Saturday, 24 November 2012

7:02:00 pm - No comments

masa kecilku


aku dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang sederhana, orang cakap tidak kaya dan tidak miskin. walaupun begitu dan begini namun kami sekeluarga tetap bahagia. aku merupakan anak sulong dari 3 adik beradik dan adik-adikku yang lain masih bersekolah rendah dan juga menengah. aku mendapat pelajaran awal ku di dalam sebuah sekolah, disebuah kampung jauh ke hulu dan jauh dari bandar yang banyak menyesatkan orang pada zaman ini.

setelah tamat pendidikan awal aku, kami sekeluarga berpindah mengikut ibuku pulang ke kampung halaman yang terletak jauh di semenanjung malaysia. disebabkan itu aku terpaksa juga dipindahkan ke sekolah yang berdekatan dengan rumah kami di situ, kehidupan yang kami lalui di situ berliku-liku sehinggakan kami terpaksa mengikat perut untuk memastikan pelajaran kami tidak terganggu. memulakan hari di tempat orang itu amatlah payah, mujur aku mempunyai kawan rapat yang sudi meneman dan membantu aku dalam segala aspek.

bermulanya hari persekolahan aku disana dengan murungnya dan dengan kurang senangnya dengan persekitaran baru, dengan tempat baru, kawan-kawan yang baru dan juga guru baru yang baik hati untuk memastikan aku berasa selesa dengan tempat belajar ku itu. setelah 2 minggu berada di situ, aku mula menyesuaikan diriku dan aku mulai mendapat kawan-kawan baru ku, kawan-kawan sepermainan ku. antara yang aku ingat adalah tajul, padil, saiful dan beberapa orang lagi yang rapat dengan ku..

kami bagaikan kawan rapat disebabkan kami memang rapat dalam kelas dan jika hendak kemana-mana kami akan bersama. terjun parit, rembat buah, beraya bersama, makan bersama, bermain bola bersama, memancing bersama, itu adalah kami. masa kecil kami, kami habiskan dengan bermain sedangkan kami tahu pelajaran itu penting dari segala-galanya. dimana pelajaran ini yang menentukan masa depan kami semua.

suatu hari, setelah kami penat bermain dan bermandi bersama di dalam parit yang sejuk airnya, kami duduk dan membincangkan satu topik yang tidak akan lepas ditanyakan di sekolah.. "CITA-CITA" aku? cita-cita aku sebenarnya ingin menjadi seorang askar, bukan kerana aku minat berperang. tapi sebenarnya aku berminat tentang gadget yang askar gunakan, senapang-senapang, pistol, bom, tapi sebenarnya pada waktu kecil, aku minat metal detactor dia jek, aku bermain dengan benda tu sehingga puas masa pameran di negeri sembilan. di dalam sebuah majlis apa entah aku tak ingat, maklumlah kecil lagi kan masa tu.

masa kecil aku, permainan yang paling seronok yang kami sering mainkan adalah polis sentri. seronooknya bermain permainan ni memang tidak terjangkakan sehinggakan kami ada yang bergaduh disebabkan kecurangan bermain permainan ini, tapi ini bukanlah yang paling seronok jika tidak disulami dengan benda-benda yang lebih menarik kan? setiap kali habis bermain kami akan bersama pergi ke kedai membeli aiskrim malaysia, dan aiskrim malaysia yang aku paling minat adalah aiskrim milo. dulu harganya sekitar 10sen satu batang aiskrim malaysia ni, sekarang tak tahu la pulak berapa harganya, maklumlah harga minyak naik, harga barang keperluan asas pun aku sertamerta naik..

menunggang mengunakan basikal pada suatu ketika dahulu merupakan aktivit yang tidak aku akan lupakan, dari basikal roda tida sehingga roda tayar satu, semua aku dah cuba sehinggakan badanku bercalar-calar habis semata-mata untuk basikal. basikal aku dulu basikal biasa-biasa jek, orang cakap basikal yang sesuai untuk di bawa berjalan-jalan dan juga untuk ke sekolah, tapi dulu waktu kecil-kecil aku lebih prefer jalan kaki dari mengguanakan basikal yang sedia ada. ini disebabkan oleh aku sanggup lagi berjalan bersama-sama kawan-kawan ku.

kedegilan waktu kecil sudah mencapai tahap maksimum pabila aku sudah mulai banyak kawan, sehinggakan suatu hari itu, ibuku membuat perubahan drastik dengan tidak membenarkan aku keluar bermain bersama kawa-kawanku yang lain, sedihnya yang teramat sehinggakan aku rasa seperti malas hendak ke sekolah.. tapi selepas mengatakan aku tidak mahu sekolah, hanger, getah paip dan segala yang berdekatan dengannya pasti akan menghinggap di belakang badan ku..

0 comments:

Post a Comment