Sunday, 31 March 2013

11:41:00 am - No comments

perantau

perginya aku merantau ke tempat orang, adat yang berbeza, percakapan juga berbeza, jauh dari segala-galanya. tapi aku bersyukur, dengan kudrat yg ada ni aku mengecapi segalanya, pengalaman, kehormatan, keharmonian, kehebatan, dan segalanya... perginya aku ke negara orang dengan semangat tersematnya pepatah melayu "masuk kandang kambing mengembekk, masuk kandang rimau mengaummm". dalam penggunaan bahasa kedua negara malaysia, aku gahkan jua kaki ku untuk melangkah dari utara ke selatan, ketimur mahupun ke barat, aku jelajah seluruh pelusuk muka bumi ini.

adat yang berbeza tidak menghiraukan aku malah aku bangga dapat mengetahui adat mereka.

 "owhhh macam ni rupanya mereka kalau sambut tetamu" ayat yg biasa kuor dari mulut aku.

aku kenal banyak tempat, banyak juga ragam manusia yang aku kenal dan juga dapat aku pelajari dari semasa ke semasa. aku mengambil sikit apa yg elok untuk aku semat dan simpan dalam2 dalam diri ini. sungguh aku bangga dengan kemampuan semua orang yang berusaha untuk tegur aku walaupun dalam menggunakan bahasa isyarat dan juga segala jenis bahasa yg mampu untuk memastikan segalanya berjalan lancar... :)

perjalanan singkat ini banyak mengajar aku erti kehidupan, erti pentingnya kepentingan itu, erti duit, erti kawan, erti sejuk, erti pemanasan global, erti mendalami hati orang, erti mendalami sesuatu bahasa lain dan juga erti SENYAP, yang selama ini diterapkan dalam diri manusia sejak lahir lagi.

aku ingin sekali memaki hamun orang yang aku anggap salah, tapi aku yang bersalah di dalam setiap apa yang aku lakukan walaupun aku tahu itu hak aku, tapi apakan daya, orang berduit, berharta dan juga ada tempat yang dan juga pangkat yang dulu, kini dan selamanya dikejar walaupuan susah untuk digapai...

aku pulang dengan seribu kekesalah yang aku buat selama beberapa hari di tempat orang, sempatkah aku bertaubat?? bolehkah aku pusing dan putar masa kembali??? ya ALLAH tunjukkan aku jalan yang kau redhai...

Thursday, 21 March 2013

Saturday, 9 March 2013

10:17:00 am - No comments
aku hanya manusia normal, aku juga lahir dari rahim ibuku, duduk di dalam rahim tersebut selama 9bulan ++ dibawa kemana-mana dalam kandungan tersebut dan dijaga sebaik-bainya oleh emakku.... ;) 

aku cuma mahu berkawan dengan semua orang, selagi aku mampu, tak kisahlah jika kawanku seorang yang pelik, alien ke, yang baik mahupun jahat, aku seronok berkawan dengan korang sume, banyak kerenah dan juga ragam dapat aku perhatikan dari sehari ke sehari... macam2 juga yang aku pelajari dari korang, adakalahnya ia juga dapat menyedarkan aku tentang nilai sebuah hubungan "KAWAN" 

orang cakap

"berkawan biar beribu"

aku cakap 

"takkan beribu je kowt, sedangkan manusia dalam dunia ni je ada lebih dari angka 1 trillion, kalau boleh nak berkawan dengan semua orang"

aku pernah jumpa pelbagai jenis orang sepanjang kehidupan ni, sejauh mana perjalanan yang telah menggerakkan kaki aku ni berjalan disitu jugalah aku akan cari kawan. berkawan pun bukan untuk kesenangan yang bakal diterima oleh kita, itu kawan tak guna namanya...

aehh3 tapi kenapa tetiba masuk bab kawan pulak aeh??? mula2 aku cakap pasal aku hanya manusia normal tup2 masuk bab kawan! hehehe ok lepas ni aku nak cakap pasal kerja gila yang terpaksa aku buat untuk research aku kat sini...

aku mulakan kerja-kerja gila ni waktu first time aku datang kat sini, (tempat dirahsiakan, biasa buat dalam cerita2, hahahah) datang2 jek kena pilih nak buat hape?? 

ada 3 pilihan, dan pilihan aku adalah pilihan yang ketiga selepas gaduh, bertumbuk dan juga perang mulut dilakukan dalam keadaan yang senyap dan juga hanya tersenyum, waktu tu orang cakap kami ni budak2 baik jek... tapi diorang tak kenal lagi kami macam mana...

heheehehehehe orang tua-tua pernah berkata

"don't judge a book by it's price" yeke??? hahaahha

dah sebulan dok sini, kerja ok jek laa kena buat kerja2 remeh jek rasa macam senang nak buat, siap boleh skip2 lagi kerja tu, naseb data ok, lau tak, aku, data dengan projek aku kelaut baiii.... kuang3... :) 

dah tu kena pulak gi conference ntah pemenda ntah, yang penting aku tahu kalau nak gi sana kena present dan juga kena siapkan manuscript dan juga poster yang panjang dan lebarnya tidak aku tahu (sebenarnya terlupa) walau aku tahu ia akan tetap dirahsiakan (biasalah kerja ngn kerajaan) mata dan tanganku dok laju mencari-cari contoh macam mana nak masukkan data, macam mana nak buat result dan juga discussion. tapi last-last dapat juga tangan dan mata aku tertumpu kepada blog ni, mengupdate blog dan juga twitter aku dok sebok berbunyi twit2 twit2 (klasik gitu) 

setengah jam gak la aku cari, tapi hampir 3-4 jam aku dok layan blog2 lain dan juga melayan twit2 twit2 dan juga berfacebooking........ hehehehe

p/s: perghhh pemenda aku update ni?????

jangan contohi aku hehehhehehee

7:00:00 am - 4 comments

entry merapu kelaut... *why her

perasaan malas melanda lagi diri ini yang dah memang terang2 pemalasnya tahap tinggi... :)

ok aku cuma nak cerita kenapa dia yang aku pilih dalam ramai2 perempuan yang ada kat muka bumi ni, dalam puluhan juta yang ada dalam dunia ni kenapa aku pilih dia, 

"KENAPA DIA????''

aku dok layan punya layan blog orang lain, facebook orang lain last2 aku terpandang satu photo ni, dalam gambar tu dia ada cakap lebih kurang macam ni laa, 

"10 perkara yang si dia jodoh kita"
"10 perkara yang kita minat seseorang''

hahaha aku pon nak tergelak baca-baca menda macam tu, bukan taknak percaya tapi mmg taknak percaya pon... :) peace no war, aku antara salah sorang yang takkan percaya menda2 macam tu, buat lagu mana pon research yang korang dah buat, tapi aku tetap takkan percaya dengan menda2 tu... :) 

aku minat kat dia pon atas sebab perwatakan dia, hati dia, cara dia, 

hati aku berdetik dan membisikkan ayat yang kurang jelas dan susah untuk ditafsir

''ye ke??"

halamak hati ni, kenapa ko tak tetap dengan pendirian ko haaa??? kenapa????

hati aku berbisik lagi

" mak aku cakap yang ko ni tak cukup kenal dengan dunia lagi, banyak tempat lagi yang ko tak pergi, ko pergi sana nnti ko cakap kat mak, ko minat dia, ko gi sini, ko cakap ko minat orang sini, dah tu takkan ko nak kahwin 4?? mampu ke, persoalan yang bermain di mulut mak aku tiap kali aku mengutarakan soalan mengenai hati aku dan hati orang lain yang aku minat... "

tu la kan kadang2 hati kita pon jahat jugak ngn tuannya... apa pendapat korang? niat kerana allah, atau nafsu serakah?? hehehe tanya hati beb. nak ikut yang mana satu... :) 

aehh dah macam lari topik jek kan?? ok back to the first point that i want to say.

"why her"

halamak aku sebenarnya minat kat orang pompuan yang selalu tersenyum, ikut kata hati dia jek nak buat apa(tidak terkongkong), pandai jaga diri....

ini je laaa apa yang aku harapkan dari sesiapa sahaja... 

orang cakap aku playboy??? 

playboy???

bayangkan playboy berbadan sasa(besar), ada six pack(boroi), rupa ke laut (takde rupa langsung)

hahahahhaahha playboy tang mana aku tak tahu arrr...

aku suka tengok orang tersenyum, sebab setiap manusia ada cara senyuman yang berbeza, sedangkan senyuman jek dah berbeza beb... senyum kelat, senyum manis, senyum manja dan sebagainyalahhh

:) :D 

pesanan dari orang tua-tua aka mak n bapak aku yang setia menjadi tulang belakang aku selama berapa puluh tahun dari aku kecik

'' kau nak kahwin berapa pon kahwin laa, mak n ayah tak kisah, asalkan ko belajar biar habis dulu, kerja bagus2, inshaALLAH ada rezeki ko nak kahwin berapa pon tak kesah dah masa tu, asalkan ko belajar dulu, kang masa belajar dok sebok nak bercinta jek, tak ke susah tu, masa nak bahagi dua, dengan cinta, dengan gelpren lagi haihhh tengok macam kami ni kenal pon masa dah habis belajar, dah kerja pon masa tu.. :) "

" ayah tak kesah pon orang kampung mana, orang ulu mana pon ko dapat, tapi kena belajar pandai2, bagi ayah kereta sebijik satu pun dah cukup dah, kalau boleh honda accord ye. hahahaha "

bapak aku mmg macam tu, :) 

dah2 melalut2 ke laut dah aku punya entry kali ni...  :) 

p/s: aku cuma nak cakap yang be yourself my future wife... 

aku teringat ayat dia laa

"kalau ada jodoh, adalah".... :) well said my future wife well said... :)