Wednesday, 18 September 2013

8:08:00 am - No comments

topup free oiiii

CARA TOPUP FREE (crack system) cara topup free, aku dapat dari kawan yang kerja kat kedai hp, aku pun duduk bersembang dengan dia,, aku koreklah rahsia pasal hp, akhirnya cair juga dia,, dia ajar aku cara reload prepaid secara percuma atau TOPUP FREE,, okay, baca keterangan dibawah ni untuk kegunaan sendiri,,untuk talian 012, 013, 016, 017 dan 019,, pasni tak payahlah korang pergi ke kedai untuk topup prepaid,, cara untuk reload topup dengan cara yang agak illegal,,cara reload ni cuma boleh digunakan 20hb sampai 30hb pada setiap bulan,, sebab setiap talian ini diupgrade pada masa tu,, kepada pengguna talian 012, 013, 016, 017, 019, dail 1415007 dan tunggu dalam 5saat, nanti korang dengar seperti bunyi bising,, tunggu sampai bunyi itu hilang, pastu dail 9151 dan tunggu sampai 3saat, pastu masukkan nombor hp korang,, nanti korang dengar dia cakap “please insert you pin number” pastu korang masukkan pin ni 011785 45227 00734 tunggu sampai dia kata nombor pin selesai,, pastu dial 0405 untuk KL dan selangor, 0406 untuk kawasan lain yang terletak di semenanjung,, untuk sabah dan sarawak, dail 0409,, nanti korang dengar “for airtime topup press 1723″pas dail nombor tu, tekan nombor hp korang sekali lagi,,tunggu sampai bunyi bising selesai, pastu dial nombor 4455147 diikuti dengan nombor 146 selepas 5saat,, selepas beberapa saat, nanti korang dengar “your pin number is accept” pastu terus dail 1007 dan korang akan dengar “your key number is accept”pastu terus dail 4566 dan korang akan dengar “your password is accept” pastu terus dail nombor hp korang dan korang akan dengar “pala hotak kau berjambul 666, dalam dunia ni mana ada benda yang free! zaman sekarang masuk toilet pun kena bayar 20sen tau! minyak pulak naik 30sen, banyaklah kau punya topap FREE!!” pastu korang terus end call dan korang akan kata “jahanam punya orang hantar e- mail ini!” tapi lepas itu korang teringin nak menipu mereka pulak kan?hahaha,,dah, pergi buat kerja masing2,, tau nak free aja ya? *aku pun terkena juga, aku kenakan korang lak,,hahaha ""

Monday, 9 September 2013

11:47:00 pm - No comments

pelajar nerd

hai semua,

assalammualaikum permulaan bicara dari aku yang dah lama sangat2, sangat dan tersangat lama tak update blog ni kan? kan3?? hehehe. kali ni baru aku ada masa nak update ini blog inshaALLAH blog ini takkan bersarang lagi dah lepas ni...

aku baru jek mendaftar di salah sebuah universiti terkemuka tanah air. "terkemuka la sangat" muahaha. aku daftar paling lambat, lambat dan lambat... "hamekaw" alasan yang diberi adalah kereta. kereta takdelah apalah, tapi alasan utama aku yang menyebabkan aku daftar lambat ni adalah sebab atas "keMALASan" untuk ikut orientasi yang telah diterapkan disini. itu adalah antara salah satu faktor yang menyebabkan aku untuk tidak mengikuti orientasi disini. hihihi.

apa jek yang ada dalam kursus orientasi yang dijalankan selama seminggu tu??

apa yang aku dapat lihat semasa seminggu berorientasi tu, aku dapat kenal dengan ramai orang, itu antarnya laa, lagi satu aku dapat tengok dak2 ni mencari cinta mereka disini, tidak kurang jugak untuk para senior yang secara kehendaknya dan secara ikhlas ingin menjadi fasilitator...

cakap pasal minggu orientasi ini mengingatkan aku tentang orientasi di salah sebuah tempat di borneo semasa aku mendaftarkan diri sebagai seorang pelajar diploma disitu. perbezaan yang ketara dapat dilihat atas layanan yang diberi. malah kehidupan sebagai seorang pelajar disini juga berbeza. ada yang mengatakan disini lebih bebas,

apa??? bebas???

bebas apa nya kan??? itu ikut naluri masing untuk mentafsir erti kebebasan itu sendiri...

pengalaman pertama kali naik bas yang sendat mampat dan juga padat adalah diantara salah satu kenangan pahit dan juga ada manisnya disini..

pernah makan sardin botan?? senang cerita la, pernah makan sardin kan?? haa dalam  bas tu mcm tu laa jugak.. sardin bergerak dah kitorang panggil.. :D

adalagi yang nak diperkatakan mengenai tempat yang aku tengah duduk ini.. walaupun tempat ini besar tapi pengurusan dia tu yang kureng sikit la bagi aku.. hui4.. hurmmm

aku akan sambung lagi nanti dengan cerita2 dan pengalaman aku disini... manisnya ada pahitnya juga ada... :D