11:25:00 am -
4 comments
mencari cinta pertamaku part two
ok ok kita sambung balik
ok kali ni lepas SPM, aku dapat tawaran sambung belajar ke negara orang, hahah NEGARA orang la sangat, aku dapat sambung kata negeri sarawak, negeri kenyalang. tak kesah pon kat mana dapat sambung kan? hik2 asalakan ilmu yang kita dapat tu, kita boleh gunakan kat mana-mana jek. inshaALLAH.
ok masa aku semester 1 disini aku mula dikenalkan dengan buku hijau atau lebih dikenali dengan ladang kongsi, kira masa ni kena tanam2 laaa, masa ni kami semua kena tanam kacang tanah dan juga apa ntah lagi satu tanaman yang kitorang kena tanam, masa ni yang aku ingat di bulan PUASA dan masuk raya jek kena harvest. ok sebenarnya aku nak cakap masa semester satu ni aku mula rapat kat seorang budak yang mana aku minat kat dia diatas sebab dia ni pada pandangan aku comel, baik orangnya, peramah, dan juga boleh memberi bimbingan kaunseling kepada aku. dan masa ni laa aku dan dia banyak bersama, banyak bercerita mengenai latar belakang masing-masing, yang aku masih ingat dia amek kadet bomba masa sekolah menengah dulu2.
tapi apakan daya takdir menentukan segala-galanya, aku lagi sekali terpukul dengan mendapat tahu yang dia ni sudah berpunya walaupun aku tahu ada kawan aku yang lain pun turut sama suka dekat dia ni, tapi apakan daya, mereka dari sekolah menengah dah kenal antara satu sama lain, so, walau apapun yang terjadi dekat diorang dan jika berkait kepada aku, ini bermkna aku yang salah.. hehehe tapi tuhan telah menentukan segalanya.
so kiranya kami hanya rapat seperti kawan2 rapat yang lain, kami banyak menghabiskan masa bersama, adakalanya jika aku takde tempat nak luahkan perasaan yang tak puas hati ke, ada yang mengganggu perasaan ke?, ada pape yang tak faham mengenai kehidupan dan mengenai perempuan ke , aku akan tanya direct dekat dia. aku akan ingat dia sampai bila2. sampai aku ke anak cucu, kompom jek idop sampai ke anak cucu kan???..
"dah tu ko dengan dia apa cerita sekarang ni?" soalan terpancul dari mulut kawanku
"macam biasa jek still kawan, dan still contact, dan apa yang aku dapat tahu sekarang ni, dia dah putus dengan BF dia, so aku ada peluang untuk masuk jarum" dengan pantas dan dengan senang hati aku menjawab.
"oh ok, ok-ok macam mana pulak ko kenal dengan si NINI??" soalan yang hangat keluar bagaikan peluru tak habis-habis.
"NINI!!! aku mula kenal dengan dia pun rasa-rasanya start dari sem 2 rasanya, masa cuti sem, haaa masa tu aku ada kat umah n aku start contact dia, aku pun tak tahu mcm mana aku bleh rapat ngn dia, aku kenal dia pon melalui phone n kdg2 ada jugaklah aku call dia, hehehe..
walaupun aku tak kenal nini ni lebih mendalam seperti mana yang ko kenal dia, aku pasti dia ni seorang yang kuat, seorang yang tabah. aku rasa lah, btw aku mmg betol2 minat dia, ok aku ingat lagi bila aku propose dkat dia, n then sbelum aku propose dekat dia, ada sorang yang minat dekat nini juga masa tu, masa tu aku ada kat bilik ko kan? dia datang dan dia tanya, macam mana kalau aku kapel ngn si NINI, dan masa tu muka aku merah menahan sebak, walaupun aku tahu ada orang minat kat dia, aku tetap kalah dengan dia, sebab dia dah nak propose. aku pilih jalan kedua dengan membawa hati yang lara ini pergi jauh2.
pinangan ditolak!! alhamdulillah aku masih ada peluang untuk rebut peluang ini, aku tkkan lepaskannya, setelah dari detik itu, aku mula mesej dengan dia, kadang2 chat ngn dia dekat fb, semua aku buat dalam diam, dan hanpir kawan2 aku semua takdak yang tau. aku tak kesah laa diorang tau ke tak ke. yang penting aku nak dpatkan hati dia untuk aku, kalau dapatlah kan?? hik3 nak dapat mcm mana kan?? bertegur dalam dunia yang nyata pun kurang ini kan pula nak menangkan hati dia untuk aku?? hik3 susah2 lahh kalau macam ni.. hurmmm
ayat NINI yang aku ingat sampai sekarang, apa yang dia pernah cakap dekat aku,
'aku ni tak serius orangnya'
'dia nak belajar dahulu, dan bila dah habis belajar baru nak cakap pasal kahwin, kapel dan juga sebagainya' 'kalau ada jodoh, adalah kita'
antara yang aku ingat.. tapi tu semua hanyalah kenangn lalu yang mengusik jiwa ini... :)
walaupun kau cakap si NINI ni cinta pertamaku, bagaimana pula yang aku kenal waktu sem 1?? bukankah dia juga cinta pertamaku??
"walaupun kami masih berhubungan sehingga sekarang ni, tapi aku tetap mencari siapakah cinta pertamaku" ayat yang terakhir terkeluar dari mulutku..
"dah tu masa sem 1 ko kenal dgn NANA, n NANA masa tu sudah berpunya, dan ko kenal pulak dengan si NINI, so NINIlah cinta pertama kau, kau kenal dia sampai sekarang kan? ko masih berhubungkan antara satu sama lain??? haaa, itu bukan cinta ke namanya???" ulas kawanku dengan pantas
"masih belum cinta lagi tu, kalau cinta tu antara satu sama lain, ini tidak, bertepuk sebelah tangan jek beb" jawabku pantas
"ok2 sekarngn ni, kau nak kahwin ngn sape? kalau dapatlahh dengan perempuan yang ko dah kenal sepanjang diploma kau ni?" soal kawan lagi
"dengan NINI laa, kalau ada jodoh, adalah" jawabku dengan selamba.
"kalau kau dapat kahwin ngn NINI, aku akan taja perkahwinan ko!, tapi aku hanya taja ayam jek laa, kalau aku taja semua, baik aku kahwin ngn NINI tu jek..." jawab dia dengan pantas.
"betol!!! ok2 kalau aku dapat kahwin dengan NINI, aku akan minta apa yang kau janjikan ini, tapi takkan tu je kowt?? bungat telur takkan takde?? sebab bunga telur pun guna telur ayam jugakalhhh, so ia berteraskan ayam jugakkan??" jawabku
"ahh takde-takde, aku taja ayam sahaja, yang lain pandai2 ko laa..."
"haa ok-ok, ayam pun ayamlah asalkan ko taja, ehhh jom balik dah lwat dah ni, nak pi mandi siap2. dah nak malam dah ni" ajakku
"haaa jomlah"
*cerita ini ada yang telah ditokok tambah dari cerita asalnya yang dikarang oleh si pengarang yang berasal dari selatan tanah air, pengarang yang terkenal di seluruh pelusuk asia tenggara..
yang baik jadikan dia sbgai panduan, dan yang buruk jadikan dia sebgai sempadan... :)
-nota tapak kaki-
sehingga sekarang siapa cinta pertama aku still tak dapat cari. aku still mencari makmumku yang telah ditakdirkan bersama-sama aku sampai ke jannah nnti inshaALLAH......