Friday, 4 December 2015

9:14:00 am - No comments

Perjalanan seharian ini....

Assalamualaikum semua..
Hahahaha bagus jawab salam aku..

Secara ringkasnya... pukul 4 pagi baru lolap mata ni haa sbb membe wa terlupa yang kitorang punya sv ads ckp yg slide yg dihantar balik untuk diperbetulkan dan tak dikembalikan balik maknanya slide tu ok dah...

So, bangun pukul 7 tmbh tolak laa, siap2 nak pembentangan proposal yg mkn masa hamper 3 bulan tu bak kata penyoal berdaftar.

So pukul 8.30 tmbh tolak aku dh smpai dekwt bilik meeting dekat fakulti yg gempak untuk bentang proposal yg gempak gak kalau tak silap aku.. huha...

Sepatutnya aku kena bentang petang dan disebabkan perubahan yg dibuat oleh seorang pensyarah yg ingin menukar anak buah dia pergi slot petang seramai 4 org. So aku antara org yg terpilih untuk ke slot pagi dan aku aetuju gila pasal tu.. hahahahaha

Teringat membe aku ckp

"aku pening pagi je bob"

Last2 dia yg kena tukar smpai presenter last sekali... kah3. Tak puas sejam kami kenakan sampai dia present pon kami tetap kenakan beliau... kah3...

Tuesday, 1 December 2015

11:19:00 am - No comments

Terkesima dan terkedu.

Ya,
Aku terkesima dengan apa yg berlaku,
Baru2 ini,
Apa yang aku rasa, lihat dan cakap,
Semua berubah..
Meningkat umur aku,
Di-rai kawan seperjuangan,
Apa yg kau nak lagi??

Ya, aku rasa tertipu,
Tertipu dengan permainan diorang,
Tidak aku sangka,
Pada mulanya hanyalah turun meeting semata

Tapi menjadi lain setelah meeting itu habis,
Tak terkata waktu itu,
Kau tahu apa yg aku pikir waktu itu??
Bukan hanya sebiji kek yg kupinta,
Aku pinta doa kalian untuk ku,
Semoga aku selamat, dimurahkan rezeki dan kedua ibu bapaku dipermudahkan segala urusan mereka..

Aku jadi risau masa tu,
Dan hampir saje menitiskan air mata,
Apa korang ingat aku takde perasaan??
Aku punya perasaan.
Aku sedih dgn adanya sambutan itu,
Yang sepatutnya aku sambut dgn org
Yg melahirkan aku, yg membesarkan aku..
Sempat terpikir, apa yg mereka makan waktu itu.

Mak, ayah,
Maafkan saya jika saya ada terkasar bahasa sepanjang perjalanan ini,
Selama ini mungkin ada tk terdengar arahan yg diberi,
Mungkin tk dpt membahagiakan kalian seperti mana anak2 kawan kalian,
Yg sudah berjaya dan mampu!!
Tidak seperti saya, yang hanya mampu
Menghabiskan beras dirumah,
Menggunakan duit kalian dengan sewenangnya..

Keperitan mencari duit itu aku tahu,
Aku pernah alaminya walau pengalamanku hanya sekangkang kera,

Maafkan anakmu ini,
Salam dari jauh..

Sunday, 1 November 2015

10:45:00 am - No comments

Seperti takdir

Sudah menjadi takdir jika sesuatu itu berlaku mengikut apa yang dikehendaki yang maha esa, apa yang kita buat untuk mengubahnya pun sudah tertulis takdir.

Pernah sekali aku ingin mengubah sesuatu supaya menjadi yang lebih baik namun ia tidak terjadi, adakah itu kerana aku tidak tawakal??

Tidak!

Ianya sudah tertulis dalam skrip yang dibuat.. aku hanya insan seperti yang lain mungkin yang lebih lemah untuk segala yang berlaku.. aku redha walaupun aku senantiasa mengungkit segalanya..

Monday, 6 July 2015

8:09:00 am - No comments

Sejati sampai mati

Tak ku pinta untuk jadi seperti ini, jadi seperti apa yang tidak dijangkakan, sudah cuba untuk mengelak demi kau, demi persahabatan yg kita bina.

Tapi apakan daya, hanya dia yg menentukan segalanya, kita hanya merancang semahu kita, semampu boleh, kuasa tetap atas tangannya yang mentadbir sekalian alam..

Aku insan yg kerdil untuk meratapi segala kepedihan itu.. aku tak mampu tapi aku cuba untuk ubah..

Keyakinan diriku sama tinggi dgn keyakinan diri kalian, tidak lebih dan tidak kurang. Walau segalanya sudah tertulis, ubah menjadi lebih baik itu lebih bagus..

#makhlukpencetusdosa

Thursday, 2 July 2015

9:09:00 am - No comments

Rindu

Malam cukup tenang, buat otak aku nk pikir lebih jauh, jauh kehadapan..

Sesekali aku imbas waktu belakangku, tidak ku lupa waktu itu, waktu yg matangkan aku, banyak mengajar tntg kehidupan..

Aku ingat dia, dia yg hadir dlm diri ini, dia tk ku lepas walau janji itu mematikan bicara antara 2 jasad, kami tetap berhubung, melalui yg maha esa..

Jadikan kami satu, dgn ikatan yg sah, walau jasad kami jauh, aku tahu dia rindu aku, aku juga rindu dia. Namun kata janji itu punca aku lari demi mencapai hajat yg satu itu..

Aku tunggu walau lama..

Thursday, 23 April 2015

7:22:00 pm - No comments

Perjalanan 1

Perjalanan ini makan masa hampir 4 minit sebenarnya tk jauh mana pun kalau dilihat melalui peta yg diikhsankan oleh google maps ni haa,

Target kali ni adalah beriani, ya beriani. Sebenarnya ada yg mengidamkan beriani ni jak. Kalau nk dijadikan cerita la, dah hampir 2 minggu dia asyik ajak makan beriani. Tup2 kami berempat pon pi mkn kat situ.

Not bad la harga dan makanan tersebut. Sedap pon sedap, harga pon berpatotan.. nyum3. Antara beriani yg diaediakan adalah nasi beriani ayam, ayam kampung, ayam merah, daging, daging kicap dan makanan2 lain..

Monday, 9 February 2015

1:18:00 am - No comments

Sakit

Parah,
Sakit hati aku,
Sakit hati kau,
Semua sakit hati..
Ada orang kesah??

Seram bila ada yg macam tu....

Saturday, 17 January 2015

Pulang

Makkkk!!!!
Aku pulang....

Ya itu ayat yg bermain dihati semasa menunggu belaan manusia untuk sampai mengutip sisa2 aku dikolej kediaman yang semakin seram untuk diduduki...

Akhirnya, bergerak pulang juga kami bertujuh dimuatkan dalam besi berjalan itu sampai ke tanah air terchenta.

Agak terlewat untuk menemukan jalan yang lurus diredhai allah, kami menempuh jalan yg agak mencabar demi mencari jalan kebenaran. Jalan jem laa lepas sesat..

Tempat persinggahan tepi jalan membuatkan aku terasa lapar, perut ini bagai diminta untuk dipenuhi dgn pelbagai ragam makanan yg ada, berlemak, sihat dn macam2 ada, mcm dlm iklan astri dulu2..

Anak kecil menangis, urat2 tua timbul, gadis bertudung, laki smart baju masuk dlm, perghhhh beraneka ragam yg aku lihat...

Aku sampai agak lewat, sesampainya dirumah masih membimbit telefon kehulu kehilir sampai terlelap untuk keesok paginya..

Alhamdulillah.. aku rindu family.

Monday, 12 January 2015

Penuh harapan

Apa yang aku lihat,
Yang aku dengar,
Dan apa yang hati ini rasa,
Ya,
Aku tetap,
Tetap bodoh seperti tunggul,
Tetap menunggu walaupun lama,
Ya,
Dengan penuh pengharapan,
Dengan penuh semangat,
Aku sanggup,
Walau dipanggil bodoh...
Kau!
Ya, kau yang aku panggil
Aku perlukan kau,
Aku perlukan cinta kau,
Aku perlukan sayang kau...