Persepsi
Seminggu raya ini mengubah persepsi aku seratus peratus tentang kehidupan yang ada manis dan pahit.. bilamana ia akan datang pahit sebelum timbulnya manis...
Aku disogok dengan indahnya kehidupan, indahnya berkasih sayang dan indahnya dunia.. apa yang kulihat kini untuk menggapai bintang yang diidamkan penuh dengan liku2 dan cabaran..
Sejak kebelakangan ini aku disajikan dengan penuh pancaroba dimana aku dalam satu situasi yang perlunya kata putus samada berhenti atau terus. Lebih kurang kereta tunggu traffic light..
Apakah patut langkah yang aku ambil ini, adakah ia bagus untuk masa depan aku atau itu hanya mainan nafsu semata.. dalam kalam yang lepas pon ada mengatakan hidup ini perlu mengambil risiko untuk maju..
Tapi aku,
Aku takut akan jatuh walau sebenarnya orang nampak aku kuat... tapi itulah, manusia yang hebat akan bangkit lebih baik selepas mereka jatuh.
Aku perlu bangkit demi mencari sebuah cahaya untuk diri ini...
Aku perlu bangkit demi keluarga aku.
Dalam aku bangkit untuk melupakan segala suntikan anasir2 jahat yang ada ini aku akan rebah dengan sekali rebah sahaja tanpa ada seseorang disisi..
Betapa bodohnya aku disitu, sedangkan kekuarga aku sentiasa ada disisiku selama ini untuk aku... tapi aku malu dengan kebebalan aku sendiri. Dengan dunia khayalan yang aku ciptakan selama ini...
Arghhhh benda2 ni patutnya aku tak perlu rasa lagi sepatutnya.. aku fed up dengan semua ni.. fed up dengan ura2 dunia yang cantik...