Sunday, 25 November 2012

7:53:00 am - No comments

layan lagu dulu... :)


kau buat ku teruja
kau buat ku tertawa
terbit rasa tersembunyi beku
hingga rasa cemburu seperti
pasangan kekasih hangat bercinta

dan tak sanggup berpisah
walau hanya sekejap
aku sangat merindui kau
senang sekali kau ada

<chorus>
tapi bagimana ku kata padanya
dia yang ada seperti tiada
dengan dia cinta jadi sebuar ritual
haruskah aku kejam demi rasa
tolong lepaskanku dari sengsara ini

dia bukan tak cantik
dia bukan tak baik
hanya kekosongan yang ada
di sudut hatiku tak bisa diusik
hingga cinta jadi kematu

tiada yang nak gaduh
tiada yang nak tentang
hingga rasa menjadi kering kontang

Saturday, 24 November 2012

7:02:00 pm - No comments

masa kecilku


aku dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang sederhana, orang cakap tidak kaya dan tidak miskin. walaupun begitu dan begini namun kami sekeluarga tetap bahagia. aku merupakan anak sulong dari 3 adik beradik dan adik-adikku yang lain masih bersekolah rendah dan juga menengah. aku mendapat pelajaran awal ku di dalam sebuah sekolah, disebuah kampung jauh ke hulu dan jauh dari bandar yang banyak menyesatkan orang pada zaman ini.

setelah tamat pendidikan awal aku, kami sekeluarga berpindah mengikut ibuku pulang ke kampung halaman yang terletak jauh di semenanjung malaysia. disebabkan itu aku terpaksa juga dipindahkan ke sekolah yang berdekatan dengan rumah kami di situ, kehidupan yang kami lalui di situ berliku-liku sehinggakan kami terpaksa mengikat perut untuk memastikan pelajaran kami tidak terganggu. memulakan hari di tempat orang itu amatlah payah, mujur aku mempunyai kawan rapat yang sudi meneman dan membantu aku dalam segala aspek.

bermulanya hari persekolahan aku disana dengan murungnya dan dengan kurang senangnya dengan persekitaran baru, dengan tempat baru, kawan-kawan yang baru dan juga guru baru yang baik hati untuk memastikan aku berasa selesa dengan tempat belajar ku itu. setelah 2 minggu berada di situ, aku mula menyesuaikan diriku dan aku mulai mendapat kawan-kawan baru ku, kawan-kawan sepermainan ku. antara yang aku ingat adalah tajul, padil, saiful dan beberapa orang lagi yang rapat dengan ku..

kami bagaikan kawan rapat disebabkan kami memang rapat dalam kelas dan jika hendak kemana-mana kami akan bersama. terjun parit, rembat buah, beraya bersama, makan bersama, bermain bola bersama, memancing bersama, itu adalah kami. masa kecil kami, kami habiskan dengan bermain sedangkan kami tahu pelajaran itu penting dari segala-galanya. dimana pelajaran ini yang menentukan masa depan kami semua.

suatu hari, setelah kami penat bermain dan bermandi bersama di dalam parit yang sejuk airnya, kami duduk dan membincangkan satu topik yang tidak akan lepas ditanyakan di sekolah.. "CITA-CITA" aku? cita-cita aku sebenarnya ingin menjadi seorang askar, bukan kerana aku minat berperang. tapi sebenarnya aku berminat tentang gadget yang askar gunakan, senapang-senapang, pistol, bom, tapi sebenarnya pada waktu kecil, aku minat metal detactor dia jek, aku bermain dengan benda tu sehingga puas masa pameran di negeri sembilan. di dalam sebuah majlis apa entah aku tak ingat, maklumlah kecil lagi kan masa tu.

masa kecil aku, permainan yang paling seronok yang kami sering mainkan adalah polis sentri. seronooknya bermain permainan ni memang tidak terjangkakan sehinggakan kami ada yang bergaduh disebabkan kecurangan bermain permainan ini, tapi ini bukanlah yang paling seronok jika tidak disulami dengan benda-benda yang lebih menarik kan? setiap kali habis bermain kami akan bersama pergi ke kedai membeli aiskrim malaysia, dan aiskrim malaysia yang aku paling minat adalah aiskrim milo. dulu harganya sekitar 10sen satu batang aiskrim malaysia ni, sekarang tak tahu la pulak berapa harganya, maklumlah harga minyak naik, harga barang keperluan asas pun aku sertamerta naik..

menunggang mengunakan basikal pada suatu ketika dahulu merupakan aktivit yang tidak aku akan lupakan, dari basikal roda tida sehingga roda tayar satu, semua aku dah cuba sehinggakan badanku bercalar-calar habis semata-mata untuk basikal. basikal aku dulu basikal biasa-biasa jek, orang cakap basikal yang sesuai untuk di bawa berjalan-jalan dan juga untuk ke sekolah, tapi dulu waktu kecil-kecil aku lebih prefer jalan kaki dari mengguanakan basikal yang sedia ada. ini disebabkan oleh aku sanggup lagi berjalan bersama-sama kawan-kawan ku.

kedegilan waktu kecil sudah mencapai tahap maksimum pabila aku sudah mulai banyak kawan, sehinggakan suatu hari itu, ibuku membuat perubahan drastik dengan tidak membenarkan aku keluar bermain bersama kawa-kawanku yang lain, sedihnya yang teramat sehinggakan aku rasa seperti malas hendak ke sekolah.. tapi selepas mengatakan aku tidak mahu sekolah, hanger, getah paip dan segala yang berdekatan dengannya pasti akan menghinggap di belakang badan ku..

Friday, 23 November 2012

5:22:00 pm - No comments

buhsan3 dan terus membuhsankan.. :)

aku terdiam pabila bangun di waktu pagi. sedangkan aku tahu yang hari ni adalah hari sabtu, hari cuti beb.. tapi kena gagahkan juga membuka mata yang ditatahkan dengan berlian permata ni. perancangan hari ni?? tidur, tidur, dan terus tidur sampai ke malam.. mak aku selalu cakap mcam ni "baik ko balut diri ko dengan kain putih tu haa, jap mak pi beli untuk ko ye, berapa ela ko nak??"

sok mengadap laptop, dari pagi2 buta ni bosan gak kekadang, dah mcm kerja pejabat dah, padahal dok layan cerita, dan buat kerja2 yang tak sepatutnya.. haihh nak cari kelainan pada hari cuti2 macam hari ni macam mana aek? budak2 ni bukan nak pi mana2 pon, paling kurang gi tempat yg wifinye kompom2 laju selaju schumacher memandu ferrari beliau. tiada buffering gituh..

kat rumah waktu cuti???

biasa lau kat umah aku dok melangu je depan tangga nunggu orang datang meminang. hahaha umah pon takde tangga lagi nok depan tangga... wakakaka.. aehh takde arr.. lau kat rumah aktiviti yang aku nak lakukan memang banyak, ada jek laa aku buat, ada sekali tu aku kuor dari pagi sampai tengah hari pi mancing. kadang2 aku pi bandar, jalan2 usha awek jek masa tu aku ingat, biasalah tak matang lagi orang cakap,

ada gak aku dok umah layan kartun dengan adik2, itu lagi best dari gejala2 sosial yang aku lakukan bersama kawan2 aku.. masa ni laa nak merapatkan silaturahim sesama keluarga bukan sesame street kartun yang pelik ada kat abad ni.. :)

rasa nak pi berkayak, tapi tak tahu kat mana ada. rasa nak pi main bola sepak, ada ke orang pepagi buta ni pi padang main bola sepak?? rasa nak pi main badminton, tak nmpk raket tenis yang ada dijual, kedai alatan sukan pon tak nmpk kat sini, WUJUD ke?? hua4..

Saturday, 17 November 2012

2:43:00 am - No comments

petang yang aman????

suatu petang yang betl2 rasa akan sesuatu...

silap2

petang yang tak tahu nak buat apa walaupun tahu kerja sedang menimbun menunggu mcm gunung everest yang tingginya dalam 8850 meter yang merupakan gunung tertinggi di dunia ini.. huhuhu tahu dop mcm mana byknya kerja tu kalau disamakan dengan tingginya gunung tu?? ngeh4

tapi takpe walaupun bykpon kerja dekat sini, hati tetap takkan risau akan kerja tu, JIKA ada orang yang teman kita, ada orang yang kita suka disebelah, ada orang yang dok ngn kita berbual-bual mengenai masa depan...

ada ke orang cerita pasa MASA DEPAN??, gila kowt rasanya orang yg cerita pasal masa depan ni... huk4. orang sekarang ni mana dah pikir pasal masa depan tu, semuanya pikir duit dah sekarang ni, maklumlah sekarang ni kan zaman millenium, zaman yang memerlukan duit berkepok-kepok dalam dompet ni. tak sah kalau takde duit 3-4 ribu dalam dompet kalau nak gi mana2... lagi2 nak masuk tandas atau toilet omputeh cakap laa...  itu pun kena bayar rm2000 rm0.20sen...wakakaka.. :)

hari-hari yang amat susah untuk diteruskan hidup di sini walaupun hanya melakukan praktikal di sini, kami dilayan sama seperti pelajar lain disini walaupun umur kami berbeza, bidang, kerja, jabatan kami semua sama sahaja.. yang berbezanya adalah ilmu yang dimilik oleh kami, walaupun kami sudah belajar hampir 20 tahun di negara yang sama, tapi ilmu yang didapati di negara orang itu berbeza-beza... sistem pelahjaran di negara orang pon berbeza-beza juga. ada yang ikut stail AMERIKA, JEPUN,.. huhuhu merapu sudah ni..

aku cuma nak ceritakan kehebetan U dekat sini jek, kat sini yang perfectnya hanyalah cara mereka, disiplin mereka, kerja mereka, internet mereka, harga makanan mereka, nilai mata wang mereka, aehh ada lak masuk sampai situ sekali kan??? ngeh3...

budak2 sini nak dibandingkan dengan budak2 seangkatan kami di sana, teramatlah berbeza, tengok dari segi  kematangan mereka, cara mereka, ilmu mereka. kat sini umur baru 21 dah amek degree dah tapi mereka matang, tak sama dengan kami, umur 21 tapiiiiii perangai?? subhanallah.. kalah budak2.. yeke?? tak semua kowt. tapi adalah segelintir yang mcm tu kan???

hehehe nak cari perbezaannya mmg byk2 tak cukup sehelai kertas kajang berukuran berapa ntah tapi yang penting ia berharga dalam 10sen dah sekarang ni untuk sehelai kertas... :) huk3

Wednesday, 14 November 2012

7:01:00 am - No comments

malam yang sepi tanpa peneman di sisi

assalamualaikum dan selamat malam semua, diharapkan sihat selalu di samping keluarga tercinta ya. cuma nak cakap jek perasaan aku hari ini bagaikan kaca gelas yang dihempas ke tanah.. tahu tak maksudnya?? ada yang tahu dan ada yang tak tahu kan?? haa ok2 aku terangkan maksunya ya... hati aku ni dah rosak, rosak sebab apa?? disebabkan bencana alam yang sedang menimpa diri ini, bukannya macam gempa bumi ke, banjir kilat ke, tsunami ke???

aehh bukan tu...

banyak lagi benda yang boleh merosakkan hati ini, dari yang jernih ia akan menjadi gelap, hitam, pecah seribu, retak dan macam2 hati kita ni lau kita tak jaga boleh menjadi punca utama kita mati.. opsss bukan mati, tapi meninggalkan dunia sementara.. huk3 betol ke??

kenapa hari ini??

hari ini merupakan hari pertama aku membuat kerja yang agak berat bagi kawan2 dan aku sekali, sebab culture shock jek sebenarnya, sebab kitorang dilayan macam budak2 pandai, kami hanyalah pelajar diploma yang sedang menjalankan praktikal selama 6 bulan disini, tapi mereka semua ingat yang kami ini adalah student degree final year.. haihhh.. bagi suruh buat proposal pon fail lagi nak cakap kami budak final year degree??? mmg tak dapat lah kan?? haihhh

ok tu satu hal, satu hal lagi di sini kalau kita tak kuat, kita akan rasa nak balik rumah jek, paling dekat perjalanan yang boleh diambil untuk sampai ke tempat tanah tumpahnya darah kita / tanah tempatnya aku akan dikebumikan ini adalah melalui jalan udara yang mengambil masa dalam 5 jam akan sampai terus di depan pintu rumah, jika tayar kapal terbang tak pancit lah kan?? hua3

sampai2 jek rumah nak peluk cium mak deh.. *angan2... kih3 tapi aku still nak buat mcm tu, rindu kowt dekat mak aku tu, dah lah peneman utama dan dialah tempat aku mengadu segala masalah aku, menceritakan pengelaman pahit manis aku di sana dan juga disini. huk3...

nak tahu satu rahsia tak?? aku tak pandai nak berahsia ni, yang sebenarnya aku ni adalah anak mak. tapi apa kurangnya anak mak dan anak bapak kan??? semua lahir ikut pintu yang sama kan?? pintu rahim ibu.. :) takde dehh saje jek..

aku takde menda nak cakap lagi sebenarnya.. aku ada idea nak tulis tapi, peneman utama aku asyik sibuk nak sangat mengonline jek dari tadi.. kredit to kawan baik aku dunia akhirat ( nyamuk ).. moga darah2ku cukup untuk korang sampai 7 keturunan yek.. bg2 lah sikit kat kawan2 tu,, orang putih selalu cakap, sharing is caring.. so cubalah berkongsi..

huk3 selamat malam semua... :) jumpa di lembaran yang lain... assalammualaikum dan salam satu malaysia

p/s: sokong sikit pak najib punya slogan tu, mana tahu dapat duit byk sikit nnti, senang bakal bini aku... huk4

Thursday, 8 November 2012

3:44:00 am - No comments

aku ingin bercerita lagi...

belum sampai masa lagi untuk bercerita panjang lebar... wait a minute bak kata S/U peribadi dean kat sini.. muahahaha wait a minute tu mengambil masa dalam beberapa jam janji malaysia.. dan mengambil masa berhari-hari ikut waktu australia... :)

2:48:00 am - No comments

hari-hari kepenatan sudah tiba...

assalamualaikum.....

hehehe rini kita menyibukkan diri sekejap dengan kehidupan dunia yang kita kejar dengan berlari selaju kijang berlari takpun selaju mercedes yang boleh memecut selaju 180km/h.. boleh ke? huk4. rasa penat sangat hari ni dah macam kerja angkat batu 10tan... kuat juga aku kan nak angkat batu 10 tan??? hehhe nak angkat batu 10kg pun menggigil kepala lutut ni.. huk4 biasalah lutut longgar dah kan.. ngeh4 bukan sebab apa longgar, sebab dulu tak ketatkan betol2 jek sebenarnya.. ngeh4

kerja dari pagi sampai kepetang bagaikan itik, yang pergi awal pagi dan pulang waktu petang.. beratur sampai ke bilik. biasalah hidup di negara orang, kita pergi mana-mana pon kena jaga tatasusilah, kena jaga tatatertib. kena jaga semuanya lah... :) tapi menjadi pelajar asing disini diumpakan sebagai alien yang datang membuat jalinan mesra dengan penduduk bumi yang amat ramah.. kah4 

pergi melawat bangunan2 usang disana-sini membuatkan kami berasa teruja dan membuatkan kami terpikir untuk membuat sebuah cerita berunsurkan genre SERAM. muahahaahaha.. tak pernah bersyukurkan?? ngeh4 

disini??

hurmm oklah not bad.. itu jek ayat yang boleh terkeluar dari mulut ini walaupun dalam hati ada jugak yang berbisik lain dari yang terkeluar dari mulut yang lancang  lancar berkata-kata ini pedajey orang tiap hari, lagi2 member2 seangkatan yang berada disini.. huk4.

makanan islam disini mudah didapati, senang dicari, cepat untuk dicari dan dimakan, hidup dalam culture orang, kita kena ikut, diorang makan sikit, kita ikut mkan sikit. orang tua2 cakap masuk kandang lembu mengelembu, masuk kandang kambing mengembek kan?? haa mcm tu laa ceritanya kami di negara orang ni...

apa yang best dekat sini?? semuanya best, awek2 yang cun, budaya yang senang diikuti, bahasa yang susah untuk difahami.. hua3. biasalah kan masuk mana2 negara paling senang pun nak cakap bahasa inggeris kan?? walaupun terabur itu jek penyelamat, tapi masuk negara ni, nak cakap bahasa inggeris dengan orang sini pon susah kowt, diorang menangkan lagi bahasa diorang dari bahasa asing, itu saya tabik dari MALAYSIA yang mementingkan bahasa orang luar dari bahasa sendiri.. puihhh... itu sebab negara ni tak pernah dijajah oleh mana-mana negara.. :)

jiran malaysia jek negara yang kami datang untuk belajar ni, nak kecek kelate boleh doh, tapi kecek kelate tu pekat sikit laa, sebab susah nak pahenye ore hok dok sini lamo doh.. meme susoh nak kecek kelate sebenarnya.. nangis tak bersuara kami kat sini, dengar mereka cakap bahasa mereka membuatkan kami ingin tahu apa yang sedang mereka katakan.. sebabbbb pabila mereka ketawa, kami pun turut tertawa, kami tak tahu laa apa yang mereka tawakan.. adakah mereka mengutuk kami menggunakan bahasa mereka?? siot tak guna punya orang.. adakah mereka mengata kami menggunakan bahasa mereka?? hampehh punya orang.. huk5

tapi lantaklah.. diorang kenakan dalam bahasa diorang kamii ada kekuatan dengan bahasa inggeris terabur kami.. hahaha..

-membuatkan orang tersenyum membuatkan kita bahagia-

Monday, 5 November 2012

8:08:00 am - No comments

kebuhsanan melanda

dalam satu hari kita mempunyai masa sebanyak 24 jam, tidak lebih dan tidak kurang dari apa yang kita tahu. tapi dalam masa 24 jam tu, kita langsung tak tahu apa yang telah kita lakukan, adakah ia cukup untuk kita? adakah apa yang kita lakukan selama 24 jam dah menjamin syurga yang mutlak untuk kita??

masa 24jam yang diberi jika tak diurus dengan betul boleh menyebankan kita kehilangan duit seperti beribu-beribu ringgit dalam sekelip mata, cuba bayangkan kita kehilangan duit sebanyak rm1ribu dalam masa 20 saat. sedangkan duit tu ada dalam bank dan ada dalam akaun kita yang secured...

hari ini??

aktiviti yang dilakukan hanyalah membersihkan balang2 kaca yang diaggap tidak berguna lagi, padahal nilainya telah melangkaui 20juta sebalang tapi itu hanyalah angan2 si pencari emas yang terjumpa longgokan logam warna keemas-emasan.

sedangkan mereka yang lain melalui hari2 mereka dengn mengadakan presentation hari2, kerja ini dan kerja itu, habis kerja mereka paling awal pon seawal pukul 4.30 petang, sedangkan kami paling lewat pada pukul 12.30 tengah hari tadi. lewatnyaaaa... haihhh.. :( 

perjalanan yang ditempuh untuk sampai ke sesuatu kawasan itu amat payah, seperti memanjat gunung everest yang tinggi, merintangi lautan luas lagi jauhm dan sungguh dalam.. bertembung dengan penjaga jalanan yang tidak dibayar gajinya, dan mencari tuan yang sesuai untuk kami membelanya dengan kasih sayang seperti yang mereka sepatutnya dapat..

keseluruhan hari ini, cita-cita untuk mendapatkan seorang budak perempuan yang dapat membantu aku, yang dapt bersama aku, ketika aku susah, ketika aku senang, segala-galanya bersama tidak dapat aku cari walaupun seorang. tapi kepayahannya amat kami rasai kerna disini semuanya comel2 belaka.. yang bukan islam mahupun yang islam... :) 

penat mengatasi segala-galanya, mata telah tertutup dan tangan telah merapu menulis apa yang ingin ditulis tidak dikeluarkn dengan jayanya oleh tangan dan tidak dibantu dengan mata yang telah kecil setiap saat.. :)

selamat malam semua. 

Saturday, 3 November 2012

9:29:00 am - No comments

3 HAL dalam hidup

ada 3 hal dalam hidup yang tidak boleh kembali
-waktu
-kata-kata
-kesempatan

ada 3 hal yang dapat menghancurkan hidup seseorang
-kemarahan
-keangkuhan
-kejujuran

ada 3 hal yang tidak boleh hilang
-harapan
-keikhlasan
-kejujuran

ada 3 hal yang paling bahagia
-kasih sayang
-cinta
-kebaikan

ada 3 hal dalam hidup yang tak pernah pasti
-kekayaan
-kejayaan
-mimpi

ada 3 hal yang membentuk watak seseorang
-komitmen
-ketulusan
-kerja keras

ada 3 hal yang membuat kita berjaya
-tekad
-kemahuan
-fokus

ada 3 hal yang tidak pernah kita tahu
-jodoh
-rezeki
-umur

tapi,

TAPI,

ada 3 HAL DALAM HIDUP KITA YANG PASTI
-tua
-sakit
-pasti

Friday, 2 November 2012

9:33:00 pm - No comments

sesi pengenalan!!!

jom2 kita berkenalan2 dengan orang tempatan di sini.. tempat ni bahasa melayunya kurang tapi still bleh laa kecek kelate sini, itupun aku maen hentam jek kecek kelate tu.... hentam mana yang boleh laa kan???

tapi time kat sini bagi penduduk peninsular malaysia sangat beruntung bagaikan durian runtuh tergolek-golek.. sebab kat sini boleh laa, penduduknya ramah, baik2 semuanya.. :) makanan kat sini sume murah-murah n boleh makan macam2.. :)

kenal dengan seorang pensyarah dari sebuah Univerisiti di semenanjung di negara orang ni dah cukup membuat aku bahagia, sebagaimana hidup aku lengkap dengan sebuah keluarga kecil... cukuplah dengan itu. nama dia tak semegah DR. MAHATHIR, tapi ia cukup megah di kalangan kami pelajar dari peninsular ini, dialah abang, dialah segala-galanya bila ada masalah atau apa-apa yang berlaku, tempat mengadu segala masalah yang menimpa kami.

perkenalan singkat kami telah membawa kami berjalan-jalan disini, pergi berjumpa dengan kawan-kawan yang telah lama menetap disini, kawan-kawan yang telah belajar disini, mereka ini senior-senior dekat sini, so kami dapat green card untuk bebas dan berkelakuan seperti senior2 disini.. muahahaha tapi mereka semua duduk di luar.

pengenalan kami berakhir disebuah gerai makan. memilih makanan dengan tengok menu di sini merupakan sesuatu yang mustahil bagi kami yang merupakan pelajar luar negara ni, nasib ada orang asal dari sini, senanglah nak pilih menu, last2 kami pilih "NASI GORENG NERAKA"... orang cakap nasi mereka pedas2 tapi bagi aku yang selalu melantak pedas2 ni rasa macam biasa jek laaa pulak... haihhh...

tapi apa2pon seronok sangat ngn diorang ni.. i want enjoy my life here with them...

9:16:00 am - No comments

hari yang gila

hari ini tak tahu sebenarnya hari apa... padahal baru satu hari meninggalkan negara tanah tumpahnya darahku.. muahaha, hari ini macam2 kerja aku buat dari bangun tido sampai la nak tertido balik, punyalah penat badan ni macam angkat berat 1000KG berat dia, nak bawa berjalan kesini..

hari ini sedar-sedar dari mimpi yang mengerikan pada malam pertama aku disini, aku terdengar bunyi budak yang menangis walaupun aku tahu itu adalah bunyi kucing mengAUM di depan bilik aku, dan bunyi ini boleh menyebabkan aku terpikir yang bukan2 tentang tempat ni..

berat kaki melangkah ke bilik air yang serba serbi kekurangan ini, tapi dengan rasa nikmat dan bersyukur yang ada pada diri aku ni, aku gagahkan juga membuka mataku yang sedang memberat di mana tergantungnya emas seberat 2kg dan juga kaki ini melangkah ke tandas untuk mandi...

dengan janji manis yang ditaburkan oleh orang tertinggi itu, aku bangun, tetapi janji hanya tinggal janji dan di sini bukan di malaysia untuk JANJI ITU DITEPATI... tapi itu bukan masalah kami, kerana kami setia pada prinsip yang dibawa oleh PM kami... "JANJI DITEPATI"..sehingga ke tengah hari, menunggu dan terus menunggu sehinggakan aku tertidur dengan lena di tepi verandah itu dengan tenang, di tiup angin sepoi-sepoi bahasa. bahasa negara kami yang sedang kami menetap lah kan??

sesi pengenalan dengan seorang manusia yang mempunyai pangkat yang tinggi di sini ini itu sangat memberangsangkan pemikiran aku untuk terus berpikir dimana aku hendak sambung belajar di waktu masa akan datang. sesi pengenalan itu disambung ke meja makan dimana dia membelanja kami makan tengah hari.

DIA??
ok lah
seorang yang peramah
3 bahasa dia conquer
nasihat dia " jangan pergi karaoke"
seorang yang lemah lembut
boleh di bawa berbincang
bintang yang saya akan bagi (5/5 star)