pengakuan mereka mahu berhijab
1. catriona ross
semuanya bermula apabila dia menemani sahabat karibnya ke sebuah butik tudung di KLCC pada 14 julai lalu
tergerak hatinya mencuba satu tudung dan ketika melihat wajah di cermin, tiba2 terbt satu perasaan pelik hingga bergenang air mata, sepantas kilat ditanggalkan tudung itu.
dia yang dihenyak perasaan pilu, hiba dan syahdu kemudian berpusing ke arah temannya seraya spontan meluahkan hasrat mahu memakai tudung, luahan itu bagaimanapun mengundan tawa sahabatnya kerana menyangka dia bergurau
"ketika memandu pulang ke rumah, saya menangis, sukar untuk dijelaskan perasaan saya ketika itu, sebak, syahdu, hiba semuanya bercampur-baur. saya sedar perasaan pelik yang muncul tiba2 itu adalah hidayah dari ALLAH.
"sepanjang perjalanan, saya tak henti2 mengucapkan rasa syukur ke hadrat illahi, terharu dan rasa itimewa apabila ALLAH buka pintu hati saya. memang sebelum itu pernah terfikir untuk menutup aurat tetapi teragak2 untuk melaksanakannya.
"esoknya di rumah, saya gelisah dan rasa serba tak kena, asyik terfikir untuk memakai tudung dan malamnya saya tidak boleh tidur, kebetulan pula suami tiada di rumah kerana bertugas di luar kuala lumpur, jadi tiada tempat untuk saya mengadu." katanya sambil menghela nafas panjang.
pagi jumaat (16 julai lalu) berjam-jam pelakon popular menerusi drama rantaian sephia ini menyelongkar almari mencari hijab namun kecewa apabila yang ada hanya selendang.
dia kemudian menghubungi temannya untuk meminjam tudung, terkejut dengan permintaan itu, temannya mengajak cat ke butik untuk belikan beberapa helai tudung, selesai membuat bayaran, hijab yang dihadiahkan temannya itu terus disarungkan di kepala.
"banyak nikmat yang ALLAH beri kepada hambanya dan apa yang saya mohon selama ini dalam doa dimakbulkan, masih segar dalam ingatan, selepass terbabit dalam nahas jalan raya, saya tidak putus2 berdoa, supaya boleh berjalan semula dan doa itu ALLAH perkenannya
"kemudian, ada suara sumbang bercakap saya tidak boleh hamil kerana mengelami kecederaaan teruk dalam kemalangan itu tetapi ALLAH makbulkan doa saya alhamdulillah saya bunting pelamin. jadi, nikmat tuhan yang mana lagi nak saya dustakan?
"saya nekad bertudung kerana tidak mahu terus menerus buta hati, jiwa saya bagai disiat-siat ketika mendapat hidayah dalam butik ibi jauh disudut hat, saya dapat rasakan itu adalah seru daripda allah.
"syukur alhamdulillah, syukur, saat mula2 pakai hijab hingga sekarang, ada rasa bahagia yang tidak boleh dizahirkan dengan kata2. ketenanganitu cuma ALLAH saya dan teman2saya dan teman sehijrah yang faham," kata anak jati kota bharu kelantn ini yang menahan air mata daripada mengalir...