalam dunia ni....

kah3 betapa jahatnya aku ni dan jika dinilai dari konsep jauhari dan sistem meritnya aku patut dibuang dunia..

*hamekaw

ok2 gumsama ni bertujuan untuk melahirkan individu mahasiswa yang mahir dalam menjadi usahawan secara berterusan.. yeke?? hahahaha aku tak tahu maksud gumsama ni sebenarnya tu yang aku main bedal jek... tapi masa aku masuk ni aku diberi masa 2 minggu untuk menjual beberapa produk yang mungkin korang dah kenal dan ada juga produk yang korang tak kenal.. rasanya laaa

antara produk2nya, ok aku upload gambar2 dia laa senang, pacita kan lau bg list je kan?? korang jangan nak tempah plop aku dah tak jual dah menatang2 tu... hek3












haaa ni antara produk2 yang aku jual dulu beb... ada yang harga dia mahal gila n aku rasa mcm kesian juga nak jual kat budak2 universiti ni.... cethhh tapi papehal aku berniaga juga n aku ikut sunnah rasulullah yang menyuruh kita berniaga, walau tak lama tapi aku puas dengan pencapaian aku selama 2 minggu ni...

*aku puas!!!

mungkin pada masa depan aku akan lebih yakin dengan produk yang aku nak jual dan yang lebih penting aku kena yakin dengan diri aku sendiri, itu yang lebih penting supaya orang lain akan lebih percaya pada aku dan mahu membeli produk2 aku ni haaa... :D

akhirnya hari ini atau lebih dikenali dengan hari ahad, semalam laaa keputusan penuh telah diketahui dan kami mendapat no5 dari 8 group yang masuk bertanding,,

haaaa aku lupa nak cakap yang aku masuk pertandingan antara kolej2 yang ada... antara 14 buah kolej yang masuk hnya 8 kolej jek.. cethhh tapi aku masuk pun dalam keadaan yang terpaksa dan tidak dalam keadaan yang rela diri... :D


aku rasa sampai sini je kkowt aku nak update

lagi bagus berenti dari aku merapu ntah apa2 kan??? kah4 padan muka korang

10:27:00 am - No comments

perasaan gusar

pabila hati kita dirundung masalah apa yang kita sering lakukan???

makan??

hahahah itu yang aku sering lakukan bagi menghilangkan segala beban yang ada kat palotak ni...

hahahahaha

aku sebenarnya tak tahu nak tulis apa malam ni, tapi aku rasa macam ada suatu yang lain yang sering berlegar di dalam fikiran ini, adakah aku sesuai dengan beliau??? adakah beliau sentiasa mengingati ku??

adakah aku betol2 memberi kepercayaan kepada mereka?? kenapa dalam setiap perhubungan perlunya aku menipu? pernah ke aku rasa aku ni bersikap jujur dengan beliau??

ya ALLAH, tolong aku bagi menghadapi segala dugaan yang ada ini... :D

aku nak tulis la apa yang selama ini aku dah buat kat orang2 tertentu, aku ni penakut orangnya untuk berterus terang dekat diorang tapi semua tu bukan silap aku..

yeke?? betul ke bukan silap aku?? hahahaha

aehh ok2... ada satu perkara jek yang aku nak cakap kat sini

yang mana selama ni aku memang tak pernah kenal dengan mana2 perempuan dan melibatkan sekali dengan mak aku dan aku rasa bersalah dan aku menyesal... :'(

aku menyesal sangat2 dan aku takkan gunakan idea gila tu lagi...

idea ni timbul bila ada kawan2 yang kenakan aku dan mengatakan aku ni macam2.. aku nak kapel atas dasar apa kan?? haaaaaa mcm tu laa aku dulu...

*apa seyhhh yang kau cakap malm ni dohhh.... pening arrrr