Tuesday, 5 April 2016

Aku nak berambus

Aku ingin pergi jauh dari sini,
Aku ingin lihat dunia luar,
Aku ingin berambus,
Aku ingin udara baru,

Untuk aku terus hidup,
Supaya segala kenangan itu terhapus,
Dari memori,
Dari simpanan utama aku....

Pelbagai cara sudah aku gunakan!
Ada yang baik
Ada juga yang jahat..

Orang cakap kenangan biarlah kenangan,
Yg manis dikenang,
Yg pahit ditinggal mampus..

Itu orang yang cakap!
Aku adalah sebaliknya,
Yang manis diingat sikit2,
Yang pahit dibuat sandaran,
Dibuat batasan untuk masa depan.

Aku perlu masa, ruang dan duit...
Untuk bebas!!