Thursday, 13 June 2013

8:51:00 am - No comments

appendicitis

APPENDICITIS
RADANG APPENDIK (Appendicitis)

Radang Appendik adalah satu keadaan di mana appedik menjadi bengkak dan bernanah. Appendik biasanya bersaiz jari dan merupakan bahagian yang menonjol pada usus besar yang terletak di sebelah kanan abdomen.



Kesakitan akan mula dirasai pada bahagian pusat dan kemudian beralih ke bahagian bawah kanan abdomen.Biasanya sakit yang dialami berterusan selama 6-12 jam dan menjadi lebih teruk.
Setiap individu berisiko terkena radang appendik tetapi ia lebih kerap terjadi pada mereka yang berusia 10-30 tahun .

FAKTOR PENYEBAB
Antara sebab terjadinya radang appendik masih tidak jelas. Namun ianya mungkin disebabkan oleh :

  • sisa-sisa makanan atau najis yang tersumbat di rongga dinding usus dan appendik
  • jangkitan virus pada sistem pencernaan ataupun radang-radang yang lain .
Pada kedua-dua kes ,ia akan mengakibatkan appendik menjadi radang dan bernanah.Jika tiada rawatan diambil, kemungkinan untuk appendik pecah boleh berlaku.

SIMPTOM - SIMPTOM

Radang appendik menyebabkan beberapa simptom dan berubah mengikut masa.Tetapi bahagian yang sakit adalah berbeza-beza bergantung pada umur dan kedududkan appendik seseorang seperti :
  • Peringkat awal (simptom yang kerap berlaku) : kesakitan mula dirasai pada bahagian pusat dan kemudiannya akan terasa hingga ke bahagian bawah kanan abdomen.
  • Jika radang merebak ke tisu sekitar, kesakitan lebih menusuk dan semakin teruk.
  • Loya dan muntah-muntah
  • hilang selera makan
  • sembelit
  • sukar membuang angin
  • cirit-birit
  • bengkak pada abdomen
  • demam
Kesakitan yang teruk mungkin dirasai biarpun apabila abdomen disentuh secara lembut.Ia akan menyebabkan kesakitan yang berulang-ulang.Keadaan ini juga dapat dirasai jika kita batuk,berjalan ataupun keadaan yang bergegar.Kesakitan dapat dikurangkan jika kita mengiring atau duduk di mana lutut menghadap dada.

BILA PERLU BERJUMPA DOKTOR

Kanak-kanak lebih cederung untuk mengalami kondisi appendik pecah berbanding golongan dewasa.Kanak-kanak biasanya tidak menunjukkan simptom-simptom yang jelas dan ibu bapa mungkin memgambil ringan tanpa sebarang rawatan .Atas situasi tersebut ,jangan mengambil mudah jika anak anda mengalami sakit perut yang tidak serius,dinasihatkan terus membawa mereka berjumpa doktor bagi memastikan tahap kesihatan mereka .

Golongan dewasa juga tidak terkecuali jika mereka melambat-lambatkan pemeriksaan dan rawatan daripada doktor.

KOMPLIKASI


  1. APPENDIK PECAH : Komplikasi yang sangat serius adalah apabila appendik menjadi pecah.Kandungan dalam usus dan organisma-organisma yang membawa jangkitan akan menyerang kawasan abdomen .Ini akan menyebabkan jangkitan pada lapisan yang meliputi kawasan pencernaan.Apabila appedik menjadi pecah,pesakit terasa lebih sihat dari sebelumya secara tiba-tiba.Tetapi kemudiannya,keseluruhan kawasan abdomen akan kembung dengan gas dan cecair.Pesakit akan merasai tidak selesa,tegang dan sakit jika disentuh.Pesakit juga akan mengalami sakit pada kawasan tertentu di abdomen. Pesakit juga akan tidak mampu membuang angin dan mennyahtinja disebabkan radang tersebut. Lain-lain yang dapat dilihat adalah demam,dahaga dan air kencing yang sedikit.

  2. PERITONITIS : Peritonitis atau radang pada dinding abdomen biasanya perut, adalah kes kecemasan. Jika salah seorang ahli keluarga anda mengalaminya, maka perlulah merujuk kepada bahagian kecemasan secepat mungkin sebelum ia menjadi lebih kronik. Appendik akan menjadi bengkak dan bernanah. Ia mungkin mencapai saiz sebesar badam atau sebesar buah limau. Rawatan adalah penting sebelum ia menjadi lebih kronik(peritonitis).

RAWATAN


PEMBEDAHAN adalah rawatan terbaik untuk pesakit radang appendik. Pesakit memerlukan pembedahan bagi membuang appendik (Appendectomy) yang hanya melibatkan torehan yang kecil pada abdomen. Rawatan tersebut memberikan pemulihan yang segera dan bekas pembedahan yang sedikit.
Jika appendik pesakit telah pecah, jangkitan yang sudah merebak ataupun bengkak bernanah, pesakit akan dibedah dengan torehan yang besar supaya pakar bedah dapat membersihkan bahagian abdomen.Pesakit akan diberi antibiotik melalui salur darah dan ditahan diwad sehingga sihat.
Jika simptom yang dialami sudah melewati 5 hari atau lebih, selalunya doktor akan memberi antibiotik untuk mengurangkan radang yang dialami dan jangkitan pada bahagian sekitar appendik. Ia selalunya akan menjadi bengkak dan bernanah. Melalui cara ini (antibiotik), bengkak akan di kuranglan terlebih dahulu dan nanah akan dikeluarkan melalui kulit.Jika cara tersebut berjaya, pembedahan membuang appendik biasannya dilakukan dua bulan selepas itu.

8:48:00 am - No comments

seminggu yang mengajar erti kesabaran

as salam dan salam sejahtera kepada semua kawan blogger dan yang singgah lalu jek kat blog ni.. :) pertama-tama kali wa  saya nak ucap terima kasih kerana datang singgah kat benda ini walaupun dah lama tak dihupdate dengan benda2 dan cerita2 baru dari saya. hehehe banyak benda yang aku nak ceritakan kat korang semua... :D

ok, aku nak mulakan cerita ni, tapi nak semua tumpukan perhatian ye!! dah macam nak tengok teater lak kan?? keh4.....

ok sebenarnya wa dah lama tak berblog kerana aku dibedah atas alasan appendik aku dah pecah, so aku kena tahan kat wad di salah sebuah HOSPITAL kerajaan, ye laa nak masuk swasta tak mampu, so aku ambil jalan singkat dan mudah dengan masuk wad kelas ke-3 di salah sebuah hospital kerajaan yang menempatkan segala penyakit disitu.. hehehhee. :)

selama seminggu kena tahan, banyak mengajar erti kesabaran, dan segala erti yang dapat mengubah hidup ini secara drastik dan statistik... aeh statistik apa pulak ni kan??? tetiba pulak kan?? hehhee.. tapi aku masuk kat situ mmg tersangatlah bosan dan jugak makanan kat hospital kerajaan ni mmg terbaiklahhh... makanan yang diberi mengingatkan aku tentang adanya penyakit darah tinggi dan juga kencing manis yang dah lama bertaut dalam diri ini. walhal aku sihat walafiat jek dari dulu sampai sekarang ni.. alhamdulillah..

ok2 aku nak cakap lak pasal simptom2 appendix ni..

SIMPTOM - SIMPTOM

Radang appendik menyebabkan beberapa simptom dan berubah mengikut masa.Tetapi bahagian yang sakit adalah berbeza-beza bergantung pada umur dan kedududkan appendik seseorang seperti :
  • Peringkat awal (simptom yang kerap berlaku) : kesakitan mula dirasai pada bahagian pusat dan kemudiannya akan terasa hingga ke bahagian bawah kanan abdomen.
  • Jika radang merebak ke tisu sekitar, kesakitan lebih menusuk dan semakin teruk.
  • Loya dan muntah-muntah
  • hilang selera makan
  • sembelit
  • sukar membuang angin
  • cirit-birit
  • bengkak pada abdomen
  • demam
Kesakitan yang teruk mungkin dirasai biarpun apabila abdomen disentuh secara lembut.Ia akan menyebabkan kesakitan yang berulang-ulang.Keadaan ini juga dapat dirasai jika kita batuk,berjalan ataupun keadaan yang bergegar.Kesakitan dapat dikurangkan jika kita mengiring atau duduk di mana lutut menghadap dada.

ni haaa SIMPTOM-SIMPTON yang mungkin seseorang tu akan kena... 

ini pon aku rembat dari satu dan dua ni... :) lain punya update wa akan cakap penuh pasal penyakit apa yang aku alami sekarang ni ye... :) ingatan bersama k.. :) 

ok wa nak chow dulu ke chow kit road... :D

selamat malam semua.. 


Monday, 3 June 2013

3:11:00 am - No comments

Astro Anugerah Blokbuster Ke-2 kembali lagi!



Siapakah hero kegemaran anda di kalangan blokbuster tempatan? Siapakah heroin kegemaran anda? Bagaimana pula dengan filem kegemaran anda? 

Undilah dan suarakan pendapat anda dengan Astro Anugerah Blokbuster Ke-2! Mulai sekarang hingga 15 Jun, anda boleh mengundi sekali bagi semua kategori setiap hari, dan pemenang-pemenang akan diumumkan pada pada 15 Jun di Stadium Tertutup MBJB.

Semaklah calon-calon utk #AnugerahBlokbuster2 di sini dan mengundi untuk filem kegemaran anda! http://my.sharings.cc/c1nc1nper4kblogspotcom/share/AnugerahBlokbuster2