Wednesday, 30 March 2016

11:08:00 am - No comments

Kami

Sesungguhnya perkenalan pertama kami adalah selepas spm setelah aku dapat melanjutkan pelajaranku ke tempat yg lebih tinggi. Pada mulanya harapan ditaruh atas dasar dia single, sehinggalah semuanya terbobgkar dimana dia sudah berpunya..

Tarik diri dan bawa ia jauh2 nyah dari dalam lubuk hati yang hitam itu.. hahahaha

Selepas itu kami kenal sikit demi sedikit mengenai latar belakang, kenangan waktu sekolah dahulu, hampir segalanyalah diberitahu kepadaku..

Begitu jugak aku, meminta nasihat dari segala aspek, masa tu kami hanyalah kawan yang sentiasa ada bersama.. sehinggalah sekarang!

Aku masih dengan dia, maksud aku masih kontek dia, tanya khabar kalau ada kelapangan aku akan kol dia.. dah macam pasangan kekasih bak kata orang la..

Tapi sebenarnya tidak. Kami hanyalah bestfriend... she is the one that help a lot in my life.. that have behind me when i'm down..

Love you la my bff.. muah2

Tuesday, 29 March 2016

Siapa salah??

Pada mulanya bukanlah dia yang aku kenal, aku kenal dengan orang lain dahulu. Dan disebabkan orang lain sudah berpunya, maka dengan hati yang tenang, aku redha berundur diri. Takut akan hal lain terjadi..

Aku sedar diri ini tidak layak untuk segolongan bangsawan.. marhaen dan kebanyakan ni hanyalah di celahan gigi sahaja...

Pindah cerita dan mulakan perjuangan menghabiskan sisa2 hidup disuatu tempat asing demi keluarga.. aku tabahkan hati dengan  menjadi kawan yang terbaik untuk dia..

Semua masalah aku cerita, dia dengar, dia nasihat.. bg aku dialah segalanya.. tapi hati aku ke lain bagi menghilangkan perasaan untuk dia. Adakah yang lagi sorang ini hanyalah umpama pokok tumpangan?? Atau betul2 perasaan ini mmg untuk dia??

Untuk yang kedua ni dalam tegas ada manisnya, aku nampak manisnya tapi lebih tegasnya dia dlm sesatu perkara..

Pada mulanya ini hanyalah mainan hati yang gatal ingin mencuba, aku luah, aku cakap hati ke hati.. tapi tiada akhirnya.. aku tggu sampai habes belajar.. aeh dia sambung jugak.. aku tggu lagi.. takpelah demi masa depan... aku sabarkan juga..

Tapi dalam masa yang sama untuk masa sekarang ni, hanya segelintir wanita sahaja yang aku wasap.. antaranya mak wa, dan lain adalah atas urusan kerja... dan ada sorang ni yang aku cakap bff.. ya aku mesej dia selalu jugaklahh.. sekali sekala ada la melalutnya aku nk try ngayat dia kan?? Hahahaha...

Ok back to the 2nd person that i know when i'm at some scary and far place... entahlah bercelaru hati ini kdg2 rasa mcm bukan dia untuk aku. Tapi bnda tu tknk hlang2 jugak.. mcm2 cara dah aku buat..

Tapi sekeliling?? Lagi mahu menambah perisa, dan aku hanya cakap kalau mereka2 tanya, "ntahlah" ayat selamat..

So, sekarang ni salah siapa?? Mesti aku kan? Membe2 aku cakap, aku ni jenis yang pemberi harapan kepada gadis2..  adakah betul??

Kalau betul maafkan saia... saia tak kuad dan saia yang salah dalam setiap sudut... aku perlu perbetulkan segalanya.. 

Tuesday, 22 March 2016

Ragam manusia

Manusia penuh ragam, walau kau tak kenal sekalipon orang tu.. adakalanya mereka mengajar kita seribu 1 perkara walau hanya sekejap pertemuan di alam ini.. ada yang baik dan ada yang buruk dalam sesingkat pertemuan ini..

Baru terkena dengan aku malam tadi dengan pertemuan sesingkat kerdipan mata di sebuah kedai mewah di tempat aku tuntut ilmu di sebuah.negeri yg agak kalit ini..

Aku lihat 2 orang manusia yang bertelagah secara senyap dengan hanya menggunakan mata dan tangan.. antara 2 ras yg berbeza dan mereka masuk campur dengan makhluk asing dari negara lain..

Aku jumpa dengan orang lain, aku nampak orang lain lagi bagus dari orang negara sendiri yang sama bangsa dengan aku. Malu aku disitu kerna ramai yang tengok dan di tempat awam...

Kembali ku ke tempat penginapanku dengan rasa berat hati, pilu dan sakit hati ini membawa hati yang sedih mengenai keburukan bangsa aku sendiri.. 

Aku ingin pindah negara!! Yeehaaaa

Tuesday, 8 March 2016

Mainan mimpi semata

Tersedar dari diulit mimpi yang lena, mimpi yang dah berapa kali aku dikunjung oleh sidia. Ada yang secara langsung dan tidak langsung.

Langsungnya pertemuan empat mata dengan beliau, tidak langsungnya pulak adalah dgn orang tgah.. org ckp kalau kita mimpikan seseorang tu, org tu sedang merindui kita!. Betul atau tidak, itu terpulang atas individu itu sendiri..

Dulu Pernah cakap dengan dia, percintaan atas maya, inilah balasannya kot, sama2 tarik tali atau aku sedang lepaskan tali itu sedikit demi sedikit? Aku pula tktahu apa yg berlaku disebelah benua sana, adakah dia pon sama atau sebaliknya?? *mungkin ini hanya perasaan untuk dikasihi sahaja yang menggelegak.

Dalam mimpi aku still lagi boleh berjumpa empat mata, tapi masa tu berbual adalah perkara biasa tapi yg luar biasanya adalah ditempat awam, di mines cthnya.. kau rasa apa benda tu?? Takkan dalam mimpi kita.boleh berhubung?? Kalau boleh berhubung kan best. Tiap2 malam mahu jumpa family..

Tu je kot setaakat ni yang mampu aku taip dan apa yang aku rasa?? Rasa malas pulak taip panjang2... hohoho